wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Simpulan Bahasa 1(Gambar)

Total questions: 147

Worksheet time: 1hrs 16mins

Name
Class
Date
1.
Kenalpasti simpulan bahasa yang sesuai bagi gambar ini?
a)
ulat buku
b)
celik akal
2.
Pilih maksud bagi simpulan bahasa 'telinga lintah" yang betul.
a)
orang yang tajam pendengaran
b)
orang yang tidak mendengar nasihat
3.
Keluarga Encik Afiqri ___________ di tepi pantai.
a)
angin makan
b)
makan angin
c)
atas angin
d)
ada angin
4.
Arash Amirul ____________ mendengar perbualan ayahnya dan ketua kampung itu.
a)
pasang telinga
b)
angkat kaki
c)
kacang hantu
d)
panas darah
5.
Orang ramai begitu ___________ melihat pelbagai barangan yang dijual semasa jualan murah itu.
a)
mata duitan
b)
rabun mata
c)
putih mata
d)
rambang mata
6.

Peribahasa "bagai cendawan tumbuh selepas hujan" bermaksud

a)

Terlalu banyak pada sesuatu masa.

b)

Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti.

c)

Kalau sudah berbuat sesuatu, biarlah memperoleh hasil.

d)

Banyak bercakap tanda tiada berilmu.

7.

Pilih peribahasa yang mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa yang berikut :

carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua

a)

air dicencang tak akan putus

b)

gunting dalam lipatan

c)

haruan pulang ke lubuk

d)

gunting dalam lipatan

8.

Apakah maksud peribahasa ini ?

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

a)

Buat sesuatu biar berpada-pada.

b)

Kita patut berbuat baik kepada semua orang.

c)

Kalau sudah berbuat sesuatu, biarlah memperoleh hasil.

d)

Perbuatan yang sia-sia.

9.

Nyatakan maksud peribahasa berikut :

Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan.

a)

Cita-cita yang tidak kesampaian.

b)

Kemewahan hidup yang dikecapi kerana kejayaan dalam perniagaaan.

c)

Orang yang hidup dalam kesenangan.

d)

Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.

10.

Berikan simpulan bahasa yang sesuai dengan gambar di atas

a)

kaki panjang

b)

kaki bercabang

c)

kaki bangku

d)

kaki kayu

11.

Apakah simpulan bahasa yang sesuai dengan gambar di atas?

a)

kepala udang

b)

kepala batu

c)

otak beku

d)

otak udang

12.

Apakah maksud simpulan bahasa di atas?

a)

orang yang suka mencuri

b)

orang yang suka memberi

c)

orang yang suka meminjam

d)

orang yang suka berdiam diri

13.

Apakah maksud mulut tempayan?

a)

orang yang suka bercakap besar

b)

orang yang suka membuat bising

c)

orang yang tidak boleh menyimpan rahsia

d)

orang yang sering bergaduh

14.

Berikan simpulan bahasa yang berkaitan dengan gambar

a)

anak emas

b)

raja sehari

c)

anak raja

d)

anak angkat

15.

Dani menerima __________________ daripada ibunya dengan senang hati.

a)

buah tangan

b)

buah hati

c)

ulat buku

d)

anak patung

16.

Tasha seorang_____________. Dia berpeluh-peluh semasa menunggu bas di tepi jalan raya.

a)

cahaya mata

b)

puteri lilin

c)

buah fikiran

d)

mata duitan

17.

Kita janganlah menjadi ____________ yang suka melaga-lagakan orang lain supaya bergaduh.

a)

berat mulut

b)

batu api

c)

batu loncatan

d)

anak angkat

18.

Pada cuti sekolah ayah dan ibu sering membawa kami ___________ untuk menikmati keindahan alam.

a)

kaki ayam

b)

kutu embun

c)

makan angin

d)

kaki bangku

19.

Dia sentiasa memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

a)

Otak udang

b)

Hati batu

c)

Otak cair

d)

Keras hati

20.
Kami mendapat __________ daripada tuan rumah itu untuk melihat keadaan penduduk di kampung ini.
a)
hitam putih
b)
lalat hijau
c)
halwa telinga
d)
lampu hijau
21.
Restoran makanan laut itu terpaksa __________ kerana menangung hutang yang banyak.
a)
goyang kaki
b)
lankah bendul
c)
hutang darah
d)
gulung tikar
22.
Nyatakan peribahasa yang berkaitan gambar berikut?
a)
Malas berdayung, perahu hanyut.
b)
Biduk lalu, kiambang bertaut.
c)
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
d)
Seperti mencurah air ke daun keladi.
23.
Berikan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa berikut:-
"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"
a)
Ibarat mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
b)
Burung terbang dipipiskan lada
c)
 Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.
d)
Rusa masih di hutan, kancah sudah dijerang
24.

2. Berdasarkan gambar di atas, nyatakan simpulan bahasa yang sesuai dengan gambar tersebut.

a)

ambil mudah

b)

anak kandung

c)

lepas tangan

d)

ada hajat

25.

3. Berdasarkan gambar di atas, nyatakan simpulan bahasa yang berlawanan dengan simpulan bahasa dalam gambar tersebut.

a)

tangkai jering

b)

ambil hati

c)

ambil berat

d)

murah hati

26.

4. Berdasarkan gambar di atas, nyatakan simpulan bahasa yang sesuai dengan gambar tersebut.

a)

makan hati

b)

ringan tulang

c)

berat hati

d)

berat tulang

27.

5. Berdasarkan gambar di atas, nyatakan simpulan bahasa yang sesuai dengan gambar tersebut.

a)

berat mulut

b)

banyak mulut

c)

makan angin

d)

makan hati

28.

6. Berdasarkan gambar di atas, nyatakan simpulan bahasa yang sesuai dengan gambar tersebut.

a)

berat mulut

b)

tinggi suara

c)

suara sumbang

d)

senang hati

29.

7. Berdasarkan gambar di atas, nyatakan simpulan bahasa yang sesuai dengan gambar tersebut.

a)

lembut hati

b)

muka tembok

c)

keras kepala

d)

hidung tinggi

30.

8. Ibu merupakan _____________ kepada ayah dalam keluarga.

a)

anak emas

b)

batu loncatan

c)

ringan mulut

d)

tulang belakang

31.

9. Berdasarkan gambar di atas, nyatakan simpulan bahasa yang sesuai dengan gambar tersebut.

a)

berat mulut

b)

hidung tinggi

c)

rendah diri

d)

berat sebelah

32.

10. Aiman _________________mendengar bebelan kakaknya.

a)

buku lima

b)

berat mulut

c)

ringan tulang

d)

sakit telinga

33.

Pilih simpulan bahasa berpandukan gambar.

a)

Ambil angin

b)

Makan angin

c)

Buang angin

d)

Bersiar-siar

34.

Pilih simpulan Bahasa berpandukan gambar

a)

Anak emas

b)

Anak bapa

c)

Anak emak

d)

Anak-anak

35.

Pilih simpulan Bahasa berpandukan gambar

a)

Bermasam wajah

b)

Bermasam-masam

c)

Bermasam muka

d)

Bermuka-muka

36.

Pilih simpulan bahasa berpandukan gambar

a)

Bongkok semut

b)

Bongkok-bongkok

c)

Bongkok bahu

d)

Bongkok sabut

37.

Pilih simpulan bahasa berpandukan gambar.

a)

Kutu embun

b)

Kutu bakar

c)

Kutu mengutu

d)

Kutu rayau

38.

Pilih simpulan bahasa yang bersesuaian.

a)

Lipas kajang

b)

Lipas kudung

c)

Lipas-lipas

d)

Lipas kipas

39.

Pilih maksud yang betul berpandukan gambar.

a)

Berita baharu yang menjadi perbualan.

b)

Orang yang bongkok sedikit seperti bentuk sabut.

c)

Hasil tulisan atau karya

40.

Pilih maksud yang betul berpandukan gambar.

a)

Tidak tegur menegur antara satu sama lain.

b)

Mendatangkan keuntungan.

c)

Tegur menegur antara satu sama lain.

41.

Pilih maksud yang betul berpandukan gambar.

a)

Makan angin.

b)

Membuat sesuatu supaya disukai.

c)

Berehat di luar rumah.

42.

Pilih maksud yang betul berpandukan gambar.

a)

Anak yang disayangi oleh bapa.

b)

Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.

c)

Anak yang disayangi oleh ibu.

43.

Pilih maksud yang betul berpandukan gambar.

a)

Orang yang lambat membuat kerja

b)

Pantas melakukan sesuatu pekerjaan.

c)

Selalu tepat membuat kerja

44.

Pilih maksud yang betul berpandukan gambar.

a)

Orang yang suka membuang masa dan pulang awal pagi.

b)

Lari kerana takut disebabkan sesuatu.

c)

Orang yang suka berjalan pada waktu malam.

45.

Pilih ayat yang bersesuaian berpandukan gambar.

a)

Ahmad adalah anak bapa.

b)

Akmal adalah seorang yang dikasihi ibu.

c)

Dia suka sayangkan anaknya.

46.

Pilih ayat yang bersesuaian berpandukan gambar.

a)

Fauzi suka ambil angin di rumahnya pada setiap petang.

b)

Saya suka ambil angin dimana-mana.

c)

Dia suka baca suratkhabar

47.

Pilih ayat yang bersesuaian berpandukan gambar.

a)

Walaupun baru mula bekerja, Raga sudah bermasam muka

b)

Jauhilah daripada bermasam muka sesama warga sekolah untuk keharmonian dan keseronokan bekerja

c)

Datuk berasa bermasam muka apabila tahu cucunya akan pulang ke kampung.

48.

Pilih ayat yang bersesuaian berpandukan gambar.

a)

Dia berbadan tegap dan berbadan bongkok sabut

b)

Emak suka mengambil bongkok sabut dari belakang rumah.

c)

Orang tua itu terpaksa bertongkat ketika berjalan supaya dapat menyimbangkan badannya yang bongkok sabut itu.

49.

Pilih ayat yang bersesuaian berpandukan gambar.

a)

Ayah nasihat anaknya jangan jadi kutu embun dan kepulangan lewat.

b)

Gadis itu berlari-lari sambil tersengih seperti kutu embun.

c)

Abang tidak mempercayai kutu embun yang diberitahu oleh adiknya.

50.

Pilih ayat yang bersesuaian berpandukan gambar.

a)

Dia bergerak telalu lambat seperti lipas kudung.

b)

Hidangan tengah hari dapat disiapkannya dalam masa setengah jam kerana dia membuatnya seperti lipas kudung.

c)

Nabeel seorang pelari yang sangat pantas seperti lipas kudung.

51.

Mak Cik Limah meminta Melor membaca surat yang dikirimkan oleh anaknya itu kerana dia__________.

a)

buta huruf

b)

banyak mulut

c)

hilang akal

d)

batu api

52.
Rumah En Ali hangus terbakar. Beliau dan keluarganya ____________ kerana barang - barangnya hangus dijilat api.
a)
Sehelai sepinggang
b)
Sebatang kara
c)
Anak yatim
d)
Seribu langkah
53.

Maksud HATI WAJA ialah...

a)

bersemangat

b)

berani

c)

suka gaduh

d)

tidak takut

54.

Orang yang mempunyai kebolehan ialah orang yang...

a)

ada bakat

b)

murah hati

c)

ada boleh

d)

kaki botol

55.

Maksud PUTUS ASA ialah...

a)

kecewa

b)

kecergasan

c)

tidak ada kebolehan

d)

tidak ada hati

56.

Akhirnya, kemenangan pertandingan bole sepak DALAM TANGAN Aiman kerana dia sangat rajin berlatih. Maksud DALAM TANGAN ialah...

a)

sudah tentu dapat

b)

sudah tahu akan jadi

c)

berpuas hati

d)

menang

57.

Kamarul melawat neneknya dengan membawa BUAH TANGAN. Maksud BUAH TANGAN ialah...

a)

hadiah; pemberian

b)

buah-buahan

c)

anak emas

d)

anak buah

58.

Maksud ANAK EMAS ialah...

a)

anak yang dikasihi ibu bapanya

b)

anak yang pakai rantai emas

c)

anak yang paling kecil

d)

anak utama dalam keluarganya

59.

Orang yang berpeluh ialah orang yang...

a)

mandi kerbau

b)

mandi peluh

c)

peluh angin

d)

peluh banyak

60.

Orang yang rajin ialah orang yang ...ang

a)

rajin betul

b)

ringan tulang

c)

ringan mulut

d)

ringan tangan

61.

Pilih jawapan yang SALAH.

a)

iri hati = berasa cemburu

b)

ikat perut = kurus badan

c)

buah tangan = hadiah; pemberian

d)

banyak mulut = orang yang suka bercakap

62.

Sofia sangat rajin. Dia ialah seorang yang (a)   .

63.

Ming Han ialah (a)   . Dia mempunyai seorang kakak dan abang.

64.

Maksud ANAK KANDUNG ialah

a)

anak sendiri

b)

anak angkat

c)

anak bongsu

d)

anak buah

65.

Orang yang suka bercakap ialah orang yang ...

a)

banyak lidah

b)

banyak mulut

c)

banyak gigi

d)

banyak bibir

66.

Manisah terpaksa ____________ di sekolah kerana ayahnya tidak mampu ​memberikan wang saku kepadanya.

a)

ikat perut

b)

alas perut

c)

panjang tangan

d)

iri hati

67.

Pilih simpulan bahasa yang sesuai dengan gambar ini.

a)

ulat buku

b)

mandi kerbau

c)

kaki ayam

d)

ringan tulang

68.

Pilih simpulan bahasa yang sesuai dengan gambar ini.

a)

kaki ayam

b)

kaki bangku

c)

tanda mata

d)

kaki botol

69.

Orang yang suka minum arak ialah orang yang ...

a)

kaki bangku

b)

kaki botol

c)

kaki ayam

d)

alas perut

70.

Orang tidur dengan sangat nyenyak.

a)

tidur mati

b)

tidur ayam

c)

tidur hati

d)

tidur baik

71.

Sarah seorang yang ___________. Dia suka berderma walaupun miskin.

a)

murah hati

b)

iri hati

c)

putih hati

d)

terang hati

72.

________ kebanyakan penduduk kampung itu ialah penoreh getah.

a)

Mata pencarian

b)

Mata keranjang

73.

Nina dikatakan _______ kerana mengambil semula hadiah yang diberikan kepada kawannya.

a)

buruk siku

b)

bidan terjun

74.

Peperangan itu tamat setelah pihak lawan mengibarkan _______.

a)

buku lima

b)

bendera putih

75.

Sikap _______ yang ada pada Beng Hao tidak harus dicontohi.

a)

berat tulang

b)

ringan tulang

76.

Liyana _______ apabila memperoleh sebuah televisyen dalam cabutan bertuah itu.

a)

langkah kiri

b)

langkah kanan

77.

Emak menyediakan _______ untuk kami selepas makan malam.

a)

pencuci mulut

b)

mulut tempayan

78.

Perompak itu ______ apabila melihat pihak polis tiba di tempat kejadian.

a)

angkat kaki

b)

kaki botol

79.

Encik Lim _______ apabila dia telah menjadi kaya.

a)

ayam tambatan

b)

lupa daratan

80.

Mangsa kemalangan itu _______ kerana tersepit di dalam kereta.

a)

nyawa-nyawa ikan

b)

bau-bau bacang

81.

Cikgu Tan _______ apabila mendapati beberapa orang murid tidak menyiapkan kerja sekolah.

a)

kera sumbang

b)

naik darah

82.

Sikap ______ yang ada pada Beng Hao tidak harus dicontohi.

a)

berat tulang

b)

ringan tulang

83.

Akmal selalu gagal dalam peperiksaan. Dia tidak mengenal huruf. Akmal buta __________.

a)
b)
c)
d)
84.
Pasangan _________________ itu kelihatan sungguh sepadan.
a)
raja muda
b)
raja sehari
c)
raja dan permaisuri
d)
raja lawak
85.
Adik suka membaca tidak kira di mana sahaja. Dia digelar _______________ oleh rakan-rakannya.
a)
otak cair
b)
baik hati
c)
ulat buku
d)
anak emas
86.
Kehidupan keluarga Encik Faizal semakin ceria dengan kehadiran _______________ baharu.
a)
cahaya hati
b)
anak tunggal
c)
anak emas
d)
cahaya mata
87.
Pemuda-pemuda _______________ itu sentiasa pulang lewat ke rumah dalam keadaan yang mabuk.
a)
kaki botol
b)
otak cair
c)
kaki pukul
d)
panjang tangan
88.
Aiman sering diejek kerana tidak pandai bermain bola sepak. Oleh sebab itu dia digelar sebagai _______________.
a)
hati batu
b)
ayam tambatan
c)
kaki bangku
d)
panjang tangan
89.
Simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar ialah _______________.
a)
tapak kaki
b)
kaki ayam
c)
kaki gaduh
d)
kaki jalan
90.

Tulisan Raj yang ___________ itu amat sukar dibaca oleh Cikgu Khairul.

a)

cangkul angin

b)

embun jantan

c)

cakar ayam

d)

getah bawang

91.

Pada cuti sekolah yang lalu, ibu bapa Suzana telah membawanya pergi melancong ke Pulau Langkawi menaiki feri.

a)

Makan angin

b)

Makan nasi

c)

Buah hati

d)

Sebatang kara

92.

Ustaz Ebit Liew suka menolong orang yang susah tidak kira agama, bangsa atau kaum.

a)

Ayam tambatan

b)

Baik hati

c)

Kaki bangku

d)

Buah hati

93.

Ali dan Alisa berasa sedih kerana kedua ibu bapa mereka telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

a)

Kaki ayam

b)

Hati batu

c)

Hilang akal

d)

Yatim piatu

94.

Mohamad Salah adalah pemain bola sepak pasukan Liverpool yang digeruni lawan. Dia sering menjaringkan gol kemenangan.

a)

Ayam tambatan

b)

Kaki bangku

c)

Titik peluh

d)

Yatim piatu

95.

Zaim sering bercakap setiap kali Cikgu Salina mengajar di dalam kelas. Dia selalu dimarahi oleh cikgu.

a)

Mulut tempayan

b)

Keras hati

c)

Mulut murai

d)

Buah hati

96.

Azmi suka mengambil alat tulis Damia tanpa kebenarannya.

a)

Tangan panjang

b)

Ikal mayang

c)

Panjang tangan

d)

Panjang akal

97.

Amir seorang murid yang rajin. Dia selalu menyiapkan kerja sekolahnya.

a)

Berat tulang

b)

Ringan tulang

c)

Kaki bangku

d)

Keras hati

98.

Ridzuan tidak pandai bermain bola sepak.

a)

Kaki bangku

b)

Ayam tambatan

c)

Kaki botol

d)

Baik hati

99.

Pak Hamid tidak pernah memberi duit raya kepada cucu-cucunya walaupun dia banyak duit.

a)

Keras kepala

b)

Keras hati

c)

Tangkai jering

d)

Hilang akal

100.

Azli malas buat kerja. Dia suka tidur.

a)

Ringan tulang

b)

Berat tulang

c)

Baik hati

d)

Ada hati

101.

Yahya dan Yong Han berkawan baik. Hubungan mereka sangat rapat ____________________________________

a)

seperti kacang lupakan kulit

b)

bagai isi dengan kuku

c)

bagai aur dengan tebing

102.

Apakah perumpamaan yang sesuai dengan gambar ini?

a)

seperti air dengan tebing

b)

seperti kacang lupakan kulit

c)

seperti aur dengan tebing

103.

Pilih simpulan bahasa yang betul berdasarkan gambar.

a)

anak emas

b)

kaki ayam

c)

otak cair

104.

Pilih simpulan bahasa yang betul berdasarkan gambar.

a)

anak ikan

b)

anak emas

c)

ringan tulang

105.

Simpulan Bahasa 1. Orang yang suka mencuri.

a)

lipas kudung

b)

panjang tangan

c)

titik peluh

d)

berat tulang

106.

Simpulan Bahasa 2. Cepat membuat kerja.

a)

berat tulang

b)

ringan tulang

c)

cari jalan

d)

lipas kudung

107.

Simpulan Bahasa 3.Tulisan yang buruk.

a)

cakar ayam

b)

cari jalan

c)

ajak-ajak ayam

d)

rabun ayam

108.

Simpulan Bahasa 4. Orang yang suka menghasut.

a)

batu api

b)

banyak mulut

c)

batu loncatan

d)

berat mulut

109.

Simpulan Bahasa 5. Meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab.

a)

anak emas

b)

besar hati

c)

angkat kaki

d)

makan angin

110.

Simpulan Bahasa 6. Bersiar-siar untuk berehat.

a)

atas angin

b)

ambil angin

c)

besar hati

d)

besar kepala

111.

Simpulan Bahasa 7.Orang yang malas bekerja.

a)

berat sebelah

b)

berat tulang

c)

berat sebelah

d)

berat mulut

112.

Simpulan Bahasa 8. Hasil usaha yang bersungguh-sungguh.

a)

titik peluh

b)

cari jalan

c)

jalan buntu

d)

langkah kanan

113.

Simpulan Bahasa 9. Tidak berkasut.

a)

cakar ayam

b)

kaki botol

c)

kaki ayam

d)

kaki bangku

114.

Simpulan Bahasa 10. Banyak bercakap.

a)

mulut murai

b)

mulut tempayan

c)

bermuka dua

d)

buah mulut

115.

Simpulan bahasa yang sesuai________

a)

kaki bangku

b)

mulut murai

c)

kaki ayam

d)

ayam tambatan

116.

Apakah simpulan bahasa yang sesuai dengan gambar yang diberikan.

a)

buta hati

b)

ringan tulang

c)

berat tulang

d)

kaki bangku

117.

Adakah kamu __________ Dahlan yang mengoyak buku ini?

a)

dan

b)

atau

c)

supaya

d)

sambil

118.

Penyanyi lelaki yang berwajah __________ itu mempunyai ramai peminat.

a)

cantik

b)

kacak

c)

jelita

d)

sasa

119.

Mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh

a)

Mandi Peluh

b)

Durian Runtuh

c)

Gaji Buta

d)

Lintah Darat

120.

Berasa tersinggung atau merajuk

a)

Kecil Hati

b)

Lidah Bercabang

c)

Lipas Kudung

d)

Besar Hati

121.

Tidak tahan terkena panas matahari

a)

Panas Hati

b)

Puteri Lilin

c)

Telinga Nipis

d)

Pilih Kasih

122.

Tidak berasa malu

a)

Angkat Kaki

b)

Ambil Hati

c)

Muka Tembok

d)

Muka Pintu

123.

Berita yang belum tentu benarnya

a)

Naik Angin

b)

Khabar Angin

c)

Makan Angin

d)

Ambil Angin

124.

Orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain

a)

Kacang Hantu

b)

Tangan Panjang

c)

Berat Tulang

d)

Kaki Botol

125.

Tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat atau hilang pertimbangan diri

a)

Salah Jalan

b)

Gelap Mata

c)

Tajam Akal

d)

Hilang Akal

126.

Keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka

a)

Untung Besar

b)

Besar Rezeki

c)

Durian Runtuh

d)

Pisang Emas

127.

Bercakap besar tanpa ilmu

a)

Otak Udang

b)

Otak Geliga

c)

Mulut Murai

d)

Tin Kosong

128.

Cepat-cepat lari kerana ketakutan

a)

Langkah Seribu

b)

Kaki Bangku

c)

Takut Gila

d)

Langkah Sumbang

129.

Soalan 18 berdasarkan gambar 6


Awak mahu minum teh __________ milo?

a)

dan

b)

kerana

c)

sambil

d)

atau

130.

Sikap Puan Mazni yang mata _________ menyebabkan dia menjadi lupa diri.

a)
b)
c)
d)
131.

Berikan simpulan bahasa yang bersesuaian dengan gambar

a)

ringan tangan

b)

kaki bangku

c)

ulat buku

d)

anak tunggal

132.

Berikan simpulan bahasa yabg bersesuaian dengan gambar.

a)

ringan tulang

b)

berat tulang

c)

kepala batu

d)

panjang tangan

133.

Simpulan bahasa yang bersesuaian dengan gambar ialah...

a)

buah hati

b)

buah tangan

c)

buah mulut

d)

anak buah

134.

Liza makan sarapan pagi setiap hari sebagai...

a)

alas kaki

b)

kain alas

c)

alas perut

d)

alas tangan

135.

Simpulan bahasa yang bersesuai dengan gambar ialah...

a)

mulut buaya

b)

mulut murai

c)

mulut naga

d)

mulut merpati

136.

Halim sering dimarahi oleh ibunya kerana dia mandi tidak bersih.

a)

mandi lembu

b)

mandi kambing

c)

mandi kerbau

d)

mandi sunat

137.

Hafiz tinggal bersama ibu dan ayahnya sahaja. Hafiz tidak mempunyai adik beradik lain.

a)

anak bongsu

b)

anak sulung

c)

anak tunggal

d)

anak buah

138.

Apakah simpulan bahasa yang paling tepat bagi gambar di atas?

a)

dalam tangan

b)

berputus asa

c)

berhati waja

d)

ada bakat

139.

Apakah simpulan bahasa yang paling tepat bagi gambar di atas?

a)

berhati waja

b)

dalam tangan

c)

putus asa

d)

ada bakat

140.

Apakah simpulan bahasa yang paling tepat bagi gambar di atas?

a)

ada bakat

b)

putus asa

c)

berhati waja

d)

dalam tangan

141.

Apakah simpulan bahasa yang paling tepat bagi gambar di atas?

a)

berputus asa

b)

berhati waja

c)

dalam tangan

d)

ada bakat

142.

Penduduk Kampung Muhibah selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu kerja ___________________________.

a)

bagai aur dengan tebing

b)

bagai itik pulang petang

c)

bagai kacang lupakan kulit

d)

seperti anjing dengan kucing

143.

Saya dan Phui Nee berkawan baik. Persahabatan kami _______________________.

a)

bagai isi dengan kuku

b)

bagai lipas kudung

c)

bagai aur dengan tebing

d)

bagai telur di hujung tanduk

144.

Zhi Ming yang berlari-lari di tangga itu tadi ____________________ apabila dia hampir terjatuh dari tangga.

a)

bagai isi dengan kuku

b)

bagai telur di hujung tanduk

c)

bagai lipas kudung

d)

bagai aur dengan tebing

145.

Kami sekeluarga bekerjasama ________________________ untuk membersihkan rumah.

a)

seperti air dengan tebing

b)

seperti kacang lupakan kulit

c)

seperti aur dengan tebing

146.

Hubungan abang dan sepupunya sangat baik _______________________________________.

a)

bagai itik pulang petang

b)

bagai lipas kudung

c)

bagai dakwat dengan kertas

d)

bagai telur di hujung tanduk

147.

berjalan lambat-lambat atau perlahan-lahan

a)

bagai isi dengan kuku

b)

bagai aur dengan tebing

c)

lipas kudung

d)

bagai itik pulang petang