NEW
Font size
WorksheetsULANGKAJI SAINS TAHUN 6
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Antara berikut yang manakah bukan kemahiran proses sains?
MENGELAS
MEMBUAT INFERENS
MENTAFSIR DATA
MEREKOD TEMPOH EKSPERIMEN
Antara berikut yang manakah merupakan kemahiran manipulatif yang perlu diamalkan oleh murid semasa melakukan amali di bilik sains?
MEMASTIKAN TINGKAP DI BUKA BAGI MEMBERIKAN PENGUDARAAN YANG BAIK
MEMATUHI ARAHAN GURU DAN TIDAK MELAKUKAN APA YANG TIDAK DISURUH OLEH GURU
MENYIMPAN PERALATAN DAN BAHAN SAINS DENGAN BETUL DAN SELAMAT
TIDAK BERGURAU DAN BERMAIN-MAIN DI DALAM BILIK SAINS
Antara berikut merupakan perkara yang perlu dielakkan semasa berada di dalam bilik sains KECUALI
MEMBUANG SISA BAHAN BERBENTUK PEPEJAL KE DALAM SINGKI
MENGGUNAKAN BAHAN YANG BOLEH TERBAKAR TANPA PENGAWASAN GURU
MEMASTIKAN BILIK SAINS DALAM KEADAAN BERSIH DAN TERATUR SEBELUM MENINGGALKANNYA
MERAWAT SENDIRI APABILA TERLUKA SEMASA MEMBUAT EKSPERIMAN
Seekor berudu diletakkan ke dalam botol berisi air. Botol itu kemudiannya ditutup rapat dengan penutup botol. Ramalkan apa yang akan berlaku kepada berudu itu selepas 3 hari?
BERUDU AKAN MATI
BERUDU SEMAKIN BESAR
BILANGAN BERUDU BERTAMBAH
BERUDU BERTUKAR MENJADI KATAK
Antara berikut yang manakah melanggar peraturan bilik sains?
MENGEMAS BILIK SAINS SEBELUM KELUAR
MENJALANKAN EKSPERIMEN MENGIKUT ARAHAN GURU
MEMBUANG SAMPAH KE DALAM BAKUL SAMPAH
MAKAN DAN MINUM DALAM BILIK SAINS
Zalina ingin menjalankan penyiasatan tentang hubungan antara saiz garam dengan masa untuk garam melarut. Apakah pemboleh ubah yang dimalarkan?
SAIZ BIKAR
ISIPADU AIR
SAIZ GARAM
MASA GARAM MELARUT
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kemahiran manipulatif?
MEMERHATI
MEMBUAT HIPOTESIS
MELAKAR SPESIMEN DENGAN JELAS
MEMBUKA CERMIN TINGKAP APABILA MASUK KE DALAM BILIK SAINS
Semasa berada di dalam Bilik Sains, apakah langkah pertama yang harus dilakukan?
DUDUK DI KERUSI
MEMBUKA TINGKAP
MEMBUAT ULANGKAJI
BERBINCANG DENGAN RAKAN
Antara berikut yang manakah disingkirkan melalui peparu semasa proses perkumuhan?
UREA DAN WAP AIR
UREA DAN OKSIGEN
WAP AIR DAN KARBON DIOKSIDA
OKSIGEN DAN KARBON DIOKSIDA
Abdul Halim merenjiskan beberapa titis air ke atas sekeping roti. Apakah yang akan berlaku kepada roti itu selepas dibiarkan selama 2 minggu di atas meja?
ROTI TERSEBUT AKAN NAIK DAN MENGEMBANG
ROTI ITU KAN MENJADI KERAS DAN KERING
ROTI ITU AKAN DILITUPI OLEH TOMPOKAN KULAT
TERDAPAT PROTOZOA PADA ROTI TERSEBUT
Antara berikut yang manakah pasangan yang betul haiwan dan cara melindungi diri daripada musuh?
SOTONG - MEMANCUTKAN DAKWAT HITAM
GAJAH - KULIT YANG KERAS DAN BERKEDUT
BADAK AIR - BERENDAM DI DALAM LUMPUR
KATAK - MENYAMAR
Dalam satu ladang kelapa sawit, terdapat haiwan seperti nyamuk, belalang, tikus, ular dan burung pipit. Burung hantu dibela untuk mengurangkan bilangan tikus yang merosakkan kelapa sawit. Dalam tempoh tiga bulan didapati masalah kerosakan kelapa sawit telah berkurang. Pada ramalan kamu, apakah haiwan lain yang akan turut berkurang?
Alatan manakah yang sesuai digunakan untuk melihat mikroorganisma?
BINOKULAR
KANTA PEMBESAR
MIKROSKOP
PERISKOP
Apakah yang dimaksudkan dengan spesies yang terancam?
SPESIS YANG DIBURU
SPESIS YANG HIDUP DALAM HUTAN SIMPAN
SPESIS YANG HAMPIR PUPUS
SPESIS YANG TIDAK WUJUD LAGI
Antara haiwan berikut, yang manakah bernafas melalui peparu?
NYAMUK DAN UDANG
NYAMUK DAN ULAR
TUPAI DAN UDANG
TUPAI DAN ULAR
Apakah yang akan berlaku jika daun-daun pokok semalu disentuh dengan jari?
DAUN-DAUN POKOK ITU AKAN GUGUR
DAUN-DAUN POKOK ITU AKAN MENJADI KERING
DAUN-DAUN POKOK ITU AKAN BERLIPAT
DAUN-DAUN POKOK ITU AKAN MENGELUARKAN BAU BUSUK
Sebuah tingkap boleh laras didapati sukar ditutup. Apakah yang perlu dilakukan terhadap penutup tingkap itu?
DICAT
DILETAK MINYAK
DICUCI DENGAN AIR
DIGOSOK DENGAN KERTAS PASIR
Objek yang manakah merupakan konduktor elektrik?
KLIP KERTAS DAN PAKU TEKAN
KLIP KERTAS DAN BOTOL PLASTIK
PEMBARIS KAYU DAN PAKU TEKAN
PEMBARIS KAYU DAN BOTOL PLASTIK
Alat manakah yang mempunyai prinsip yang sama seperti cermin?
TELESKOP
PERISKOP
CERMIN MATA
CERMIN TINGKAP
Antara berikut yang manakah merupakan planet paling besar dalam Sistem Suria?
MARIKH
ZUHAL
NEPTUN
MUSYTARI
