NEW
Font size
WorksheetsKuiz PIMK3033 (Pengajian Sirah)
Total questions: 10
Worksheet time: 30mins
1.Beberapa ahli bahasa berselisih pendapat mengenai pengertian sirah dan sejarah. Pilih jawapan yang paling tepat berkenaan dengan pengertian sirah dan sejarah:
I. Membawa dua maksud berbeza walaupun hampir sama maknanya
II. Sirah merupakan satu bidang khas yang mengkaji keperibadian Rasulullah S.A.W dalam realiti hidup baginda .
III. Pengajian sejarah pula merupakan satu pengajian yang mengkaji peristiwa , kekurangan dan kebaikan yang terdapat dalamnya.
IV. Perincian perjalanan hidup Rasulullah S.A.W itu sendiri bermula dari dalam kandungan sehingga kewafatan.
A. I dan III
B. II dan III
C IV sahaja
D. I,II,III,IV
2. Mempelajari aspek-aspek sejarah adalah penting kepada kita kerana:
I. Dapat menghargai sumbangan pemimpin dan orang yang berjasa kepada Negara.
II. Menjadi pendorong kepada kita untuk mencapai kemajuan dan kejayaan pada masa hadapan
III. membantu kita membentuk keperibadian masyarakat dan Negara
IV. dapat menentukan sesuatu peristiwa bersejarah dengan mengambil kira pandangan sejarawan terkenal sahaja
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
3. Bani Quraizah
Bani Nadir
Bani Qainuqa’
Berikan persamaan golongan di atas;
A. Golongan Nasrani di Madinah
B. Golongan Yahudi di Madinah
C. Golongan Arab di Madinah
D. Golongan umat Islam di Madinah
Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua ditandatangani antara Nabi Muhammad S.A.W dengan pemimpin kaum Aus dan Khazraj.
4. Apakah tujuan utama perjanjian tersebut diadakan?
I. Pengakuan golongan Muhajirin sebagai saudara.
II. Pengakuan Madinah sebagai kerajaan Islam.
III. Pengakuan taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w.
IV. Pengakuan kepercayaan kepada Nabi Muhammad S.A.W dan agama Islam.
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua ditandatangani antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan pemimpin kaum Aus dan Khazraj.
5. Apakah kepentingan perjanjian ini.
A. Madinah menjadi pusat perdagangan.
B. Madinah diserahkan kepada orang Islam
C. Madinah diiktiraf oleh Quraisy
D. Madinah menjadi tapak penyebaran agama Islam yang baru.
6. Piagam Madinah merupakan piagam bertulis yang dirangka oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 622 M berpandukan wahyu Allah. Apakah kepentingan piagam tersebut.
I. Dapat membantu menyelesaikan masalah penduduk Makkah
II. Membolehkan kaum Yahudi menguasai perdagangan di Madinah
III. Membolehkan Nabi Muhammad SAW membina sebuah negara yang aman damai.
IV. Membuktikan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin yang berwibawa dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
7. Menurut bahasa, Orientalisme bermaksud ilmu tentang ketimuran atau pengajian tentang dunia Islam manakala orientalis adalah orang yang pakar dalam bidang pengajian ketimuran atau pengajian Islam. Semua jawapan di bawah merupakan jenis-jenis orientalis kecuali:
A. Kumpulan pengkaji yang tidak suka kisah ganjil, pelik dan dongeng. Mereka sedaya upaya mencari kebenaran mengenai kisah bohong & fitnah terhadap Islam. Muncul dengan pesat di awal kemunculan gerakan Orientalis
B. Kumpulan yang meluangkan sepenuh masanya dalam kajian Islam dan Arab dalam usaha membekalkan maklumat kepada Barat dari sudut Ekonomi dan Politik dan Penjajahan baru.
C. Kumpulan yang sangat benci dan bermusuhan dengan Islam lalu sengaja menutup kebenaran dalam tulisan-tulisan mereka.
D. Kumpulan yang memperkenalkan diri mereka sebagai pengkaji akademik yang tulus ikhlas dan professional, bagaimana pun sebenarnya mencari kelemahan Islam serta meragukan kesahihan Risalah Islam, Aqidah Tauhid, kesahihan Al-Quran, Hadith dan lain-lain.
8. Pernyataan berikut berkaitan dengan hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Orientalis Barat mentafsir hijrah orang Islam sebagai suatu pelarian.
Hujah manakah yang menyangkal pendapat orientalis Barat ini?
I. Ketibaan orang Islam ke Madinah disambut dengan meriah
II. Nabi Muhammad SAW dilantik sebagai pemimpin Makkah
III. Penghijrahan orang Islam turut dijemput oleh orang Yahudi
IV. Orang Islam diberikan tempat tinggal dan jaminan keselamatan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
9. Orang Islam juga perlu mengambil manfaat hasil karya orientalis khususnya kajian objektif ilmiah murni yang tidak dicemari motif-motif misi keagamaan dan penjajahan. Berikut merupakan karya-karya orientalis dalam Sirah kecuali:
A. Dirasat fi Tarikh ( Pengajian Sejarah) oleh Arnold Toynbee
B. Hayat Muhd ( Hidup Muhammad) oleh W Muir
C. Tarikh Sharel al-Kabir oleh Bishop Turpin
D. Eratosthenes of Cyene: Geography and Other Work: MAS Ultra
10.Serangan golongan orientalis dan pendokongnya yang terdiri dari kalangan intelektual dan sarjana adalah dalam pelbagai bentuk dan saluran. Berikut adalah cara-cara serangan orientalis iaitu:
I. Bersemangat mulhid dan meragui kebenaran Nabi.
II. Melakukan serangan secara tidak langsung terhadap Sirah
III. Mewujudkan Keraguan Dalam Aspek Sejarah Dan Sunnah Nabi
IV. Menimbulkan Penyelewengan Dan Pemalsuan Sirah
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV
