wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ASAS SAINS KOMPUTER-KONSEP ASAS PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL

Total questions: 25

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Murid-murid Kelas 3 Joseph dikehendaki menghasilkan atur cara bagi mengira purata isipadu 3 kubus. Berdasarkan teknik pengecaman corak dalam fasa pengekodan, apakah perbezaan nilai pemboleh uah?

a)

Nilai ketinggian

b)

Nilai purata isipadu

c)

Formula mengira isipadu kubus

d)

Formula mengira purata

2.

Dalam fasa reka bentuk atur cara, pengaturcara akan

a)_________________________________________

b)________________________________________

c)________________________________________

(a)  

3.

Antara berikut , pernyataan manakah yang menerangkan tentang teknik leraian dalam fasa analisis masalah?

a)

Mengenal psati komponen masalah ketika menulis kod arahan

b)

menggunakan teknik leraian bagi menyemak atur cara secara berperingkat

c)

memecahkan masalah yang besar kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil

d)

meleraikan dokumentasi yang perlu disediakan kepada jenis dan bahagian-bahagian yang kecil

4.

Antara berikut yang mana merupakan ralat logik?

I Ada paparan mesej ralat

II Tiada paparan mesej ralat

III Atur cara terhenti tuba-tiba

IV Output yang tidak diingini

a)

I dan II

b)

II dan IV

c)

I dan III

d)

III dan IV

5.

Nyatakan dua teknik dalam fasa reka bentuk aturcara

(a)  

6.

Antara yg berikut, pernyataan yang manakah tidak benar mengenai fasa analisis masalah

a)

Mengenal pasti masalah, keperluan sistem dan perisian serta sasaran pengguna

b)

Mengenal pasti input, proses dan output bagi atur cara yang akan dibina

c)

Menemu bual, membuat soal selidik dan pemerhatian bagi mengetahui keperluan pelanggan

d)

Menulis pseudokod, melukis carta alir, dan mereka bentuk antara muka pengguna

7.

Anda diminta untuk membina atur cara mudah bagi mengira luas dan perimeter sebuah padang bola yang berbentuk segi empat tepat. Apakah masalah besar yang anda dapat kenal pasti daripada situasi ini.

(a)  

8.

Lengkapkan pseudokod di bawah


Mula

Masukkan _______________ & ____________

Kira luas padang bola = panjang x lebar

Papar luas padang bola

Tamat

(a)  

9.

Apakah yang akan dilakukan oleh pengatur cara dalam fasa pengekodan?

a)

Menulis pseudokod dan melukis carta alir

b)

Memilih bahasa pengaturcaraan dan menulis atur cara

c)

Menguji atur cara yang telah ditulis

d)

Mengenal pasti ralat yang ada

10.

Apakah yang dilakukan oleh pengatur cara dalam fasa pengujian dan penyahpepijatan.

a)

Mengenal pasti ralat-ralat yang ada sama ada ralat sintaks, ralat masa larian dan ralat logik.

b)

Mengekod atur cara berdasarkan pseudokod dan carta alir.

c)

Menyediakan dokumentasi dalaman dan dokumentasi luaran.

d)

Mengenal pasti masalah, keperluan sistem dan perisian serta sasaran pengguna.

11.

Dalam fasa dokumentasi, pengatur cara akan...

a)

Mengenal pasti masalah, keperluan sistem dan sasaran pengguna.

b)

Menulis pseudokod, melukis carta alir dan mereka bentuk antara muka pengguna.

c)

Memilih bahasa pengaturcaraan dan mengekod atur cara berdasarkan pseudokod dan carta alir.

d)

Menyediakan dokumentasi dalaman dan dokumentasi luaran.

12.

Apakah satu masalah kecil yang boleh dikenal pasti dalam menyelesaikan masalah membina atur cara bagi mengira sudut peluaran dan sudut pedalaman poligon sekata.

(a)  

13.

Dalam fasa analisis masalah, pengatur cara akan mengenal pasti

a)

input, proses dan output

b)

perisian

c)

storan

d)

perkakasan

14.

Dalam fasa reka bentuk atur cara, pengatur cara akan ............melukis carta alir dan mereka bentuk antara muka pengguna.

a)

melukis papan cerita

b)

melukis kod arahan

c)

melakar reka bentuk

d)

menulis pseudokod

15.

Pernyataan yang manakah menerangkan dokumentasi dalaman dengan betul ?

a)

Dokumentasi dalaman bertujuan membantu pengguna menggunakan aplikasi yang telah dibina.

b)

Dokumentasi dalaman bertindak sebagai manual pengguna

c)

Dokumentasi dalam mengandungi proses pemasangan perisian secara langkah demi langkah.

d)

Dokumentasi dalaman disediakan untuk membantu pengatur cara memahami aplikasi yang telah dibina.

16.

Seorang pengatur cara telah mengalami masalah apabila paparan output yang terhasil adalah salah.


Apakah jenis ralat yang boleh dikaitkan dengan situasi di atas ?

a)

Ralat sintaks

b)

Ralat masa larian

c)

Ralat Logik

d)

Ralat pelaksanaan

17.

Apakah kelebihan penggunaan teknik-teknik pemikran komputasional dalam pembangunan atur cara ?


I. Menyelesaikan masalah secara sistematik

II. Menghasilkan atur cara dengan cekap

III. Menghasilkan atur cara yang menepati kehendak

pengguna

a)

I sahaja

b)

I dan II

c)

II dan III

d)

I , II dan III

18.

Berapakah bilangan fasa dalam pembangunan atur cara?

a)

3

b)

4

c)

5

d)

6

19.

Manakah antara berikut merupakan urutan fasa pembangunan atur cara yang betul?

a)

Reka bentuk atur cara --> Pengekodan —> Analisa masalah --> Pengujian dan penyahpijaatan ralat --> Dokumentasi

b)

Analisis masalah --> Reka bentuk atur cara --> Pengekodan Pengujian dan penyahpepijatan ralat --> Dokumentasi

c)

Pengekodan --> Dokumentasi --> Reka bentuk atur cara --> Analisis masalah -->Pengujian dan penyahmpijatan ralat

d)

Pengujian dan penyahpepijatan ralat --> Reka bentuk atur cara --> Analisis masalah --> Dokumentasi --> Pengekodan

20.

Pengatur cara akan mengenal pasti masalah, keperluan sistem dan perisian serta sasaran pengguna. Apakah fasa yang terlibat

a)

Analisis masalah

b)

Reka bentuk atur cara

c)

Pengekodan

d)

Dokumentasi

21.

Dokumen pustaka dan panduan pengguna merupakan contoh dokumen yang dihasilkan semasa fasa dokumentasi. Penghasilan dokumen ini secara tidak langsung mengaplikasikan

a)

teknik pengitlakan

b)

teknik pengecaman corak

c)

teknik peniskalaan

d)

teknik leraian

22.
berikut menunjukkan suatu pernyataan masalah
 

"Aliya mahu menentukan arah mata angin sungai dari rumahnya menggunakan kompas"
berdasarkan pernyataan di atas, manakah aspek yang boleh di abaikan
a)
jarum kompas mestilah berada pada arah utara
b)
jenama kompas yang ingin digunakan
c)
kedudukan kompas mestilah jauh daripada besi atau magnet
d)
kompas mestilah diletakkan di tempat yang rata
23.

Pernyataan yang manakah menerangkan dokumentasi dalaman dengan betul?

a)

A. Dokumentasi dalaman bertujuan membantu pengguna menggunakan aplikasi yang telah dibina.

b)

B. Dokumentasi dalaman disediakan untuk membantu pengatur cara memahami aplikasi yang telah dibina.

c)

C. Dokumentasi dalaman bertindak sebagai manual pengguna.

d)

D. Dokumentasi dalaman mengandungi proses pemasangan perisian secara langkah demi langkah.

24.
Gambar rajah menunjukkan perhubungan Lim dengan rakan-rakannya di laman sosial. Dengan menggunakan Teknik Leraian (Decomposition), siapakah rakan yang mempunyai hubungan terus dengan Lim?
a)
Prem, Anand dan Misha.
b)
Lina dan Ben.
c)
Deena, Prem, Johan, Eizaz dan Mohamad.
d)
Deena, Mohamad, Eizaz, Predan Johari
25.
Dengan menggunakan Teknik Pengecaman Corak (Pattern Recognition), selesaikan soalan dalam gambar rajah.
a)
C
b)
B
c)
D
d)
A