WorksheetsSEJARAH TING. 5 BAB 6 (BHG. 2)
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum (JPPK) dibentuk pada tahun 1961. Apakah peranan jawatankuasa tersebut?
Membincangkan mengenai pembentukan Malaysia
Mengadakan pilihan raya di Sarawak dan Sabah
Merangka bentuk perlembagaan Malaysia
Menjelaskan mengenai penubuhan Malaysia
Tunku Abdul Rahman telah mengadakan lawatan beberapa kali ke Sarawak dan Sabah pada bulan Mei, Jun dan Julai tahun 1961. Apakah tujuan lawatan tersebut?
Mewujudkan integrasi wilayah
Mengimbangkan jumlah penduduk
Mengadakan hubungan diplomatik
Menerangkan tentang gagasan Malaysia
Apakah kepentingan hasil cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold kepada British?
Menentukan penyertaan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia
Menyusun dan merangka Perlembagaan Malaysia
Menjaga kepentingan hak rakyat Sabah dan Sarawak
Memberi peluang kepada rakyat mengemukakan cadangan
Pada tahun 1962, Lord Landsdown (Menteri Negara bagi Tanah Jajahan) dan Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah membuat kunjungan ke Sabah dan Sarawak. Mengapakah kunjungan tersebut dilakukan?
Meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak
Menjelaskan tujuan penubuhan Malaysia
Menangkis bantahan Filipina terhadap Malaysia
Merangka pembentukan Malaysia
Rombongan dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore telah mengunjungi Sabah dan Sarawak. Apakah tujuan lawatan tersebut?
Meninjau pembangunan di kedua-dua negeri tersebut
Membantu mengatasi ancaman komunis
Memerhati reaksi penduduk Sabah dan Sarawak
Membuat tinjauan akan pandangan rakyat
Presiden Macapagal dari Filipina mengumumkan secara rasmi menuntut hak terhadap Sabah pada Jun 1962. Apakah usaha yang telah diambil untuk menamatkan usaha tersebut?
Mengadakan pertemuan antara pemimpin
Mendapatkan bantuan PBB
Penubuhan MAPHILINDO
Mengadakan pungutan suara
Apakah persamaan peranan yang dimainkan oleh United Nations Malaysia Mission (UNMM) dan Suruhanjaya Cobbold dalam usaha pembentukan Malaysia?
Membentuk Perlembagaan Malaysia
Mengumpul pandangan penduduk
Menjelaskan penubuhan Malaysia
Mendapatkan kerjasama PBB
Menjelang bulan Disember 1962, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah bersetuju Persekutuan Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1963. Apakah yang menyulitkan pembentukan tersebut?
Tentangan Indonesia dan Filipina
Tuntutan Sultan Brunei
Permintaan British
Persaingan golongan imigran
Bilakah Yang Dipertuan Agong telah memperkenankan Akta Malaysia?
26 Julai 1963
26 Ogos 1963
31 Ogos 1963
16 september 1963
Pembentukan Malaysia telah diisytiharkan pada 16 September 1963. Pihak yang terlibat dalam pemilihan tarikh tersebut ialah..
U Thant
Lawrence Michaelmore
Tunku Abdul Rahman
Datu Mustapha Datu Harun
