Font size
WorksheetsPraktis GO! - Bahasa Melayu (Tc. Affiza)
Total questions: 100
Worksheet time: 1hrs 6mins
Suasana di rimba itu begitu tenang dan sayup-sayup kedengaran bunyi ________ burung.
hiruk-pikuk
hingar-bingar
ciak-miak
riuh-rendah
Semua pakaiannya menjadi ________ kerana badannya sudah berisi.
singkat
ketat
kecil
longgar
Guru-guru sedang ________ kes ponteng sekolah dalam kalangan murid yang kerap berlaku akhir-akhir ini.
meneliti
membahas
mengutarakan
membincangkan
________ kehidupan Pak Hamid miskin, ________ rajin berusaha untuk mencari rezeki.
Jika … maka
Baik … mahupun
Walaupun … namun
Bukan sahaja … malah
Pasukan badminton negara mendapat pujian ________ pelbagai pihak kerana memenangi Piala Thomas itu.
dari
oleh
daripada
terhadap
Para peserta kem motivasi dikehendaki supaya melaporkan diri _______ di meja urus setia.
semua
tiap-tiap
sebahagian
masing-masing
Amir _______ air di dalam baldi itu menggunakan gayung.
menyauk
menangguk
mencebok
menimba
Sultanah yang gering sejak beberapa purnama itu telah ________.
wafat
mangkat
meninggal
mati
Zaim membeli sehelai baju sukan melalui aplikasi dalam talian. Dia berasa tertipu apabila mendapati baju sukan itu tidak berkualiti dan tidak secantik seperti yang dilihatnya di Internet. Peribahasa yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
harapkan pagar, pagar makan padi.
bagai kaca terhempas ke batu.
sediakan payung sebelum hujan.
indah khabar daripada rupa.
Johny kelihatan canggung apabila makan menggunakan tangan kerana dia sudah biasa makan menggunakan sudu dan garpu. Pilih perkataan sinonim bagi canggung.
malu
kekok
lambat
kaku
Syarat kemasukan murid ke sekolah berasrama penuh kini semakin ketat kerana banyak persaingan dalam kalangan murid yang cemerlang. Pilih perkataan antonim bagi ketat.
rapi
tegas
longgar
teliti
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Hafiz membaca buku cerita sementara menunggu ayahnya bersiap-siap untuk pergi ke kedai.
Mengapakah Hafiz membaca buku?
Bilakah Hafiz menunggu ayahnya bersiap-siap untuk pergi ke kedai?
Siapakah yang menunggu ayahnya bersiap-siap untuk pergi ke kedai?
Apakah yang dilakukan oleh Hafiz sementara menunggu ayahnya bersiap-siap untuk pergi ke kedai?
Pilih ayat yang betul.
Murid yang tidak hadir di sekolah perlu berjumpa dengan guru disiplin.
Banyak peluang-peluang pekerjaan yang terdapat di Kuala Lumpur.
“Kita akan hadir petang ini untuk latihan rumah sukan,” kata Amina dan Aqila kepada Cikgu Amina.
Sesetengah murid sangat rajin ke perpustakaan untuk meminjam buku.
Pilih ayat yang betul.
Lauk-pauk yang kakak masak amat enak sekali.
Pekerja-pekerja itu sedang memperlebarkan jalan raya.
Pelancong asing itu tertarik oleh keindahan Pulau Tioman.
Kakak menghadiahkan adik seutas jam tangan.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Aktiviti kokurikulum dapat membentuk tubuh yang cergas dan minda yang cerdas, selaras dengan kata-kata hikmat otak yang cerdas ada pada badan yang sihat.
Selaras dengan kata-kata hikmat otak yang cerdas ada pada badan yang sihat, tubuh yang cerdas dapat membentuk aktiviti kokurikulum.
Tubuh yang cerdas dapat membentuk aktiviti kokurikulum, selaras dengan kata-kata hikmat otak yang cerdas ada pada badan yang sihat.
Tubuh yang cergas dan minda yang cerdas dapat dibentuk melalui aktiviti kokurikulum, selaras dengan kata-kata hikmat otak yang cerdas ada pada badan yang sihat.
Aktiviti kokurikulum selaras dengan kata-kata hikmat otak yang cerdas ada pada badan yang sihat, dapat membentuk tubuh yang cergas dan minda yang cerdas.
“________ akan mengambil bahagian dalam pertandingan bercerita pada minggu hadapan,” kata Amirul kepada Cikgu Hafizi.
Saya
Kami
Kita
Aku
Amir berasa sungguh ________ apabila rumah sukannya diumumkan sebagai johan keseluruhan dalam Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah.
hebat
megah
bangga
mulia
“Pinggan mangkuk di dapur itu ________ dicuci oleh kakak,” kata Amina kepada ibunya.
harus
mesti
pernah
sudah
“Ampun, ________. Bolehkah ________ mengiringi mereka ke sana?” soal Jebat kepada Sultan Iskandar Syah.
beta … hamba
baginda … hamba
tuan hamba … beta
tuanku … patik
Murid-murid yang mengikuti kursus pertolongan cemas itu melihat ________ mengendalikan pesakit dengan penuh perhatian.
tatakerja
tatasusila
tatacara
tatatertib
______ basikal Azhar rosak kerana melalui jalan yang berlubang semasa pulang dari sekolah.
Kekuda
Kekisi
Jejari
Bebenang
Pilih jawapan yang betul bagi mengisi tempat kosong tersebut.
beradu
santap
bertitah
bersiram
Kelas tuisyen itu dapat mengatasi ________ Amira dalam menyiapkan kerja rumah yang sukar.
keberatan
kepekaan
kebuntuan
kekeliruan
Walaupun Afiq murid baharu di sekolah itu, sikapnya yang _______ menjadikannya mudah mesra dengan kawan-kawan.
ringan tulang
ringan tangan
ringan mulut
ringan kaki
Kerjasama dan perpaduan kaum yang wujud di negara kita dapat menstabilkan keamanan dan kesejahteraan. Pilih perkataan sinonim bagi menstabilkan
I dan III
II dan IV
II dan III
III dan IV
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
Rumah Kamarul benar dekat dengan rumah saya.
Harga makanan di gerai itu agak mahal.
Kasut baharu Izani ketat terlalu untuknya.
Lukisan pemandangan di dasar laut itu nian indah sangat.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Murid-murid yang melanggar peraturan sekolah akan diambil tindakan.
Bilakah murid-murid yang melanggar peraturan sekolah akan diambil tindakan?
Apakah yang akan dilakukan kepada murid-murid yang melanggar peraturan sekolah?
Bagaimanakah murid-murid yang melanggar peraturan sekolah akan diambil tindakan?
Mengapakah murid-murid yang melanggar peraturan sekolah akan diambil tindakan?
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
Apakah pendapat kamu tentang Kempen Menabung yang dijalankan semalam?
Kempen itu patut dijalankan dari dahulu lagi.
Kempen itu memuaskan dan wajar dijalankan lagi pada tahun hadapan.
Kempen itu baru sahaja dijalankan.
Saya sudah tahu bahawa kempen itu dijalankan pada tahun lepas.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Fatihah menyuruh Sufian menghantar makanan ke rumah nenek mereka.
Sufian ke rumah nenek mereka untuk menghantar makanan.
Sufian disuruh oleh Fatihah ke rumah nenek mereka untuk menghantar makanan.
Nenek meminta Fatihah dan Sufian menghantar makanan ke rumahnya.
Sufian enggan menghantar makanan ke rumah nenek mereka.
Pilih ayat yang betul.
I dan II
II dan III
II dan IV
I dan IV
________ bangunan pencakar langit itu telah diilhamkan oleh seorang arkitek yang terkenal.
Reka letak
Reka bina
Reka cipta
Reka bentuk
Sandy memetik tiga ________ bunga ros untuk dihadiahkan kepada ibunya.
kaki
batang
buah
kuntum
“Kata-kata semangat oleh Cikgu Omar telah memberikan ________ kepada saya untuk melakukan yang terbaik dalam pertandingan bahas itu,” kata Amina.
pendapat
dorongan
keutamaan
kepercayaan
________ murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat.
Sebahagian
Beberapa
Semua
Segelintir
Kepala Amirul luka kerana terhantuk pada ________ meja di dalam kelasnya.
pinggir
bucu
pangkal
hadapan
________ penyokong menaikkan semangat para pemain kedua-dua pasukan bola sepak itu.
Hingar-bingar
Riuh-rendah
Hiruk-pikuk
Sorak-sorai
Abang berasa ________ kerana keputusan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga akan diumumkan pada minggu hadapan.
kecewa
celaru
keliru
resah
“Kami sangat berdukacita atas kemangkatan Sultan Ahmad kerana ________ merupakan raja kesayangan rakyat,” ujar Abdul kepada pemberita.
beta
patik
hamba
baginda
Kejayaan Azhar dalam perniagaan itu merupakan hasil ________nya sendiri.
daya fikir
titik peluh
buah fikiran
darah daging
Selepas tayangan filem itu tamat, banyak penonton mengalirkan air mata. Pilih perkataan sinonim bagi mengalirkan.
menitiskan
menjatuhkan
menyalurkan
menumpahkan
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Pak Long Seman berpindah ke Seremban.
Ke manakah Pak Long Seman berpindah?
Sudah berapa bulan Pak Long Seman berpindah?
Pak Long Seman tinggal dengan siapa sekarang?
Mengapakah Pak Long Seman jarang-jarang datang ke Seremban?
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
Siapakah yang menganjurkan lawatan ke Pusat Sains Negara itu?
Lawatan itu akan diadakan pada hujung minggu ini.
Sebanyak 30 orang murid akan mengikuti rombongan itu.
Lawatan itu akan dianjurkan oleh guru panitia Sains, iaitu Cikgu Azri.
Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM15.00.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Zaman remaja merupakan satu tempoh kehidupan yang diselubungi oleh harapan, cabaran, dan ketegangan yang tertentu.
Masalah ketegangan telah menyebabkan remaja tiada harapan dan cabaran dalam kehidupan.
Harapan, cabaran, dan ketegangan merupakan masalah yang biasa dalam tempoh kehidupan alam remaja.
Remaja diselubungi harapan dan cabaran kerana ketegangan dalam kehidupan.
Zaman remaja mesti menghadapi pelbagai harapan dan cabaran yang menyebabkan ketegangan.
Pilih ayat yang betul.
Suhaila membeli dua setengah kilogram gula.
Beberapa buah rumah roboh di dalam kejadian ribut itu.
Ameer mendapat kecederaan pada lututnya semasa bermain ragbi.
Oleh kerana hari hujan, Fahmi tidak dapat ke sekolah.
Dahan-dahan pokok di tepi Jalan Matahari akan ________ oleh beberapa orang pekerja mulai hari esok.
dicantas
ditebang
dibelah
ditarah
_________ tentera ditugaskan untuk menjejaki musuh yang bersembunyi di dalam hutan itu.
Sebaris
Seangkatan
Sekumpulan
Segerombolan
Guru besar berjabat tangan dengan Menteri Besar Johor sebaik-baik sahaja ________ merasmikan bangunan baharu di sekolah tersebut.
dia
saya
beliau
kalian
Penemuan tapak kaki harimau di kaki bukit itu ________ diperkatakan oleh penduduk kampung yang berdekatan.
riuh
heboh
kepoh
bising
Kakak membantu ibu menyediakan ________di dapur untuk memasak gulai.
rempah-ratus
kayu-kayan
sayur-mayur
rumput-rampai
Faris ________ basikalnya ketika pulang dari sekolah kerana tayar basikalnya itu pancit.
menyeret
memapah
memimpin
menyorong
Encik Rusdi tidak sedar ________ jam tangan yang dipakainya itu kehabisan bateri.
yang
tentang
apabila
bahawa
Badrul dan ________ orang abangnya mengadakan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
dua
kedua
berdua
dua-dua
Dia dan keluarganya ________ apabila pekedai itu tidak menghiraukan kedatangan mereka.
langkah seribu
angkat kaki
angkat punggung
berpaling tadah
Karim telah diugut semasa berada di perhentian bas itu.
Pilih perkataan sinonim bagi diugut.
dibuli
dikacau
dikecam
diancam
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Haji Deris ke rumah cucunya di Johor Bahru sejak dua hari yang lalu.
Mengapakah Haji Deris ke rumah cucunya?
Ke manakah Haji Deris pergi?
Siapakah yang menunggu Haji Deris di Johor Bahru?
Bilakah Haji Deris pulang?
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
Apakah tujuan Aina ke pasar raya?
Aina ditemani oleh adiknya ke pasar raya.
Aina ke pasar raya untuk membeli sepasang baju kurung.
Aina membelek-belek pakaian yang dijual di pasar raya itu.
Aina pulang dari pasar raya dengan menaiki sebuah bas.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Pak Hamid memperlahankan kereta yang dipandunya apabila melihat budak itu menyeberang jalan.
Budak itu menyeberang jalan dengan perlahan apabila melihat Pak Hamid memandu keretanya.
Pak Hamid memperlahankan kereta yang dipandunya apabila melihat budak itu berjalan perlahan-lahan di seberang jalan.
Apabila budak itu dilihat oleh Pak Hamid menyeberang jalan, dia pun memperlahankan kereta yang dipandunya.
Kereta yang dipandu oleh Pak Hamid diperlahankan oleh budak yang menyeberang jalan itu.
Pilih ayat yang betul.
Kasut yang kotor itu telah dia basuh.
Kita hendaklah mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
Surat yang awak terima semalam bukan dari saya.
Semua negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dijangka akan mengalami kemarau.
“_________ pergilah dahulu ke rumah Jayanthi, saya akan menyusul kemudian,” kata Zaharah kepada kawan-kawannya.
Kamu
Engkau
Kita
Kalian
Setandan pisang ________ oleh datuk ketika pulang dari kebun.
dipikul
dijinjing
dikendong
dikelek
Internet memudahkan perhubungan manusia kerana maklumat disebarkan dalam masa yang _______ dan pantas.
ringkas
pendek
singkat
senteng
Pak Junid mengasah parangnya dengan berhati-hati ________ berbual-bual dengan isterinya.
dan
sambil
tetapi
manakala
Rakyat diminta supaya bersatu padu agar ________ orang dapat hidup dengan sejahtera dan selesa.
setengah
sebilangan
setiap
masing-masing
“________ membazir air ketika menggosok gigi,” pesan ayah kepada Izzah.
Tolong
Harap
Sila
Usah
Di belakang rumah Tuk Piah ada beberapa ________ pokok serai.
rumpun
kelompok
batas
kumpulan
Bunyi ________ dari stadium itu jelas kedengaran kerana perlawanan akhir bola speak Piala Malaysia sedang berlangsung.
kucar-kacir
dentam-dentum
sorak-sorai
kelam-kabut
Pilih simpulan Bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.
Suhaimi memerlukan RM5000 sebagai ________ untuk membeli kereta itu.
wang muka
wang kopi
wang saku
wang hangus
Encik Azmi mengemukakan usul dalam Mesyuarat Agung PIBG di Sekolah Kebangsaan Dato’ Putra.
Pilih perkataan sinonim bagi usul.
cadangan
rumusan
rancangan
keterangan
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang disediakan.
Pak cik mencari rumah anak pak cik. Dahulu dia tinggal di sini.
Bilakah pak cik sampai di sini?
Di manakah pak cik tinggal?
Rumah siapakah yang pak cik cari?
Siapakah yang menghantar pak cik ke sini?
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
“Adakah kamu bersetuju jika kita menolak almari itu ke tepi dinding supaya ruang ini menjadi luas?” soal Adila kepada Suzy.
Saya tidak mampu menolak almari itu kerana terlalu berat.
Saya hendak kawasan ini menjadi luas supaya lebih selesa.
Saya bersetuju, tetapi kita berdua tidak mampu untuk menolak almari itu.
kita boleh meletakkan set sofa itu di ruang yang luas ini.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
“Pastikan semua pintu dan tingkap dikunci sebelum kamu keluar dari rumah,” pesan ibu kepada abang.
Ibu menyuruh abang mengunci semua pintu dan tingkap sebelum keluar dari rumah.
Abang mengunci semua pintu dan tingkap sebelum keluar dari rumah seperti yang dipesan oleh ibu.
Ibu mengingatkan abang supaya mengunci semua pintu dan tingkap sebelum keluar dari rumah.
Ibu menegur abang kerana mengunci semua pintu dan tingkap sebelum keluar dari rumah.
Pilih ayat yang betul.
Sementara demam, Wafi tidak hadir ke sekolah.
Ibu menyuruh saya memberikan juadah ini pada Puan Leela.
Buku yang dipinjamkan oleh awak kepada saya semalam telah hilang.
Fairus bercita-cita ingin menjadi angkasawan negara pada masa depan.
Walaupun baru tinggal di negara ini, Cik Misaki yang berasal dari Jepun itu ________ berbahasa Melayu.
laju
pelat
fasih
bijak
Hang Mahmud memberi anak terunanya ________ keris setelah anaknya itu tamat mempelajari ilmu persilatan.
sebatang
sekaki
selaras
sebilah
Para pemain badminton itu diberikan kata-kata semangat oleh ________ di tepi gelanggang sebelum menentang pihak lawan.
jurubina
jurulatih
juruacara
jururawat
Seow Choon ________ piala yang dimenanginya dengan bangga di hadapan wartawan dan jurugambar.
menjunjung
mengandar
menjulang
mengusung
Sebuah bakul sampah diletakkan di ________ bilik darjah kami.
penjuru
tengah
sebelah
samping
Sikap Yasmin yang ________ itu menyebabkan dia disenangi oleh jiran tetangga.
lemah longlai
lemah semangat
lemah lembut
lemah gemalai
Jalan menuju ke kawasan peranginan yang ________ itu menyebabkan saya berasa pening kepala.
bengkang-bengkok
lekak-lekuk
olang-aling
simpang-siur
“Semasa ________ berada di luar negara, Raja Muda akan mentadbir negeri ini,” titah Sultan Ahmad.
beta
tuanku
beliau
baginda
Fahmi sekeluarga ________ kerana sebaik sahaja mereka tiba di rumah Nek Wan, makanan telah terhidang.
langkah bendul
langkah seribu
langkah kanan
langkah kiri
Kita hendaklah sentiasa berwaspada apabila berada di tempat asing.
Pilih perkataan antonim bagi berwaspada.
cuai
berhati-hati
leka
asyik
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Kami melalui jalan ini bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Mengapakah kamu lambat tiba?
Di manakah jalan yang sesak itu?
Siapakah yang menunjukkan jalan ke sini?
Mengapakah kamu melalui jalan ini?
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
Di manakah letaknya kedai yang menjual cenderahati itu?
Kedai itu akan dibuka pada pukul sembilan pagi.
Kedai cenderahati itu terletak di tingkat satu bangunan itu.
Cenderahati ini akan diberikan kepada para tetamu.
Pelbagai cenderahati dijual di kedai itu.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Berikutan kes keracunan makanan, kantin Sekolah Kebangsaan Seri Mersing terpaksa ditutup buat sementara waktu.
Kantin Sekolah Kebangsaan Seri Mersing terpaksa ditutup buat sementara waktu kerana keracunan makanan.
Kantin Sekolah Kebangsaan Seri Mersing terpaksa ditutup buat sementara waktu disebabkan kes keracunan makanan yang berlaku.
Kes keracunan makanan yang berlaku menyebabkan kantin Sekolah Kebangsaan Seri Mersing ditutup.
Kes keracunan makanan yang berlaku buat sementara waktu menyebabkan kantin Sekolah Kebangsaan Seri Mersing ditutup.
Pilih ayat yang betul.
Kumaresan tidak dapat menjawab semua soalan itu kerana terlalu sukar.
Seekor harimau tiba-tiba menjelma dari celah-celah belukar di kebun getah itu.
Puan Salmah menyidai semua baju-baju itu di ampaian.
Kambing-kambing Pak Su sedang menggigit rumput di kebun kelapa.
Larian Merentas Desa Sekolah Kebangsaan Anggerik itu __________ diadakan pada minggu hadapan.
telah
pernah
akan
sedang
Puan Linda berasa malu apabila melihat anaknya makan dengan ___________.
tertib
kencang
ganas
gelojoh
Paras air sungai itu __________ mendadak selepas hujan turun dengan lebat.
turun
naik
julang
besar
Adik berjalan __________ kerana kakinya terpijak kaca.
teresak-esak
terhincut-hincut
terbahak-bahak
terkial-kial
"___________ itu sahaja yang mampu saya sumbangkan untuk membantu mangsa-mangsa banjir itu," kata dermawan itu.
Juga
Jua
Hanya
Sahaja
Pilih ayat yang menggunakan kata hubung.
Siapakah nama murid baharu di kelas kamu?
Wah, tingginya pokok kelapa itu!
Kamu hendak makan mi goreng atau mi rebus?
Kereta api itu akan tiba pada pukul 3.00 petang.
Antara berikut yang manakah bukan ayat yang menggunakan kata seru?
Aduh, sakitnya kepala saya!
Cis, berani kamu menghina keluarga saya!
Di manakah kamu menjumpai telefon bimbit ini?
Nah, ambil buku cerita kamu ini!
Pilih ayat yang menggunakan kata tanya dengan betul.
Apakah bilangan murid lelaki di kelas kamu?
Siapakah nama anak kucing yang comel ini?
Bilakah pasukan pengakap akan mengadakan aktiviti perkhemahan?
Mengapakah judul buku cerita yang kamu baca itu?
Tolong ambilkan surat khabar di atas meja makan itu.
Ayat di atas merupakan ayat yang menggunakan __________.
kata seru
kata perintah
kata hubung
kata sendi nama
Pilih ayat yang menggunakan kata bantu dengan betul.
Sekolah Haris akan mengadakan Hari Sukan pada minggu lepas.
Kami pernah berkhemah di sini pada tahun lepas.
Lawatan ke Melaka telah diadakan pada minggu hadapan.
Haikal berasa risau kerana dia sudah menyiapkan kerja sekolah yang Cikgu Manaf berikan.
