Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TING 3 BAB 6.1 PENGENALAN EKONOMI MODEN OLEH BARAT

Total questions: 16

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah matlamat British memperkenalkan sistem ekonomi moden di Tanah Melayu?

a)

Menggalakkan pelaburan

b)

Memajukan pengangkutan

c)

Mementingkan keuntungan

d)

Memperbanyakkan pekerjaan

2.

Mengapakah sektor perladangan dan sektor perlombongan memerlukan modal yang besar?

a)

Mengimport barangan luar

b)

Menguasai harga pasaran

c)

Melindungi pasaran tempatan

d)

Meningkatkan proses pengeluaran

3.

Dimanakah perlombongan petroleum pertama di Sarawak?

a)

Miri

b)

Bau

c)

Sadong

d)

Kuching

4.

British telah membuka lombong bijih timah bawah tanah yang terpanjang dan terdalam di dunia pada tahun 1988. Dimanakah lokasi lombong bijih timah tersebut?

a)

Sungai Lembing, Pahang

b)

Lukut, Negeri Sembilan

c)

Ampang, Kuala Lumpur

d)

Lembah Kinta, Perak

5.

Apakah kepentingan lokasi iaitu Labuan, Sandakan dan Silimpopon di Sabah?

a)

Pusat pentadbiran kerajaan

b)

Pusat petempatan buruh luar

c)

Pusat pengeluaran lada hitam

d)

Pusat perlombongan arang batu

6.

Mengapakah British mengusahakan tanaman gambir, lada hitam, buah pala, dan kayu manis pada peringkat awal?

a)

Tujuan pemasaran yang luas

b)

Harganya yang tinggi di pasaran dunia

c)

Terdapat tenaga buruh yang ramai

d)

Kemerosotan permintaan terhadap kopi

7.

Apakah produk yang boleh dihasilkan daripada pokok rumbia yang terdapat di Sarawak?

a)

Sagu

b)

Bijirin

c)

Santan

d)

Kerepek

8.

SBUB telah melakukan pelaburan dalam tanaman tembakau di kawasan berikut iaitu Segama, Kinabatangan, Pulau Banggi dan Teluk Marudu.

Mengapakah SBUB melakukan pelaburan tersebut?

a)

Menjadi tanaman eksport utama

b)

Memanfaatkan sumber hasil bumi

c)

Mendapat pasaran baik di Eropah

d)

Memperoleh sokongan daripada Datu

9.

Perusahaan getah berkembang pesat pada awal abad ke-20 di Tanah Melayu.

Apakah 2 faktor yang mendorong perkembangan tersebut?

a)

Kejatuhan harga kopi di pasaran dunia

b)

Pengeluaran kopi yang berlebihan di Brazil

c)

Penggunaan teknik pengeluaran Ibedem

d)

Kesungguhan British membuat kempen

10.

Antimoni yang dilombong di Bau, Sarawak telah dipasarkan ke negara luar.

Apakah negara luar tersebut?

a)

Jepun

b)

Belanda

c)

Sri Lanka

d)

Singapura

11.

Apakah perusahaan yang diusahakan oleh syarikat Eropah iaitu Sime Darby, Syarikat Borneo Berhad, dan Sapong & Tobacco Estates Limited?

a)

Kopi

b)

Getah

c)

Tembakau

d)

Lada hitam

12.

Gambar berikut ialah kapal korek untuk mengusahakan perlombongan bijih timah.

Dimanakah lokasi pertama kali kapal korek digunakan?

a)

Batu Gajah, Perak

b)

Teluk Marudu, Sabah

c)

Sg. Igan, Sarawak

d)

Sg.Lembing, Pahang

13.

H.N.Ridley telah memperkenalkan teknik membungkus anak-anak pokok getah di dalam arang yang lembap.

Apakah kepentingan teknik tersebut?

a)

Kualiti susu getah lebih tahan lama

b)

Kos pengeluaran getah lebih rendah

c)

Mudah diangkut ke tempat yang jauh

d)

Mampu memanjangkan hayat pokok getah

14.

Orang Cina dibawa masuk kerana kepesatan perlombongan di Sarawak.

Apakah 2 kegiatan perlombongan tersebut?

a)

Emas

b)

Antimoni

c)

Petroleum

d)

Bijih timah

15.

Dinasti Brooke telah membawa buruh dari luar untuk bekerja di ladang getah.

Siapakah buruh luar tersebut?

a)

Orang Cina

b)

Orang India

c)

Orang Jawa

d)

Orang Banjar

16.

Antara berikut, pilih 2 syarikat Eropah yang membuat pelaburan dalam bidang perlombongan bijih timah di negara kita.

a)

Guthrie & Co Ltd

b)

Harrisons & Crossfield Ltd

c)

Sime Darby & Co Ltd

d)

Boustead & Company Ltd