WorksheetsKATA ARAH
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Rumah Osman terletak di _______ jalan raya yang sibuk.
tepi
kaki
Kucing peliharaan Yasin selalu tidur di ______ kerusi pada waktu siang.
dasar
bawah
Negeri Perlis terletak di bahagian _______ negara kita.
utara
selatan
Mereka akhirnya berjaya tiba di _______ gunung itu pada jam enam petang.
kaki
puncak
Air di kawasan ______ sungai itu sungguh sejuk serta jernih .
hilir
hulu
Abang mengikat tali kambing pada _______ pokok ciku.
pangkal
pucuk
Kapal yang karam beberapa bulan lepas masih terdapat di ______ laut tersebut.
dasar
tepi
Lokman terus bersembunyi di ___________ pintu rumah ketika adik mencarinya.
balik
tengah
Salmi meletakkan seketul batu yang cantik di ___________ akuarium.
dalam
sudut
Semua murid dimestikan beratur di __________ kelas sebelum guru tiba.
luar
tepi
Meskipun dia tersenyum, jauh di ________ hatinya terluka dengan kata-kata anaknya itu.
sudut
hulu
Pengadil berada di _________ padang untuk memulakan perlawanan bola sepak.
tengah
luar
Rumah Iwan yang baru dibeli itu terletak di _____ lebuh raya yang baru dibina itu.
tengah
tepi
Pada _______________ keris itu diperbuat daripada kayu jati.
hulu
tepi
Sazali duduk di ____ ibu dan kakaknya semasa menonton televisyen.
antara
sisi
Matahari terbit di sebelah _____ dan terbenam di sebelah barat.
utara
timur
Negeri yang digelar Jelapang Padi Malaysia terletak di_____________Semenanjung Malaysia.
barat
utara
Banyak rumah setinggan dibina di __________ bandaraya Kuala Lumpur.
pinggir
sisi
Peragawan dan peragawati itu sedang memperagakan pakaian rekaan Bernard Tan di _____ pentas.
atas
sudut
Burung itu hinggap di ______ pokok yang sungguh rendang.
atas
bawah
