wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahan Buangan

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Carta palang menunjukkan kuantiti empat jenis bahan buangan di suatu kawasan.

Antara pernyataan berikut, yang manakah betul tentang kuantiti bahan buangan itu?

a)

Kaca kurang daripada logam

b)

Plastik kurang daripada organik

c)

Organik lebih daripada logam

d)

Logam lebih daripada plastik

2.

Antara aktiviti dalam rajah, yang manakah menghasilkan pencemaran?

a)

P dan Q sahaja

b)

P dan S sahaja

c)

Q dan R sahaja

d)

P, Q dan R sahaja

3.

Aktiviti yang ditunjukkan dalam rajah akan menyebabkan...

a)

Bumi menjadi panas dan air sungai tercemar

b)

Banjir kilat berlaku apabila hujan lebat dan pemanasan global

c)

Air sungai tercemar dan banjir kilat berlaku apabila hujan lebat

d)

Hujan asid dan pencemaran udara

4.

Antara berikut yang manakah bukan kesan pembuangan bahan buangan secara tidak terancang?

a)

Penyebaran wabak penyakit

b)

Pemusnahan habitat haiwan dan tumbuhan

c)

Hujan turun dengan lebih kerap

d)

Keselesaan hidup manusia terganggu

5.

Rajah menunjukkan kawasan pembuangan sampah di sebuah kawasan perumahan. Antara berikut yang manakah tidak akan berlaku jika keadaan ini dibiarkan selama beberapa bulan?

a)

Keindahan alam sekitar terjejas

b)

Banjir kilat akan berlaku

c)

Bilangan haiwan perosak bertambah

d)

Kesihatan manusia terjejas

6.

Apakah yang dimaksudkan dengan kitar semula?

a)

Pengubahsuaian bahan buangan untuk digunakan semula

b)

Penghasilan bahan baru daripada bahan mentah

c)

Pelupusan bahan buagan kepada bentuk yang tidak berbahaya

d)

Pemprosesan bahan buangan untuk digunakan semula

7.

Antara bahan buangan berikut, yang manakah boleh dikitar semula?

a)
b)
c)
d)
8.

Antara pernyataan berikut yang manakah bukan faedah yang didapati daripada aktiviti yang ditunjukkan dalam gambar?

a)

Mengurangkan pencemaran

b)

Menghasilkan banyak barangan baru

c)

Menjimatkan penggunaan tenaga

d)

Menjimatkan penggunaan sumber

9.

Apakah yang dimaksudkan dengan bahan buangan ?

a)

Sebarang bahan lama

b)

Sebarang bahan bertoksik

c)

Sebarang bahan yang berlebihan

d)

Sebarang bahan yang tidak diperlukan

10.

Antara aktiviti berikut, yang manakah punca kesan maklumat yang diberi?

a)

Pembakaran sampah di dalam insinerator

b)

Pelepasan bahan buangan ke dalam laut

c)

Pembakaran sisa pertanian secara terbuka

d)

Merokok

11.

Apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran alam sekitar ?

a)

Bahan buangan domestik dibuang di merat-rata tempat

b)

Mengotorkan alam sekitar dengan bahan-bahan yang bahaya

c)

Bahan buangan kilang yang dicurahkan ke dalam longkang, sungai dan laut.

d)

Kenderaan bermotor membebaskan asap toksik ke alam sekeliling

12.

Apakah masalah yang timbul akibat penggunaan baja kimia dan pestisid yang berlebihan secara berterusan dalam aktiviti pertanian?

a)

Menyebabkan perubahan iklim

b)

Menghalang pereputan bahan buangan

c)

Mencemarkan sumber air

d)

Mengakibatkan kenaikan harga sayuran

13.

Rajah menunjukkan bekas-bekas plastik yang dibuang di belakang sebuah rumah.

Mengapakah tindakan ini sangat bahaya?

a)

Bekas-bekas plastik boleh membebaskan gas toksik

b)

Bekas-bekas plastik boleh membebaskan bau yang busuk

c)

Air yang bertakung dalam bekas-bekas ini boleh mencemarkan sumber bekalan air

d)

Air yang bertakung dalam bekas-bekas ini menyebabkan pembiakan nyamuk aedes

14.

Rajah menunjukkan situasi di satu kawasan perindustrian.

Apakah kesan buruk yang diakibatkan oleh situasi ini terhadap alam sekitar?

a)

Ribut taufan dan banjir kilat

b)

Ribut taufan dan pencemaran udara

c)

Banjir kilat dan pencemaran udara

d)

Pencemaran udara dan pencemaran air

15.

Rajah menunjukkan keadaan kebanyakan longkang yang dipenuhi sampah sarap di dalam sebuah bandar.

Apakah yang akan terjadi di bandar ini, jika situasi ini berterusan?

a)

Hujan asid dan banjir kilat

b)

Hujan asid dan jangkitan penyakit

c)

Banjir kilat dan jangkitan penyakit

d)

Banjir kilat dan pemanasan global

16.

Antara berikut yang manakah bukan kesan buruk hujan asid?

a)

Membunuh hidupan akuatik akibat penurunan nilai pH air

b)

Mengaburkan penglihatan dan menyebabkan mata diselaputi lapisan katarak

c)

Mengurangkan kesuburan tanah dan hasil pertanian

d)

Mempercepatkan kadar hakisan dan pengaratan barangan besi

17.

Maklumat yang diberi menunjukkan satu kaedah pengurusan bahan buangan.

Kaedah apakah yang ditunjukkan?

a)

Baik pulih bahan

b)

Kitar semula bahan

c)

Kurangkan penggunaan bahan

d)

Guna semula bahan

18.

Apakah cara yang paling baik untuk mengurus bahan buangan dalam rajah ini?

a)

Pembakaran terbuka

b)

Buang ke dalam laut

c)

Tanam dalam tanah

d)

Hantar ke pusat kitar semula

19.

Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar tentang bahan buangan terbiodegradasi?

a)

Sisa tumbuhan dan haiwan ialah bahan buangan terbiodegradasi.

b)

Semua jenis bahan buangan domestik ialah bahan terbiodegradasi.

c)

Sesetengah fungi boleh mereputkan bahan buangan terbiodegradasi.

d)

Sesetengah bakteria boleh mereputkan bahan buangan terbiodegradasi.

20.

Antara berikut, yang manakah kebaikan pereputan bahan buangan terbiodegradasi?

a)

Gas metana yang terbebas boleh memanaskan permukaan bumi

b)

Cecair yang terhasil dalam proses pereputan boleh dijadikan sumber air

c)

Proses pereputan menghapuskan semua bahan buangan di permukaan bumi

d)

Gas metana yang terbebas boleh digunakan sebagai bahan api yang boleh dibaharui

21.

Antara cara pengurusan bahan buangan terbiodegradasi berikut, yang manakah cara yang tidak berhemah?

a)

Guna semula bekas kaca untuk mengisi biskut

b)

Bakar botol dan bekas plastik terpakai

c)

Kurangkan penggunaan barangan plastik

d)

Masukkan tin aluminium ke dalam tong jingga untuk dikitar semula

22.

Apakah ciri-ciri sepunya yang didapati pada bahan buangan dalam rajah tersebut?

a)

Boleh dikitar semula dan tidak terbiodegradasi

b)

Boleh dikitar semula dan boleh diurai oleh mikroorganisma

c)

Terdiri daripada bahan organik dan boleh diurai oleh mikroorganisma

d)

Tidak terbiodegradasi dan terdiri daripada bahan organik

23.

Bahan buangan tidak terbiodegradasi ialah bahan buangan yang tidak boleh direputkan oleh mikroorganisma. Contoh bahan buangan tidak terbiodegradasi ialah kaca, plastik, logam dan sisa toksik.

Betul atau Salah

a)

Betul

b)

Salah

24.

Contoh bahan buangan terbiodegradasi terdiri daripada bahan buangan organik seperti sisa makanan, kertas, bahan kumuh dan tinja.

Betul atau Salah

a)

Betul

b)

Salah

25.

Nyatakan hubungan bagi pemboleh ubah manipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas.

a)

Semakin berkurang bulan, semakin bertambah jumlah penggunaan beg plastik

b)

Semakin bertambah bulan, semakin bertambah jumlah penggunaan beg plastik

c)

Semakin bertambah bulan, semakin berkurang jumlah penggunaan beg plastik