wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UNSUR KUMPULAN 18

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut yang manakah unsur kumpulan 18?

a)

Argentum

b)

Argon

2.

Antara berikut yang manakah BUKAN unsur kumpulan 18?

a)

Helium

b)

silikon

c)

Neon

d)

Kripton

3.

Antara simbol berikut yang manakah BUKAN simbol unsur kumpulan 18?

a)

Xe

b)

Kr

c)

He

d)

Ag

4.

Unsur kumpulan 18 wujud dalam bentuk ...

a)

monoatom

b)

dwiatom

c)

bercas negatif

d)

bercas positif

5.

Antara berikut manakah BUKAN sifat fizikal unsur-unsur kumpulan 18?

a)

Takat lebur dan takat didih yang rendah

b)

boleh mengkonduksi elektrik

c)

merupakan gas yang tidak berwarna

d)

tidak larut dalam air

6.

Semakin menuruni kumpulan 18 ...

a)

saiz atom semakin besar

b)

saiz atom semakin kecil

7.

Semakin menuruni kumpulan 18 ....

a)

takat lebur dan takat didih semakin tinggi

b)

takat lebur dan takat didih semakin rendah

8.

Saiz atom Xenon lebih besar berbanding atom Neon.

a)

Betul

b)

Salah

9.

Takat didih helium lebih rendah berbanding Argon

a)

Betul

b)

Salah

10.

Oktet ialah suatu keadaan di mana atom mempunyai ..

a)

susunan elektron di setiap petala dipenuhi 2 elektron

b)

susunan elektron di setiap petala dipenuhi 8 elektron

c)

susunan elektron di petala terluar dipenuhi 2 elektron

d)

susunan elektron di petala terluar mempunyai 8 elektron

11.

Unsur manakah yang mempunyai elektron valens yang duplet?

a)

H

b)

Hg

c)

He

d)

Ne

12.

Mengapakah unsur kumpulan 18 TIDAK REAKTIF secara kimia ( tidak boleh bertindak balas )

a)

Kerana ia bukan logam dan merupakan gas monoatom

b)

Kerana ia berbentuk gas

c)

Kerana saiznya sangat kecil

d)

Kerana atomnya telah mencapai susunan elektron oktet atau duplet yang stabil

13.

Antara berikut yang manakah mempunyai konfigurasi yg duplet?

a)

2

b)

2.2

c)

2.8

d)

2.8.2

14.

Apabila menuruni Kumpulan 18,

a)

kereaktifan berkurang.

b)

ketumpatan bertambah

c)

saiz atom berkurang

d)

takat didih berkurang

15.

Unsur yang manakah terletak dalam Kumpulan 18 Jadual Berkala.

a)

Nitrogen

b)

Bromin

c)

Argon

d)

Hidrogen

16.

Antara berikut yang manakah merupakan nombor proton gas adi?

a)

4

b)

8

c)

10

d)

20

17.

Jika unsur P mempunyai susunan elektron 2.8.8. Berapakah bilangan petala bagi unsur P ?

a)

2

b)

3

c)

8

d)

18

18.

Jika unsur Q mempunyai 2 petala dan bilangan elektron valens ialah 8. Berapakah nombor proton unsur Q?

a)

2

b)

6

c)

8

d)

10

19.

Mengapakah Gas Adi bersifat lengai secara kimia?

a)

kerana Gas Adi mengandungi lebih banyak neutron daripada proton.

b)

kerana Gas Adi adalah neutral secara kimia.

c)

Kerana Gas Adi wujud dalam bentuk monoatom.

d)

Kerana mempunyai petala terluar atomnya yang telah mencapai susunan elektron duplet atau oktet.

20.

Antara pernyataan-pernyataan berikut, yang manakah betul tentang Gas Adi?


I.Nombor proton dalam atom adalah sama dengan bilangan neutron.

II.Setiap atom mempunyai susunan elektron yang stabil.

III.Setiap petala dalam atom mengandungi lapan elektron.

IV.Wujud sebagai zarah monoatom.

a)

I dan III sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

II dan IV sahaja

d)

III dan IV sahaja