wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MRSMAG: QUIZIZZ SEJ T5 BAB 3 (SET 2)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Persidangan Damai Paris telah menghasilkan Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson.

Apakah perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut?

a)

A Sistem monarki dipulihkan

b)

B Amalan realpolitik diharamkan

c)

C Rakyat disatukan berdasarkan agama

d)

D Sempadan negara berasaskan bangsa

2.

Raja Negeri Sembilan dipanggil?

a)

Yang dipertuan Besar

b)

Yang di pertuan Agong

c)

Yam Tuan Muda

d)

Yang Dipertua Negeri

3.

Siapakah yang memilih Undang di Negeri Sembilan?

a)

Lembaga

b)

Buapak

c)

Anak buah

d)

Luak

4.

Apakah yang dimaksudkan dengan Undang - Undang Tubuh ?

a)

Undang - undang negeri

b)

Undang-undang negara

c)

Perlembagaan Negeri

d)

Undang-undang sebelum tahun 1874

5.

Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan perlembagaan yang dikenali sebagai Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu.


Mengapakah perlembagaan tersebut diluluskan?

a)

Meluaskan wilayah pengaruh

b)

Mengekalkan kedaulatan negeri

c)

Membentuk kerajaan demokrasi

d)

Mengukuhkan hubungan dengan Siam

6.

Apakah peranan Lembaga dalam sistem pentadbiran Adat Perpatih di Negeri Sembilan?

a)

Memilih Undang

b)

Menjadi ketua agama

c)

Menjaga alat kebesaran

d)

Menggubal dasar negara

7.

· Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor

· Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu


Apakah persamaan kandungan kedua-dua perlembagaan tersebut ?


I. Raja dipilih melalui sistem giliran

II. Putera sulung pewaris harta

III. Islam sebagai agama rasmi

IV. Raja mesti berbangsa Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor yang dikuatkuasakan pada tahun 1895 mempunyai ciri asas bagi pembinaan negara dan bangsa.

Apakah buktinya?

a)

Pemerintahan raja berkuasa mutlak

b)

Perlembagaan bertulis yang lengkap

c)

Pengiktirafan kerakyatan pelbagai kaum

d)

Persamaan dengan hukum Kanun Melaka

9.

Antara yang berikut, yang manakah ciri kenegaraan dalam Kesultanan Melayu Melaka?


I. Rakyat

II. Cukai

III. Pembesar

IV. Kerajaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Syarat untuk menjadi ahli Majlis Negeri Johor

a)

Kerabat diraja

b)

Beragama Islam

c)

Waris keturunan sultan Johor

d)

Dilarang menyerahkan harta kepada bangsa asing

11.

Ciri negara bangsa ialah

a)

Persamaan bahasa pertuturan

b)

Persamaan sistem kepercayaan

c)

Persamaan agama

d)

Persamaan warna kulit

12.

Kesan Revolusi Perancis terhadap Eropah ialah

a)

Ideologi komunis tersebar meluas

b)

Negara berasaskan bangsa dibentuk

c)

Tercetusnya Perang Dunia Pertama

d)

Runtuhnya institusi raja berkuasa mutlak

13.

Persamaan kandungan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu 1911 ialah

a)

Mufti ketua agama

b)

Pewaris sultan

c)

Pembesar Empat Lipatan

d)

Berasaskan Hukum Kanun Melaka

14.

Sistem Pembesar Empat Lipatan dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dibentuk untuk

a)

Menjamin keutuhan sistem pemerintahan beraja

b)

Mempertahankan sistem perundangan tempatan

c)

Memantapkan sistem pentadbiran negeri

d)

Meluaskan wilayah pengaruh sultan

15.

Bukti yang menunjukkan Adat Perpatih menepati ciri-ciri demokrasi ialah

a)

Masalah diselesaikan secara musyawarah

b)

Wanita terlibat dalam sistem pentadbiran

c)

Rakyat mempunyai hak untuk mengundi

d)

Kebebasan bersuara diutamakan