WorksheetsReaksi Penduduk Tempatan Terhadap Penyerahan Sarawak T4
Total questions: 13
Worksheet time: 5mins
Golongan yang menentang penyerahan Sarawak dipimpin oleh
Datu Bandar Abang Haji Mustapha
Datu Patinggi Abang Haji Abdillah
Yang berikut merupakan faktor penentangan penyerahan Sarawak kepada British. Pilih tiga faktor tersebut
Tindakan Vyner Brooke bertentangan dengan Perlembagaan 1941
Datu Bandar Abang Haji Mustapha inginkan kemajuan negeri Sarawak
Vyner Brooke mengetepikan Surat Wasiat Charles Brooke
Gerard T. MacBryan menggunakan muslihat
Prinsip Kelapan dalam Perlembagaan 1941 menyatakan bahawa pemerintahan sendiri akan diberikan kepada rakyat Sarawak. Kesan prinsip kepada rakyat Sarawak ialah
Penduduk Sarawak akan dibimbing untuk mentadbir negeri mereka sendiri.
Tindakan Vyner Brooke mematuhi Prinsip Kelapan Perlembagaan 1941
Penentangan penyerahan Sarawak yang kedua ialah Vyner Brooke mengetepikan Surat Wasiat Charles Brooke. Apakah bukti yang menjelaskan kenyataan tersebut
Vyner Brooke telah membuat keputusan tanpa berbincang dengan Raja Muda ( Anthony Brooke) dan Tuan Muda ( Bertram Brooke)
Vyner Brooke menggunakan tipu muslihat untuk mendapatkan sokongan daripada ketua tempatan
Golongan ini mahu memulihkan pemerintahan Dinasti Brooke supaya dapat menuntut kemerdekaan dengan mudah.
Golongan yang menentang penyerahan Sarawak melancarkan pelbagai bentuk penentangan dan bantahan terhadap British. Pilih tiga daripada bentuk penentangan tersebut.
Mengadakan persidangan
Mengadakan demonstrasi
Meletakkan Jawatan Beramai-ramai
Bantahan golongan dewasa
Johari Anang dan Sharkawi Osman menganjurkan persidangan yang dihadiri oleh perwakilan dari seluruh Sarawak. Nyatakan objektif persidangan ini ?
Untuk mendapatkan persetujuan penduduk tempatan melalui Pergerakan Pemuda Melayu (PPM)
Untuk mengadakan demonstrasi pada setiap 1 Julai kerana menentang penyerahan Sarawak kepada British
Salah satu bentuk penentangan kepada British ialah seramai 409 kakitangan kerajaan meletakkan jawatan beramai-ramai. Tindakan ini berlaku ekoran tindakan British. Jelaskan
British menghalang demontrasi yang diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah
British bertindak mengeluarkan Pekeliling No 9/1946 yang melarang pegawai awam menyertai gerakan antipenyerahan.
Pilih pernyataan yang tepat tentang bantahan yang dilakukan oleh golongan wanita. Mereka sanggup mengorbankan tenaga dan masa untuk menentang penyerahan Sarawak kepada British.
Cikgu Lily Eberwein, ketua kaum ibu telah pergi ke rumah panjang untuk mengadakan kempen kesedaran.
Cikgu Ajibah Abol , ketua kaum wanita telah bergabung tenaga dengan gerakan antipenyerahan untuk memperjuangkan Sarawak
Kaum ibu dan wanita Sarawak bergabung tenaga menyokong penyerahan Sarawak demi
Kumpulan Rukun 13 ditubuhkan secara sulit oleh para pemimpin Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) dalam gerakan antipenyerahan. Nyatakan sasaran kumpulan Rukun 13
Untuk menamatkan kesengsaraan rakyat sewaktu pemerintahan British
Untuk menghapuskan pegawai tinggi British di Sibu Sarawak.
Peristiwa Sungkit Berdarah telah memberikan kesempatan kepada British untuk menindas gerakan antipenyerahan. Walaupun gerakan antipenyerahan Sarawak menemui kegagalan, namun gerakan tersebut telah memberikan kesan positif . Pilih pernyataan yang tepat menggambarkan kesan positif tersebut.
Gerakan tersebut telah memberikan kesedaran kepada British untuk mengundurkan diri
Gerakan tersebut memberikan kesedaran dan membangkitkan nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan
Semangat tersebut membawa penubuhan parti politik di Sarawak
Di sebalik penentangan terhadap penyerahan Sarawak, terdapat juga yang menyokong penyerahan tersebut. Jelaskan faktor menyokong penyerahan tersebut
Memajukan negeri
Memajukan penduduk tempatan
Memberi peluang British mengaut keuntungan
Memberi peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam.
Golongan propenyerahan menubuhkan Young Malay Association (YMA) untuk memajukan penduduk tempatan. Antara tujuan penubuhan YMA ialah
Menggalakkan kemajuan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan sosial
Mebantu orang Melayu yang mundur dan ketinggalan dalam pelbagai aspek
Membantu meningkatkan keuntungan British di Sarawak
Penyerahan Sarawak kepada British memberi reaksi positif dan negatif dalam pelbagai bentuk. Nyatakan iktibar yang diperoleh daripada peristiwa penyerahan tersebut.
Kita perlulah berwaspadai dalam membuat sebarang tindakan mahupun keputusan
Kita hendaklah berani menyuarakan pendapat dengan cara berertika
Kita hendaklah menyokong sepenuhnya sesuatu tindakan jika kita dalam keadaan terdesak tapna memikirkan kebaikan dan keburukannya.
