wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Ting. 1 Bab 5 KSSM (Kuiz Covid-19)

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan jirim?

a)

Semua benda hidup yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.

b)

Semua benda yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.

c)

Semua benda bukan hidup yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.

d)

Semua benda yang tidak mempunyai jisim dan memenuhi ruang.

2.

Apakah contoh sifat-sifat fizik jirim?

i - Cecair mempunyai takat didih yang berbeza

ii - Pemegang periuk diperbuat daripada bahan penebat haba

iii - Periuk diperbuat daripada bahan konduktor haba.

iv - Gula boleh melarut dalam air kopi

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

3.

Apakah sifat jirim gambar rajah tersebut?

a)

Sifat Kimia

b)

Sifat Fizik

4.

Apakah ketumpatan?

a)

Jisim per unit isi padu bahan.

b)

Menentukan kebolehan sesuatu bahan untuk terapung dan tenggelam.

5.

Berdasarkan gambar rajah tersebut, yang manakah objek lebih tumpat?

a)

Gabus

b)

Petrol

c)

Ketulan ais

d)

Kaca

6.

Berdasarkan gambar rajah tersebut, objek manakah yang kurang tumpat?

a)

Gabus

b)

Petrol

c)

Ketulan ais

d)

Kaca

7.

Jirim wujud dalam tiga keadaan yang berlainan, iaitu pepejal, cecair dan gas.


Apakah sifat-sifat cecair?

i - Ruang antara zarah adalah sederhana.

ii - Susunan zarah tersusun sangat rapat

iii - Zarah bebas bergerak, menggelongsor dan berlanggar antara satu sama lain.

iv - mempunyai bentuk tetap

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

i, ii dan iii

d)

Semua di atas

8.

Berdasarkan gambar rajah tersebut, jirim manakah yang mempunyai kadar resapan paling tinggi?

a)

Pepejal

b)

Cecair

c)

Gas

9.

Jirim boleh berubah dari satu keadaan ke keadaan fizikal yang lain apabila tenaga haba diserap atau dibebaskan.


Proses manakah yang melibatkan penyerapan haba.

i - Peleburan

ii - Kondensasi

iii - Pendidihan

iv - Pembekuan

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

i, ii dan iii

d)

Semua di atas

10.

Jirim boleh berubah dari satu keadaan ke keadaan fizikal yang lain apabila tenaga haba diserap atau dibebaskan.


Proses manakah yang melibatkan pembebasan haba.

i - Peleburan

ii - Kondensasi

iii - Pendidihan

iv - Pembekuan

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

Semua di atas

11.

Apakah contoh perubahan keadaan jirim dalam kehidupan harian?


i - Krim manis menjadi aiskrim

ii - Ubat gegat yang semakin mengecil

iii - Ais kering digunakan oleh peniaga aiskrim untuk mengelakkan aiskrim daripada cair

iv - Embun

a)

i, ii dan iii

b)

i, iii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

12.

Apakah sifat jirim gambar rajah tersebut?

a)

Sifat Kimia

b)

Sifat Fizik

13.

Jirim wujud dalam tiga keadaan yang berlainan, iaitu pepejal, cecair dan gas.


Apakah sifat-sifat cecair?

i - Ruang antara zarah adalah sederhana.

ii - Susunan zarah tersusun sangat rapat

iii - Zarah bebas bergerak, menggelongsor dan berlanggar antara satu sama lain.

iv - mempunyai bentuk tetap

a)

i dan ii

b)

ii dan iv

c)

i, ii dan iii

d)

Semua di atas

14.

Berdasarkan gambar rajah tersebut, jirim manakah yang mempunyai kadar resapan paling rendah?

a)

Pepejal

b)

Cecair

c)

Gas

15.

Apakah teori kinetik jirim?

a)

Jirim terdiri daripada zarah-zarah halus yang diskret dan sentiasa bergerak pada semua arah.

b)

Zarah-zarah jirim sentiasa berlanggar antara satu sama lain.

c)

Jirim terdiri daripada zarah-zarah besar dan sentiasa bergerak pada semua arah.

d)

Zarah bergerak lebih perlahan apabila haba dibekalkan.