wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji Sains Cikgu Hakiem : MIKROORGANISMA

Total questions: 50

Worksheet time: 2hrs 40mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah disebabkan oleh bakteria?

a)

selsema

b)

cacar air

c)

kerosakan gigi

d)

Rubella

2.

Mikroorganisma yang dilihat di bawah mikroskop membuktikan bahawa

a)

Mikroorganisma bergerak.

b)

Mikroorganisma bernafas.

c)

Mikroorganisma bertumbuh.

d)

Mikroorganisma berkumuh.

3.

Apakah kepentingan suntikan vaksin?

a)

Untuk mempercepatkan penyembuhan sesuatu penyakit.

b)

Untuk menguatkan sistem imunisasi badan.

c)

Untuk mengelakkan badan manusia mengalami alahan.

d)

Untuk meningkatkan pertumbuhan mikroorganisma dalam badan manusia.

4.

Apakah yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan diri daripada mengalami keracunan makanan?

a)

Balut luka jika ada.

b)

Tutup mulut kita apabila batuk.

c)

Kuarantinkan pesakit yang mengalami keracunan makanan.

d)

Basuh tangan sebelum makan.

5.

Rhiyadh mendapati sebahagian roti yang dibelinya telah berkulat sebelum tiba tarikh luputnya. Antara berikut, yang manakah mungkin menyebabkan hal itu berlaku?

a)

Roti itu disimpan di dalam peti sejuk.

b)

Roti itu lembap kerana terkena air.

c)

Bungkusan plastik roti itu tidak diikat.

d)

Habuk terkena pada permukaan roti itu.

6.

Seramai 900 orang penduduk Malaysia telah dijangkiti Covid 19. Mereka dikuarantin di dalam sesebuah hospital khas untuk

a)

membolehkannya berehat.

b)

memberikannya penjagaan rapi.

c)

membolehkannya sembuh dengan cepat.

d)

mengelakkannya daripada merebakkan penyakit itu kepada orang lain.

7.

Apakah ciri yang membezakan virus dengan mikroorganisma lain?

a)

Virus boleh membuat makanannya sendiri.

b)

Virus ialah mikroorganisma separa hidup yang boleh membiak dengan cara menguasai sel lain.

c)

Virus hidup di dalam badan manusia, haiwan dan tumbuhan.

d)

Mikroorganisma yang dapat dilihat dengan mata kasar.

8.

Apakah mikroorganisma yang diperlukan dalam pembuatan yogurt?

a)

kulat

b)

paramesium

c)

bakteria Laktobasilus

d)

yis

9.

Adam ingin melihat kulat yang terdapat pada roti. Apakah alat yang sesuai digunakan untuk melihat kulat roti tersebut dengan jelas?

a)

Teleskop

b)

Periskop

c)

Mikroskop

d)

Stetoskop

10.

Antara berikut, yang manakah mempercepatkan pertumbuhan kulat pada roti?

a)

Keadaan roti yang lembap.

b)

Saiz roti yang lebih besar.

c)

Roti dibakar beberapa minit.

d)

Roti disimpan di dalam peti sejuk.

11.

Antara makanan berikut, yang manakah disediakan dengan mencampurkan ragi dan ubi kayu?

a)

Dadih

b)

Keju

c)

Tempe

d)

Tapai

12.

Bagaimanakah penyediaan makanan yang kotor boleh menyebabkan manusia mendapat penyakit berjangkit seperti taun?

a)

Bakteria seperti Salmonella membiak dengan cepat apabila makanan tidak dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimasak.

b)

Yis bernafas dan menghasilkan gas karbon dioksida yang berbahaya kepada makanan.

c)

Virus yang ada di udara menghasilkan vaksin yang menyedapkan rasa makanan itu.

d)

Bakteria menghasilkan bau yang merosakkan nutrien pada makanan.

13.

Mikroorganisma yang paling kecil ialah

a)

bakteria

b)

kulat

c)

virus

d)

alga

14.

Mikroorganisma yang boleh dilihat dengan mata kasar ialah

a)

virus

b)

alga

c)

kulat

d)

paramesium

15.

Berikut adalah faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma KECUALI

a)

Suhu

b)

Udara

c)

Cahaya matahari

d)

Keasidan

16.

Apakah maksud mikroorganisma?

a)

hidupan yang dapat dilihat dengan mata kasar

b)

hidupan yang besar yang sukar dilihat

c)

hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

d)

hidupan berseni yang mudah dilihat

17.

Yang manakah antara berikut BUKAN mikroorganisma?

a)

Bakteria

b)

Fungi

c)

Berudu

d)

Protozoa

18.

Mikroorganisma dapat dilihat melalui...........

a)
b)
c)
d)
19.
Antara yang berikut, yang manakah senarai kumpulan mikroorganisma yang betul?
a)
Bakteria, virus, protozoa, kulat dan alga
b)
Bakteria, virus, proton, fungi dan alga
c)
Bakteria, berus, protozoa, kulat dan alga
d)
Bakteria, virus, protozoa, fungi dan agar-agar
20.
1. Antara berikut, yang manakah ialah Protozoa ?
a)
Paramesium
b)
Yis
c)
Kulat
d)
Plakton
21.

Antara berikut, yang manakah Tidak Benar tentang ciri mikroorganisma?

a)

Boleh bernafas

b)

Boleh bertumbuh

c)

Boleh bergerak

d)

Boleh membawa bahaya kepada semua orang

22.
Sekeping kek yang telah dibiarkan diletakkan di atas meja selama seminggu didapati berkulat. Apakah keadaan yang boleh menyebabkan pertumbuhan kulat?
a)
Panas dan kering
b)
Panas dan lembap
c)
Sejuk dan kering
d)
Sejuk dan lembap
23.

Apakah jenis mikroorganisma yang ditunjukkan di atas?

a)

Virus

b)

Kulat

c)

Bakteria

d)

Protozoa

24.

Antara yang berikut, yang manakah tidak benar tentang mikroorganisma itu?

a)

Mikroorgansma itu adalah yis

b)

Mikroorganisma itu adalah benda hidup

c)

Mikroorganisma itu membiak dan bernafas

d)

Mikroorganisma itu adalah sangat berbahaya

25.
Salmonella, Streptococus dan Escherichia coli merupakan jenis-jenis _____________.
a)
Fungi
b)
Bakteria
c)
Alga
d)
Protozoa
26.
Antara berikut, yang manakah bukan kesan buruk mikroorganisma?
a)
Keracunan makanan
b)
Pereputan gigi
c)
Penyakit berjangkit
d)
Pencemaran udara
27.
Cirit-birit, muntah-muntah dan pening kepala ialah tanda-tanda ________________ makanan.
a)
kekenyangan
b)
keracunan
c)
kemanisan
d)
pereputan
28.
Tempe, roti dan tapai adalah contoh makanan yang diperbuat menggunakan _____________.
a)
Yis
b)
Bakteria
c)
Protozoa
d)
Tepung
29.

Antara berikut, yang manakah mikroorganisma yang hanya boleh dilihat dengan mikroskop elektron?

a)

Bakteria

b)

Yis

c)

Protozoa

d)

Virus

30.

Apakah bakteria yang menyebabkan manusia akan sakit perut jika dijangkiti?

a)

Streptococcus aureus

b)

Salmonella

c)

Staphylococcus

d)

E.Coli Azamo

31.

Gambar menunjukkan penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma. Apakah penyakit tersebut?

a)

Konjuntivitis

b)

Malaria

c)

Kurap

32.

Gambar menunjukkan penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma. Apakah penyakit tersebut?

a)

Konjuntivitis

b)

Malaria

c)

Kurap

33.

Nyatakan mikroorganisma yang terdapat pada makanan rosak dan boleh menyebabkan keracunan makanan.

a)

Salmonella

b)

Laktobasilus

c)

Spirogyra

34.

Nyatakan bakteria baik yang digunakan untuk menghasilkan yogurt.

a)

Salmonella

b)

Laktobasilus

c)

Spirogyra

d)

Paramecium

35.

Nyatakan mikroorganisma yang menyebabkan pereputan gigi?

a)

Fungi

b)

Bakteria

c)

Protozoa

d)

Virus

36.

Nyatakan mikroorganisma yang digunakan dalam pembuatan tempe?

a)

Yis

b)

Mukor

c)

Bakteria

d)

Penicilium

37.

Nyatakan mikroorganisma yang digunakan untuk merawat sisa kumbahan dalam loji kumbahan?

a)

Bakteria

b)

Protozoa

c)

Fungi

d)

Alga

38.

Peluh pada badan sebenarnya tidak berbau. Nyatakan mikroorganisma yang bercampur dengan peluh yang menyebabkan badan berbau.

a)

Bakteria

b)

Protozoa

c)

Virus

d)

Fungi

39.

Penyakit batuk kering atau penyakit tuberkulosis adalah berpunca daripada jangkitan ______________.

a)

Bakteria

b)

Virus

c)

Protozoa

d)

Fungi

40.

Mengapakah lelaki itu perlu menutup hidung dan mulutnya?

a)

Orang sekeliling akan bersin jika ia tidak menutup hidungnya

b)

Untuk mengelakkan penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma

c)

Untuk mengelakkan bunyi yang kuat semasa bersin

41.

Yang manakah menunjukkan aktiviti mikroorganisma bernafas?

a)

Memasang belon pada mulut tabung uji yang mengandungi air, yis dan gula

b)

Pemerhatian pada kulapuk roti

c)

Pemerhatian terhadap air kolam melalui kanta pembesar

d)

Pemerhatian terhadap oren yang rosak

42.

Apakah alat yang digunakan untuk melihat mikroorganisma?

a)

Teropong jauh

b)

Kanta cahaya

c)

Mikroskop

d)

Teleskop

43.

Yang manakah menunjukkan kesan buruk mikroorganisma?


I Penghasilan baja

II Keracunan makanan

III Makanan menjadi rosak

IV Penghasilan tapai dan tempe

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

44.

Manakah langkah yang betul untuk mengelakkan penyakit itu dari merebak?

a)

Minum air yang telah dimasak

b)

Kuarantinkan pesakit yang terlibat

c)

Basuh tangan menggunakan sabun

d)

Balut panyakit ini dengan kain

45.

Apakah penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma?

a)

Sakit jantung

b)

Darah tinggi

c)

Selsema

d)

Kencing manis

46.

Apakah kesimpulan terbaik tentang pemerhatian yang ditunjukkan itu?

a)

Mikroorganisma bernafas

b)

Mikroorganisma perosak

c)

Mikroorganisma bergerak

d)

Mikroorganisma bertumbuh

47.

• Mikroorganisma paling kecil

• Susah untuk dihapuskan

• Banyak mendatangkan kesan buruk


Apakah mikroorganisma yang mempunyai ciri-ciri tersebut?

a)

Virus

b)

Fungi

c)

Bakteria

d)

Protozoa

48.

Penduduk di Taman Perumahan Sri Wangi mengalami wabak penyakit demam denggi. Apakah langkah yang patut diambil oleh penduduk taman perumahan tersebut untuk mengelakkan penyakit itu daripada menular?

a)

Mencuci tangan sebelum makan

b)

Menyembur racun serangga perosak

c)

Membuang sampah ke dalam bakul sampah

d)

Memastikan sekeliling rumah bersih dan tiada air bertakung

49.

Nyatakan mikroorganisma yang digunakan dalam pembuatan tapai?

a)

Yis

b)

Protozoa

c)

Bakteria

d)

Alga

50.

Nyatakan mikroorganisma yang terdapat pada roti tersebut?

a)

Streptococus

b)

Mukor

c)

Bakteria

d)

Penicilium