Font size
WorksheetsUnit 1: Mengenali Sejarah
Total questions: 13
Worksheet time: 13mins
Pilih jawapan yang BETUL mengenai pengertian sejarah.
Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar sedang berlaku.
Sejarah melibatkan tindakan manusia, perubahan dan catatan sesuatu yang berlaku pada masa hadapan.
Sejarah memberikan iktibar dan teladan kepada kehidupan manusia.
Sejarah merujuk peristiwa yang pernah atau sudah berlaku.
"Sejarah merupakan catatan atau rekod sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lalu."
Siapakah sejarawan yang menyatakan pengertian di atas?
Prof. Emiritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
Herodotus
E.H. Carr
Dr. Muhd Yusof bin Ibrahim
Pilih kenyataan paling TEPAT mengenai peritiwa yang sudah berlaku.
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2020 dibatalkan.
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ke-4 berakhir pada 13 Mei 2020.
Sambutan Hari Kanak-kanak Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal tahun 2019.
Hari Sukan Sekolah Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal Tahun 2020 ditangguhkan.
Pilih kenyataan yang SALAH mengenai sumber sejarah.
Sumber sejarah memberikan maklumat tepat tentang sesuatu peristiwa yang telah berlaku.
Kepentingan penggunaan sumber sejarah adalah bukti bagi memahami sesuatu peristiwa yang sedang berlaku.
Sumber sejarah terbahagi kepada dua iaitu sumber pertama dan sekunder.
Bahan bacaan digital merupakan contoh sumber kedua.
Pilih yang BENAR mengenai Sumber Primer
Dikenali juga sebagai sumber pertama.
Berada dalam bentuk asal dan belum diolah.
Penulisan yang dihasilkan daripada sumber asal.
Dokumen rasmi merupakan contoh sumber pertama.
"berada dalam bentuk asal dan belum diolah"
Pilih contoh BUKAN sumber di atas.
Aktikel dalam bentuk bahan digital
Dokumen rasmi
Akhbar
Manuskrip tulisan tangan
Pilih pernyataan BENAR mengenai kaedah penyelidikan sejarah dibawah.
Dilakukan untuk membuktikan peristiwa yang sedang berlaku.
Untuk mendapatkan maklumat daripada bahan tinggalan sejarah.
Kedah lisan dikenali sebagai kaedah bertulis.
Kedah bertulis merupakan proses mendapatkan maklumat yang diperolehi daripada temu bual.
Pilih yang TEPAT mengenai kaedah arkeologi.
Kaedah dilakukan melalui proses ekskavasi.
Terdapat juga bidang arkelogi maritim.
Merupakan proses mendapatkan maklumat tinggalan kebudayaan manusia di darat dan dibawah air.
Contoh sumber dari pencarian arkeologi ialah fosil, tapak kapal karam dan bahan bercetak.
"Individu yang ditemu bual dikenali sebagai orang sumber"
Pilih kenyataan yang SALAH berkaitan dengan orang sumber.
Mereka yang medengar peristiwa sejarah daripada orang lain.
Mereka yang melihat peristiwa sejarah tersebut.
Mereka yang tidak ada kaitan dengan mana-mana peritiwa sejarah.
Mereka yang terlibat dalam peristiwa sejarah.
Pilih pernyataan yang TEPAT mengenai kaedah bertulis?
Temu bual merupakan proses yang penting dalam kaedah bertulis.
Pengkaji hendaklah menemubual dan merakamkan perbualan.
Merupakan proses mendapatkan maklumat daripada tulisan atau lakaran di dinding gua, kayu dan bahan bercetak.
Mentaksir maklumat dalam sumber sejarah yang diperolehi.
Pilih padanan yang BETUL mengenai konsep masa
Alaf: tempoh 1000 tahun, Zaman Sebelum Masihi (SM)
Abad: tempoh 1000 tahun, Zaman Sebelum Masihi (SM)
Dekad: tempoh 10 tahun, Zaman Masihi (M)
Abad: tempoh 100 tahun, Zaman Masihi (M)
Nyatakan kepentingan urutan masa dalam mengkaji peristiwa sejarah.
Untuk memahami kronologi dan membantu kita menulis peristiwa sejarah yang lengkap dan tersusun.
Untuk memahami peristiwa yang sedang berlaku dan membantu kita menulis peristiwa sejarah yang lengkap dan tersusun.
Untuk memahami konsep ruang dan masa.
Untuk meraikan peristiwa sejarah.
Kajian tentang sebab dan akibat akan membolehkan kita
mencari sumber sejarah yang tepat.
mendapat iktibar dan meraikan peristiwa sejarah.
menulis peristiwa sejarah yang tepat.
untuk menggunaakan kaedah penyelidikan sejarah.
