wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TATABAHASA - KATA GANDA

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Petani memasang ............... di tengah sawah untuk menakutkan burung-burung yang datang.

a)

kisi-kisi

b)

orang-orang

c)

tupai-tupai

d)

layang-layang

2.

Pawagam menjadi .............setelah lampu dipasang menandakan filem Train to Busan itu telah selesai ditayangkan.

a)

riuh-rendah

b)

gelap-gelita

c)

porak-peranda

d)

terang-benderang

3.

Baju Jaswan Singh ............... kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti mewarna.

a)

comot-momot

b)

koyak-rabak

c)

serba-serbih

d)

compang-camping

4.

Ideanya mengenai reka bentuk hiasan dalaman rumah itu telah ditolak ..............oleh majikannya.

a)

hidup-hidup

b)

bulat-bulat

c)

betul-betul

d)

mentah-mentah

5.

Pak Leman suka makan sup ............. ikan.

a)

bebola

b)

jejari

c)

dedaun

d)

kekabu

6.

Mereka ketawa.........apabila menonoton drama korea bergenre komedi dengan tajuk The Fiery Priest itu.

a)

teresak-esak

b)

terkebil-kebil

c)

terbahak-bahak

d)

tergelak-gelak

7.

Kemalangan sering berlaku di jalan yang ........... itu.

a)

berkelip-kelip

b)

berpinar-pinar

c)

berderet-deret

d)

berliku-liku

8.

Bantal yang berisi .......... amat lembut sekali.

a)

dedaun

b)

kekabu

c)

bebola

d)

bebiri

9.

Ayah menyapu.......kering yang gugur dari pohon manggis itu.

a)

bebiri

b)

kekabu

c)

bebola

d)

dedaun

10.

Keadaan menjadi .......... apabila sebuah pesawat merempuh bangunan pencakar langit itu.

a)

haru-biru

b)

keluh-kesah

c)

kusut-masai

d)

tunggang-langgang

11.

Lee Min Ho membalut hadiah itu...........

a)

ketat-ketat

b)

kuat-kuat

c)

kemas-kemas

d)

rapat-rapat

12.

Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami ..........akibat keracunan makanan.

a)

lemah-longlai

b)

lemah-gemalai

c)

cirit-birit

d)

hiruk-pikuk

13.

Sheela menangis........apabila menyedari cintanya terhadap pemuda itu tidak berbalas.

a)

tercungap-cungap

b)

terbahak-terbahak

c)

teresak-esak

d)

tersipu-sipu

14.

Setiap hari kami terpaksa ......... di kawasan perkuburan itu kerana jalan itu merupakan jalan pintas.

a)

ulang-alik

b)

bolak-balik

c)

mundar-mandir

d)

lalu-lalang

15.

Daerah Kuala Kangsar terkenal dengan penghasilan .............. Sayong yang digunakan untuk menyimpan air minuman.

a)

kekuda

b)

sesiku

c)

kekisi

d)

lelabu

16.

Berbasikal secara ................ di jalan raya boleh mengundang kemalangan.

a)

bersaing-saing

b)

berbaris-baris

c)

berluncur-luncur

d)

berderet-deret

17.

Banyak ................ rendang yang ditahan di kawasan rekreasi itu.

a)

dedahan

b)

pepohon

c)

dedaun

d)

reranting

18.

Ada sebuah busut ............. di bawah pokok ketapang itu.

a)

jentik-jentik

b)

pijat-pijat

c)

anai-anai

d)

kura-kura

19.

Keluarga Encik Zain seronok .................... di kawasan air terjun yang popular itu.

a)

ulang-alik

b)

lalu-lalang

c)

mundar-mandir

d)

mandi-manda

20.

Muka Jordan menjadi ................ apabila diusik oleh rakan-rakannya.

a)

kebiru-biruan

b)

kemalu-maluan

c)

keanak-anakan

d)

kemerah-merahan