Font size
WorksheetsSains Ting 4: Bab 6.2 (Pergerakan & Sokongan)
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Apakah sistem yang membolehkan manusia bergerak?
Sistem rangka dan pernafasan
Sistem rangka dan otot
Sistem otot dan saraf
Sistem otot dan endokrin
Otot berantagonis ialah ...
Pasangan otot yang bertindak secara berlawanan.
Pasangan otot yang bertindak secara berpasangan.
Pasangan otot yang bertindak secara mengecut dan mengendur.
Pasangan otot yang bertindak secara mengendur sahaja.
Semasa meluruskan lengan ...
otot biseps mengecut ; otot triseps mengecut
otot biseps mengendur ; otot triseps mengendur
otot biseps mengendur ; otot triseps mengecut
otot biseps mengecut ; otot triseps mengendur
Pilih pernyataan yang betul bagi sendi.
Tempat pertemuan antara dua atau lebih tulang.
Terdapat dua jenis sendi iaitu bergerak dan tidak bergerak.
Contoh sendi bergerak adalah sendi pada tengkorak.
Otot yang terlibat dalam pergerakan sendi engsel ialah biseps dan triseps.
Berikut merupakan kerjaya yang membantu mengatasi masalah berkaitan dengan sendi dan otot pada manusia kecuali
Ahli Fisioterapi
Pakar Ortopedik
Juru X-Ray
Ahli Kiropraktor
Parameter yang digunakan untuk kadar pertumbuhan manusia ialah ...
Jirim
Berat
Tinggi
Lebar
Pernyataan berikut adalah TIDAK BENAR bagi bentuk lengkung pertumbuhan bagi lelaki dan perempuan
Kadar pertumbuhan lelaki adalah sama dengan pertumbuhan perempuan
Peringkat bayi sehingga kanak-kanak, tumbesaran bagi lelaki dan perempuan adalah sama.
Umur 12 - 14 tahun, perempuan membesar lebih cepat.
Selepas umur 14 tahun, lelaki membesar lebih cepat.
Kesan gizi seimbang terhadap tumbesaran adalah ...
membantu tumbesaran individu.
membekalkan nutrien untuk pertumbuhan sel.
membantu membekalkan nutrien dalam proses meoisis.
membantu membekalkan nutrien dalam proses mitosis.
Semasa di klinik kesihatan atau hospital, jururawat atau doktor akan mengukur...
jisim badan bayi atau kanak-kanak.
ukur lilit leher bayi atau kanak-kanak.
tinggi badan bayi atau kanak-kanak.
ukur lilit kepala bayi atau kanak-kanak.
Apakah plot graf yang sesuai untuk melihat kadar pertumbuhan seseorang individu?
Ketinggian badan melawan masa.
Jisim badan melawan masa
Berat badan melawan masa
Masa melawan ketinggian badan
