wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tingkatan 4 KSSM (Bab 4)

Total questions: 15

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Setelah Jepun menyerah kalah, British Military Administration (BMA) diperkenalkan. (m/s 94)


Antara berikut, yang manakah matlamat BMA di Tanah Melayu?


I Memulihkan keamanan dan kestabilan Tanah Melayu

II Mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap British

III Menghapuskan golongan yang menjadi tali barut Jepun

IV Menghapuskan Parti Komunis Malaya

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Tindakan Harold MacMicheal mendapatkan tandatangan persetujuan Raja-raja Melayu dianggap sebagai tidak sah dari segi undang-undang. Mengapakah Raja-raja Melayu berpendapat sedemikian? (m/s 99)

a)

Raja-raja Melayu tidak diberi masa yang secukupnya untuk berfikir

b)

Raja-raja Melayu diugut dan dipaksa menurunkan tandatangan

c)

Raja-raja tidak memahami dokumen yang ditandatangani

d)

Raja-raja Melayu tidak diberi masa untuk mendapatkan pandangan rakyat

3.

Kongres Melayu yang diadakan untuk menentang Malayan Union mendapat restu daripada Raja-raja Melayu. Antara tindakan berikut, yang manakah membuktikan kenyataan ini? (m/s 101)


I Kongres ini dipengerusikan oleh Sultan Selangor

II Semua Raja-raja Melayu turut serta dalam kongres ini

III Sultan Selangor memberi sumbangan derma kepada tuan rumah kongres ini

IV Sultan Selangor telah merasmikan pembukaan kongres ini

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Soalan ini merujuk kepada pernyataan berikut.


Gammans

Rees Williams


Orang Melayu telah mengadakan demonstrasi secara besar-besaran semasa lawatan ahli parlimen di atas.

Apakah peranan ahli parlimen British tersebut? (m/s 106)

a)

Menerangkan kepada orang Melayu tentang gagasan Malayan Union

b)

Mendapatkan persetujuan Raja-raja Melayu terhadap gagasan Malayan Union

c)

Meninjau reaksi orang Melayu terhadap gagasan Malayan Union

d)

Menjayakan proses pembentukan kerajaan Malayan Union

5.

Apakah muslihat British memberi kewarganegaraan yang begitu longgar kepada kaum bukan Melayu? (m/s 106)


I Menjamin penguasaan berterusan ekonomi Tanah Melayu

II Mengelakkan mereka daripada menyertai Parti Komunis Malaya

III Mereka tidak diterima oleh negara asal mereka

IV Memastikan sumber tenaga yang berterusan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan Iv

6.

Kongres Melayu kedua telah diadakan di Johor Bahru pada 11 Mei 1946. Apakah ketepatan yang diambil dalam kongres ini? (m/s 105)


I Meminta orang Melayu memulaukan barangan British

II Mendesak orang Melayu mengadakan mogok

III Menubuhkan UMNO untuk menentang Malayan Union

IV Meminta orang Melayu berkabung

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Apakah slogan yang digunakan oleh orang Melayu semasa penentangan terhadap Malayan Union? (m/s 106)

a)

Kemerdekaan

b)

Hidup Melayu

c)

Asia untuk orang Asia

d)

Semangat Asia

8.

Soalan ini merujuk pernyataan berikut.


Masalah kewangan

Masalah perwarisan takhta


Apakah kesan daripada keadaan di atas? (m/s 107)


I Penguasaan Sarawak oleh tentera Jepun

II Tamatnya Dinasti Brooke di Sarawak

III Kemunculan gerakan antipenyerahan di Sarawak

IV British Military Administration mengambil alih Sarawak

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

British bercita-cita menjadikan Sarawak sebagai tanah jajahannya.


Mengapakah British ingin menguasai Sarawak? (m/s 107)


I Menguasai ekonomi Sarawak

II Menjamin kepentingan pemodal Eropah

III Menjadikan Sarawak pangkalan tentera British

IV Menguasai jalan perdagangan antarabangsa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

10.

Penyerahan Sarawak kepada kerajaan British mendapat tentangan daripada penduduk tempatan.


Antara berikut, yang manakah alasan mereka menentang penyerahan ini? (m/s 109)


I Mereka menuntut kemerdekaan serta merta Sarawak

II Penyerahan Sarawak tidak mengikut proses undang-undan

III Vyner Brooke menjanjikan rakyat Sarawak hak berkerajaan sendiri

IV Melambatkan kemerdekaan Sarawak

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Soalan ini merujuk pernyataan berikut.


Pekeliling No.9/1946


Mengapakah kerajaan British mengeluarkan surat pekeliling di atas? (m/s 110)

a)

Melarang penggunaan bangunan kerajaan bagi aktiviti antikerajaan

b)

Melarang penglibatan pegawai awam dalam gerakan antipenyerahan

c)

Melarang penglibatan rakyat Sarawak dalam gerakan antipenyerahan

d)

Memberi amaran kepada semua pertubuhan politik yang menentangnya

12.

Soalan ini merujuk pernyataan berikut.


Cikgu Lily Eberwein

Hajah Sipah Tuanku Othman

Cikgu Ajibah Abol


Tokoh-tokoh di atas aktif dalam gerakan antipenyerahan. Antara berikut, yang manakah sumbangan mereka? (m/s 111)


I Menyatakan penentangan mereka melalui akhbar dan majalah

II Menghantar surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajajahn

III Menimbulkan kesedaran di kawasan pedalaman

IV Melibatkan diri dalam demonstrasi antipenyerahan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Soalan ini merujuk pernyataan berikut.


Kumpulan Rukun 13


Apakah kesan daripada penglibatan kumpulan Rukun 13 dalam gerakan antipenyerahan? (m/s 112)

a)

Gerakan antipenyerahan berjaya mencapai matlamat perjuangannya

b)

Gerakana antipenyerahan mendapat sokongan semua rakyat Sarawak

c)

Gerakan antipenyerahan menemui kegagalan pada tahun 1949

d)

Gerakan antipenyerahan menggunakan strategi berkerjasama dengan British

14.

Sabah menjadi tanah jajahan British pada 15 Julai 1946. Antara berikut, yang manakah faktor Syarikat Borneo Utara Sabah menyerahkan Sabah kepada kerajaan British? {m/s 114)


I Kemusnahan akibat Perang Dunia Kedua

II Menjaga kepentingan ekonomi British

III Mengelakkan Sabah jatuh ke tangan Filipina

IV Menyekat kebangkitan nasionalisme rakyat tempatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Kerajaan British berusaha menyekat perkembangan nasionalisme dalam kalangan masyarakat tempatan Sabah. Antara berikut, yang manakah tindakan kerajaan British untuk mencapai matlamatnya? (m/s 116)


I Menawarkan kenaikan pangkat kepada ahli persatuan

II Memindahkan pemimpin dan ahli persatuan yang aktif ke kawasan lain

III Memenjarakan pemimpin persatuan yang menentang kerajaan British

IV Melarang penglibatan pegawai kerajaan dalam aktiviti persatuan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV