wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PEMAHAMAN TAHUN 4 SET 4

Total questions: 16

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

"Patik sedia menjunjung _____ tuanku untuk menyampaikan perkhabaran gembira kepada pembesar-pembesar istana, " sembah Tun Bendahara kepada Sultan Muzaffar Shah.

a)

duli

b)

warta

c)

titah

d)

pesanan

2.

Pak Daud menggunakan gerudi untuk _____ lubang pada dinding rumahnya untuk meletakkan gambar pemandangan yang cantik itu.

a)

melicin

b)

menebuk

c)

menggali

d)

mencangkul

3.

Puan Maslia mengisar bawang merah sehingga _____ dengan menggunakan mesin pengisar untuk dimasukkan ke dalam masakannya.

a)

nipis

b)

lumat

c)

pecah

d)

hancur

4.

Khairul ____ beg sekolah sambil berjalan menuju ke sekolahnya untuk belajar pada hari itu.

a)

memikul

b)

mengelek

c)

mengandar

d)

menggalas

5.

Hakim Mahkamah Kota Bahru _____ hukuman denda sebanyak dua ratus ringgit kepada lelaki itu kerana kesalahan melanggar lampu isyarat jalan raya semasa memandu.

a)

menjatuhi

b)

kejatuhan

c)

dijatuhkan

d)

menjatuhkan

6.

Encik Samad telah mengambil beberapa _____ batu untuk diletakkan pada kolam yang dibina di kawasan rumahnya.

a)

ulas

b)

butir

c)

ketul

d)

batang

7.

Kayu yang _____ itu telah patah setelah dipijak oleh lelaki yang berbadan besar itu.

a)

rapuh

b)

lemah

c)

lembut

d)

lembap

8.

Ismail sedang memakan _____ pisang untuk mengalas perutnya yang kosong itu.

a)

sebiji

b)

sesikat

c)

secekak

d)

setandan

9.

Puan Roziah _____ apabila masuk ke kedai kasut itu kerana semua rekaan kasut yang dijual di situ sangat cantik dan menarik.

a)

tawar hati

b)

mata petai

c)

hilang akal

d)

rambang mata

10.

Pemudi itu ____ kerana tidak mempedulikan keluarga angkatnya setelah dia berjaya dalam hidupnya.

a)

bagai air titik ke batu

b)

bagai kacang lupakan kulit

c)

bagai pelanduk lupakan jerat

d)

bagai gagak pulang ke benua

11.

Hashim telah berlepas ke London bagi _____ pelajaran dalam bidang perubatan.

a)

melanjutkan

b)

memberikan

c)

menambahkan

d)

menggandakan

12.

Cikgu Aminah ditugaskan mengajar di kawasan _____ setelah tamat latihan di Institusi Pendidikan Kota Bahru.

a)

dalaman

b)

pedalaman

c)

kedalaman

d)

pendalaman

13.

Pak Dollah mengambil sebiji buah kelapa yang baru dipetik di belakang rumahnya untuk mendapatkan santan.


Apakah yang akan dilakukan oleh Pak Dollah terhadap kulit buah kelapa tersebut?

a)

menetak

b)

menikam

c)

menghiris

d)

mengopek

14.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

Setengah cikgu tidak suka murid-muridnya bermain di kawasan becak.

b)

Amin tersentak apabila namanya dipanggil oleh gurunya.

c)

Halim akan pergi ke rumah kawannya bila ada masa lapang.

d)

Pelbagai jenis kuih ada dijual di warung Mak Limah.

15.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "perang" dengan betul.

a)

Buah rambutan itu perang supaya cepat masak.

b)

Samsul dan Fariz sentiasa perang dalam pembentukan sempadan tanah.

c)

Warna baju kemeja itu perang.

d)

Perang antara Iraq dengan tentera bersekutu telah berakhir.

16.

Pilih ayat tanya yang paling sesuat bagi pernyataan di bawah.


Gangguan bekalan elektrik dijangka akan berlaku pada hari Sabtu ini dari pagi hingga ke petang.

a)

Bilakah gangguan bekalan elektrik dijangka akan berlaku?

b)

Siapakah yang memberitahu tentang gangguan bekalan elektrik tersebut?

c)

Benarkah gangguan bekalan elektrik akan berlaku pada hari Sabtu ini?

d)

Apakah punca bekalan elektrik terganggu sehingga berlarutan dari pagi hingga ke petang?