wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU TAHUN 6

Total questions: 20

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Anak pertama seerti dengan ________.

a)

anak angkat

b)

anak tunggal

c)

anak menantu

d)

anak sulung

2.

Alunan muzik yang berentak …………… dapat menenangkan fikiran yang sering terganggu akibat tekanan hidup

a)

deras

b)

gopoh

c)

lambat

d)

perlahan

3.

“Sultan sedang beristirehat ………… tidak mahu diganggu,” kata dayang istana kepada laksamana Hang Tuah.

a)

Baginda

b)

Tuanku

c)

Patik

d)

Beta

4.

Kementerian Kesihatan Malaysia ………… program Jalan Ria untuk melestarikan hidup sihat.

a)

Memajukan

b)

Mengusulkan

c)

Menyarankan

d)

menganjurkan

5.
Ayah berusaha untuk __________ perniagaannya dengan bersungguh-sungguh dan menggunakan strategi yang betul. 
a)
pemaju
b)
memaju
c)
kemajuan
d)
memajukan
6.

Para guru sanggup mengorbankan masa dan tenaga …………. kejayaan murid-murid dalam pelajaran.

a)

terhadap

b)

antara

c)

sejak

d)

demi

7.

Feri yang membawa penumpang itu ................... dari jeti Lumut ke Pulau Pangkor .

a)

berpindah randah

b)

berlekak lekuk

c)

bercalar balar

d)

berulang alik

8.

Mereka lari .................. apabila dikejar oleh seekor lembu yang mengamuk akibat dari kehilangan anaknya.

a)

hiruk pikuk

b)

kelam kabut

c)

lintang pukang

d)

compang camping

9.
Encik Samad mempunyai se__________ tanah yang luasnya dua puluh hektar di kampung itu.
a)
baris
b)
buah
c)
bidang
d)
carik
10.
kata kerja yang sesuai dengan gambar.
a)
menatang
b)
menjunjung
c)
menjulang
d)
menjinjing
11.

Tun Pateh tiba di istana pada pagi itu untuk berjumpa dengan Sultan Salehudin.


Apakah yang Tun Pateh mahu lakukan pada pagi tersebut?

a)

Bersantap

b)

Bersiram

c)

Mengadap

d)

Berangkat

12.
Karim sedang memanggang lima belas __________ sate untuk pelanggannya
a)
keping
b)
biji
c)
cucuk
d)
buah
13.

"Bagaimanakah perkara itu boleh berlaku? Katakanlah kepada _________" kata Hang Tuah kepada Bendahara Melaka.

a)

kami

b)

hamba

c)

patik

d)

kita

14.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.


Senaman boleh menenang dan melapangkan minda seseorang.

a)

Bagaimanakah pendapat kamu tentang minda seseorang?

b)

Apakah minda dapat menenangkan fikiran seseorang?

c)

Bilakah manusia dapat menenang dan melapangkan fikiran?

d)

Apakah yang dapat menenang dan melapangkan minda seseorang?

15.
Emak tidak dapat  minum air teh yang dihidangkan oleh kakak kerana rasanya _________ .
a)
manis
b)
kelat
c)
likat
d)
hambar
16.
Pilih ayat yang sama maksud.
Lukisan yang cantik itu dilukis oleh pelukis yang terkenal.
a)
Pelukis yang melukis lukisan yang cantik itu telah terkenal.
b)
Lukisan yang telah dilukis oleh pelukis yang terkenal dan cantik.
c)
Pelukis yang terkenal telah melukis lukisan yang cantik itu.
d)
Lukisan yang terkenal itu telah dilukis oleh pelukis yang cantik itu.
17.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Puan Aini meminta Adam menjemur kasut sekolahnya yang basah.

a)

"Ibu, tolong jemurkan kasut sekolah yang basah ini," kata Adam kepada ibunya.

b)

"Adam, mari kita jemur kasut sekolah ini yang basah," kata ibu kepada Adam.

c)

"Kasut sekolah Adam yang basah ini akan ibu jemurkan nanti,"kata Puan Aini.

d)

"Adam, sila jemur kasut sekolah kamu yang basah itu," kata Puan Aini kepada Adam.

18.

Pilih ayat yang betul.

a)

A. Bayaran ke Pameran Sains itu bukan mahal sangat.

b)

B. Kebanyakan bahan yang dipamerkan berasal daripada Timur Tengah.

c)

C. Setengah pengunjung yang datang ke pameran itu ialah murid sekolah.

d)

D. Sila dapatkan maklumat pameran di kaunter pertanyaan.

19.

Pilih ayat yang betul.


I Akar yang sihat akan dapat melahirkan idea-idea yang bernas.

II Biarpun Jasmin berada di luar negara, namun dia tidak lupa akan akar dirinya.

III Hisyam hampir tersungkur kerana kakinya tersadung akar pokok rambai.

IV "Janganlah kamu bertindak seperti orang tiada akar," kata nenek kepada Hanim.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

20.
Berikan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa berikut:-
"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"
a)
Ibarat mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
b)
Burung terbang dipipiskan lada
c)
 Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.
d)
Rusa masih di hutan, kancah sudah dijerang