wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN PEMAHAMAN 1

Total questions: 15

Worksheet time: 4hrs 45mins

Name
Class
Date
1.

Azman mempunyai ramai kawan kerana dia seorang yang _________________ .

a)

mulut tempayan

b)

banyak mulut

c)

mulut murai

d)

ringan mulut

2.

___________, ambillah pemadam ini!

a)

Amboi

b)

Nah

c)

Wahai

d)

Wah

3.

Nik Ariana akan menjaga keluarganya _____________ hayat dikandung badan.

a)

meskipun

b)

selagi

c)

andai kata

d)

hingga

4.

Cikgu Mahadi sedang berbincang ______________ Guru besar di bilik mesyuarat.

a)

dan

b)

antara

c)

dengan

d)

tentang

5.

______________ itu sedang mengagihkan makanan kepada beberapa orang mangsa.

a)

Seniwati

b)

Sukarelawati

c)

Olahragawati

d)

Peragawati

6.

Adik menangis kerana kakinya tersepit pada _____________ basikal.

a)

jejari

b)

lelangit

c)

kekuda

d)

bebola

7.

Pesahabatan antara Faris dengan Idris seperti _____________

a)

isi dengan kuku

b)

aur dengan tebing

c)

pinang dibelah dua

d)

bulan dipagar bintang

8.

Pilih ayat yang betul.

a)

Baju Shima berkedut kerana tidak menggosok.

b)

Pahlawan yang gagah itu telah gugur di medan perang.

c)

Nur Ain sedang menanam pokok bunga pada halaman rumahnya.

d)

Semua murid sedang menumpukan perhatian ketika Cikgu Wan mengucap.

9.

Pilih ayat yang betul.

a)

Faris sangat sungguh lemah di dalam mata pelajaran Matematik.

b)

Kain yang dipakai oleh Hasmah itu sungguh jarang amat sekali.

c)

Itik yang dipelihara oleh Zalma telah terlepas daripada kandangnya.

d)

Qistina kecewa kerana gagal melanjutkan pelajaran ke universiti.

10.

Pilih ayat-ayat(jawapan lebih dari satu) yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Suara Cikgu Saidi agak keras apabila berkata-kata.

b)

Mamat seorang yang keras kepala.

c)

Pak Dollah memberi keras sebanyak RM50 kepada tok dukun itu.

d)

Tindakan keras akan diambil terhadap kakitangan yang tidak mematuhu syarikat.

11.

Pilih ayat-ayat (jawapan lebih dari satu) yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Ayah masih belum pulang meskipun hari sudah larut malam.

b)

Garam larut di dalam air.

c)

Hati Aina larut mendengar kata-kata ayahnya.

d)

Usia Mak Bedah sudah larut.

12.

Pilih ayat-ayat(jawapan lebih dari satu) yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Azahar berasa segar setelah selesai beriadah.

b)

Gelak ketawa Maznah masih segar dalam ingatan saya.

c)

Tingkah laku Maimunah sangat segar dipandang.

d)

Sayur sawi itu masih segar kerana baru sahaja di petik dari kebun.

13.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.


Sudah berapa lamakah encik terlibat dalam projek penternakan kambing ini?

a)

Sejak muda lagi saya berminat untuk melibatkan diri dalam projek penternakan kambing ini.

b)

Kawan-kawan menggalakkan saya terlibat dalam bidang penternakan kambing ini.

c)

Sudah hampir lima tahun saya terlibat dalam projek penternakan kambing ini.

d)

Saya akan bergiat dalam penternakan kambing ini selama lima tahun.

14.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat dibawah:


Ya, Datuk Pahimi akan melancong ke Jepun pada minggu hadapan.

a)

Adakah Datuk Pahimi masih berada di Jepun pada minggu hadapan?

b)

Adakah Datuk Pahimi akan membatalkan niatnya untuk melancong ke Jepun pada minggu hadapan?

c)

Adakah Datuk Pahimi akan melancong ke Jepun pada minggu hadapan?

d)

Ke manakah Datuk Pahimi akan melancong pada minggu hadapan?

15.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


"Kakak menyuruh saya mengemas bilik agar dapat tidur dengan nyenyak," kata Ain kepada emak.

a)

Ain memberitahu emak bahawa kakak menyuruhnya mengemas bilik agar dia dapat tidur dengan nyenyak.

b)

Ain memberitahu emak bahawa kakak menyuruh mereka mengemas bilik agar dapat tidur dengan nyenyak.

c)

Ain menyuruh kakaknya mengemas bilik agar emak dapat tidur dengan nyenyak.

d)

Ain mengingatkan emak agar mengemas bilik supaya kakaknya dapat tidur dengan nyenyak.