Font size
WorksheetsGEOGRAFI FIZIKAL
Total questions: 25
Worksheet time: 8mins
___________ ialah kawasan yang didiami oleh semua benda hidup, iaitu manusia, haiwan dan tumbuhan.
Biosfera
Litosfera
Atmosfera
Hidrosfera
Antara berikut, yang manakah merupakan sistem fizikal bumi yang meliputi semua bahagian air yang wujud di bumi ?
Biosfera
Litosfera
Atmosfera
Hidrosfera
Bumi terdiri daripada tiga lapisan, iaitu kerak bumi, (a) dan teras bumi.
______________ adalah benua yang terletak paling selatan.
Benua Afrika
Benua Australia
Benua Antartika
Benua Amerika Selatan
Lautan ___________ adalah lautan yang terkecil dan tercetek di dunia.
Hindi
Artik
Pasifik
Atlantik
_______________ terletak dalam lingkungan Lautan Pasifik serta merangkumi perairan bermula dari Selat Melaka hingga ke Selat Taiwan.
Laut Sulu
Selat Melaka
Selat Tebrau
Laut China Selatan
Namakan benua yang berwarna hijau tersebut.
Benua Asia
Benua Afrika
Benua Antartika
Benua Amerika Selatan
Namakan benua yang berwarna merah tersebut.
Benua Eropah
Benua Australia
Benua Amerika Utara
Benua Amerika Selatan
_____________ berlaku apabila wujudnya daya tekanan akibat pertembungan dan himpitan antara plat.
Gempa bumi
Gunung lipat
Gunung berapi
Hanyutan benua
Proses pencapahan atau pemisahan plat menyebabkan berlakunya perubahan pada kedudukan benua.
Gempa Bumi
Gunung Berapi
Gunung Bongkah
Hanyutan Benua
____________ terbentuk apabila dua gua yang bertentangan bercantum akibat hakisan ombak.
Teluk
Tanjung
Tebing tinggi
Gerbang laut
_____________ adalah kawasan pinggir laut yang cetek berkedalaman sehingga 180m dari dasar laut.
Pentas benua
Gerbang laut
Batu sisa
Tanjung
______________ ialah kawasan yang melebihi 180 meter dari aras laut.
Tanah tinggi
Tanah pamah
Pinggir laut
Saliran
Antara berikut, yang manakah menunjukkan tanah pamah yang agak sempit dan terputus-putus serta sesuai untuk kegiatan perindustrian ?
Dataran Kelantan
Dataran Pantai Timur Sabah
Dataran Pantai Barat Sabah
Dataran Hulu Sungai Perak
Dataran Kelantan diliputi tanah jenis aluvium yang subur untuk kegiatan ___________.
ekonomi
pertanian
petempatan
perindustrian
Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang ciri-ciri utama kawasan tanah tinggi di Malaysia ?
Pendek dan rendah.
Banyak gua batu kapur.
Terdiri daripad banjaran gunung.
Stabil, iaitu bebas daripada gempa bumi.
______________ digelar 'tulang belakang' Semenanjung Malaysia serta penting sebagai tapak bina stesen hidroelektrik.
Banjaran Tahan
Banjaran Crocker
Banjaran Titiwangsa
Banjaran Tama Abu
Antara berikut, yang manakah menunjukkan kepentingan tanah tinggi di Malaysia ?
Petempatan
Jana Kuasa Hidroelektrik
Perindustrian dan Perdagangan
Perhubungan dan Pengangkutan
Antara berikut, yang manakah menunjukkan ciri-ciri pada peringkat tengah sungai ?
Susuh bukit berpanca
Terbentuk lubuk sungai
Berlaku pemendapan sungai
Terbentuk tasik ladam dan delta
___________ adalah kawasan mendapan di muara sungai.
Delta
Jeram
Sedimen
Likuan sungai
______________ adalah sungai yang terpanjang di Malaysia.
Sungai Endau
Sungai Rajang
Sungai Pahang
Sungai Kinabatangan
Antara berikut, yang manakah menunjukkan tasik buatan manusia ?
Tasik Bera
Tasik Chini
Loagan Bunut
Tasik Temenggor
Sungai Bernam dan Sungai Golok berfungsi sebagai ______________.
sumber protein
sempadan semula jadi
rekreasi dan pelancongan
penjanaan kuasa hidroelektrik
Antara berikut, yang manakah menunjukkan kepentingan tasik ?
Sumber pengairan
Kegunaan domestik
Sempadan semula jadi
Pengangkutan dan perhubungan
Apakah bentuk muka bumi yang ditunjukkan dalam rajah ?
Tetambak
Tasik ladam
Lubuk sungai
Likuan sungai
