wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 2 MALAYSIA DAN EKONOMI GLOBAL/ 2.1 GLOBALISASI

Total questions: 22

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Globalisasi akan membawa perspektif baru tentang konsep

a)

Dunia tanpa batasan

b)

Dunia yang tanpa persempadan negara

c)

Dunia tanpa batas waktu

d)

Dunia global dan terbuka

2.

Ciri-ciri sistem ekonomi Negara Y:


 Proses import dan eksport di antara negara

 Pasaran bebas diantara negara

 Terdapat Firma seperti Coca-cola dan McDonald’s


Berdasarkan ciri-ciri di atas, kegiatan apakah yang diamalkan oleh Negara Y

a)

Dunia tanpa sempadan

b)

Penswastaan

c)

Nasionalisasi

d)

Globalisasi

3.

Antara berikut, yang manakah contoh syarikat multinasional yang terdapat di Malaysia?

a)

Toyota

b)

Syarikat Bekalan Air Selangor

c)

Pos Malaysia

d)

Telekom

4.

Tujuan utama syarikat multinasional ialah

a)

Meningkatkan saiz pasaran

b)

Untuk mengelakkan berlaku inflasi

c)

Untuk mencapai kestabilan ekonomi

d)

Untuk mengurus perbelanjaan pembangunan ekonomi negara

5.

Situasi manakah yang menunjukkan kesan buruk bagi globalisasi di Malaysia?

a)

Pindahan teknologi ke negara lain

b)

Hubungan baik antara negara

c)

Aliran keluar untung ke negara lain

d)

Pertumbuhan ekonomi negara

6.

Berikut merupakan faktor penggalak globalisasi di Malaysia?


I. Kemajuan teknologi

II. Kemudahan infrastruktur

III. Kepelbagaian budaya dalam negara

IV. Pendapatan negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II,dan III

d)

III dan IV

7.

Globalisasi merupakan

a)

proses interaksi dan integrasi firma dan kerajaan pelbagai negara

b)

proses interaksi antara manusia, firma dan kerajaan pelbagai negara

c)

aktiviti pelaburan dan perniagaan yang berlaku merentasi sempadan sesebuah negara.

d)

aktiviti pelaburan dan perniagaan yang melibatkan dua atau lebih syarikat dari negara yang berbeza.

8.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri globalisasi?

a)

Pasaran baharu

b)

Pelaburan baharu

c)

Undang-undang baharu

d)

Sistem percukaian baharu

9.

Syarikat multinasional merujuk

a)

Firma yang terlibat dalam pelbagai aktivitui pengeluaran

b)

Firma yang menggunakan pekerja daripada pelbagai negara

c)

Firma yang beroperasi di beberapa negara pada masa yang sama

d)

Firma yang mengeluarkan pelbagai barang dan perkhidmatan di peringkat antarabangsa

10.

Bagaimanakah syarikat multinasional boleh mengurangkan kesan daripada perlindungan perdagangan?

a)

Mengurangkan saiz operasi di luar negara

b)

Mengurangkan aktiviti pengeluaran di luar negara

c)

Membuka cawangan di negara yang mengamalkan perlindungan perdagangan

d)

Memberi bantuan kepada negara yang menerima pelaburan syarikat multinasional

11.

Kemasukan syarikat multinasional dalam operasi antarabangsa didorongi oleh


I. Kelonggaran undang-undang

II. Kewujudan blok perdagangan

III. Kos pengangkutan yang tinggi

IV. Tenaga buruh dengan kemahiran khusus

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Malaysia menerima lebih banyak pelaburan syarikat multinasional kerana

a)

Kos pengangkutan yang tinggi

b)

Mengamalkan perdagangan bebas

c)

Kadar cukai pendapatan yang rendah

d)

Tenaga buruh yang ramai dan berkemahiran

13.

Bagaimanakah kerajaan menggalakkan globalisasi?

a)

Pengecualian levi untuk pekerja asing di Malaysia

b)

Pelupusan duti import untuk semua barang import

c)

Pengecualian visa untuk pelancong negara tertentu

d)

Pelupusan duti setem untuk rakyat asing yang membeli hartanah di Malaysia

14.

Bagaimanakah kewujudan infrastruktur pengangkutan yang baik menggalakkan globalisasi?

a)

Memudahkan kerjasama antara negara

b)

Memudahkan urusan kerajaan antara negara

c)

Memudahkan pengaliran wang antara negara

d)

Memudahkan aktiviti perniagaan antara negara

15.

Peningkatan pelancong asing ke Malaysia akan menyebabkan

a)

Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia

b)

Kemerosotan taraf hidup rakyat Malaysia

c)

Peningkatan aliran keluar wang ke negara asing

d)

Peningkatan permintaan barang dan perkhidmatan

16.

Malaysia terdapat 58 buah lapangan terbang di mana 36 buah di Malaysia Timur dan 22 buah di Semenanjung Malaysia. Faktor penggalak globalisasi tersebut ialah

a)

Pelancongan

b)

Peranan kerajaan

c)

Infrastruktur pengangkutan yang baik

d)

Infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi yang maju

17.

Bagaimanakah pelaburan langsung asing menggalakkan pertumbuhan ekonomi?

a)

Kenaikan nilai mata wang

b)

Peningkatan hasil kerajaan

c)

Penggunaan teknologi baharu

d)

Pengurangan kos pengeluaran

18.

Pelaburan langsung asing merupakan

a)

Pelaburan kerajaan sesebuah negara di negara di negara lain

b)

Kemasukan pekerja asing ke dalam sesebuah negara

c)

Pelaburan firma asing untuk memulakan operasi perniagaan di negara lain

d)

Aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan sesebuah negara di negara lain

19.

Pernyataan manakah yang menerangkan ciri syarikat multinasional?

a)

Firma dimiliki oleh kerajaan

b)

Firma monopoli yang menguasai pasaran tempatan

c)

Firma bersaiz besar yang beroperasi dalam sesebuah negara tertentu

d)

Firma induk di negara asal mengawal semua cawangan di negara yang berbeza

20.

Manakah contoh syarikat multinasional Malaysia

a)

Adidas

b)

Samsung Group

c)

Petronas Gas Berhad

d)

Toshiba Medical Systems

21.

Apakah risiko yang dihadapi oleh syarikat multinasional?

a)

Peningkatan modal insan

b)

Peningkatan eksternaliti negatif

c)

Kelonggaran hantar balik dividen

d)

Pembangunan dalam infrastruktur digital

22.

Manakah yang bukan faktor penggalak globalisasi?

a)

Pelancongan

b)

Peranan kerajaan

c)

Sekatan perdagangan

d)

Infrustruktur pengangkutan yang baik