wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Bab 4 (T3)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

"Phya Songkhram Ramu Wichit Wilis Asmara Phya Pelit" merupakan gelaran yang diberikan oleh Maharaja Siam kepada .............

a)

Sultan Kedah

b)

Sultan Terengganu

c)

Raja Perlis

d)

Sultan Kelantan

2.

Apakah undang-undang yang digunakan oleh Perlis sebagai rujukan dalam sistem perundangannya?

a)

Undang-undang Islam Perlis

b)

Undang-undang Kesultanan Kedah

c)

Undang-undang Syarak

d)

Undang-undang Melaka

3.

Mengapakah Kedah menjalinkan hubungan baik dengan Siam?

a)

Kedudukannya yang berjiran

b)

Ancaman Burma

c)

Supaya Siam menaungi Kedah

d)

Ancaman British

4.

Pertapakan Islam di Kedah sejak abad ke-12 dengan menjadikan ______________ sebagai Pusat Pemerintahan.

a)

Alor Setar

b)

Kota Bukit Meriam

c)

Kota Sarang Semut

d)

Kedah Tua

5.

Pada 1776-1794, kerajaan Kelantan berjaya disatukan semasa pemerintahan.......

a)

Wan Mat Saman

b)

Long Yunus

c)

Raja Haji

d)

Sultan Muhammad I

6.

Dalam sistem pentadbiran Kelantan, Sultan dibantu oleh para pembesar. Sistem ini dikenali sebagai........

a)

Sistem Jemaah Menteri

b)

Sistem Kabinet

c)

Sistem Kesultanan Melayu

d)

Sistem Syura

7.

Dalam pentadbiran Kelantan, Tok Kweng juga dikenali sebagai

a)

Perdana Menteri

b)

Tukang Wayang Kulit

c)

Pegawai Daerah

d)

Penggawa

8.

Siapakah Pengasas Kerajaan Terengganu?

a)

Sultan Zainal Abidin I

b)

Sultan Zainal Abidin II

c)

Sultan Zainal Abidin III

d)

Sultan Mizan Zainal Abidin

9.

Apakah tugas Dato' Mata-mata?

a)

Memerhati tingkah laku rakyat

b)

Mengawal dan mengawasi Istana

c)

Menyambut kedatangan kedatangan pelawat

d)

Menguruskan keselamatan Sultan setiap masa

10.

Johor mengalami Zaman Pemodenan semasa pemerintahan.....

a)

Daeng Ibrahim

b)

Daeng Abu Bakar

c)

Sultan Abu Bakar

d)

Maharaja Abu Bakar

11.

Johor mempunyai perbezaan dalam menjalinkan hubungan luar berbanding negeri-negeri lain. Apakah perbezaan tersebut?

a)

Menjalinkan hubungan luar dengan negara Eropah dan Jepun

b)

Menolak hubungan dengan Siam

c)

Menjalinkan hubungan dengan Belanda

d)

Mengamalkan dasar tertutup

12.

Berikut merupakan faktor yang mempengaruhi peluasan kuasa British ke atas Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, KECUALI....

a)

Beban Orang Putih

b)

Sumber asli

c)

Menghubungkan India dengan Pulau Pinang

d)

Kedudukan strategik

13.

Kuasa-kuasa barat yang berikut juga berminat menguasai negeri-negeri Melayu Utara KECUALI

a)

Perancis

b)

Sepanyol

c)

Amerika Syarikat

d)

Jerman

14.

Peluasan kuasa British ke atas negeri-negeri Melayu Utara terpaksa dibuat secara berperingkat kerana.....

a)

Kedudukan antara negeri yang jauh

b)

Semua negeri berada di bawah pengaruh Siam

c)

Perlu berunding dengan kuasa Barat lain yang turut berminat

d)

Masalah kewangan yang dihadapi oleh British selepas Perang Dunia.

15.

Perluasan British terhadap negeri-negeri Melayu Utara berakhir setelah.....

a)

Perjanjian Selatan Siam

b)

Perjanjian Bangkok 1909

c)

Perjanjian Inggeris - Belanda

d)

Perjanjian Pangkor 1874

16.

'British menawarkan pinjaman sebanyak 200,000 dolar kepada Johor'

Mengapakah British menawarkan tawaran tersebut?

a)

Bagi melantik Residen di Johor

b)

Membayar hutang Johor kepada Belanda

c)

Membiayai pembinaan kereta api

d)

Membantu Johor menguruskan negeri

17.

Siapakah wakil British yang terlibat dalam Perjanjian Bangkok 1909?

a)

Ralph Paget

b)

E.H. Strobel

c)

Francis Light

d)

Stamford Raffles

18.

Siapakah yang boleh dilantik menjadi kakitangan perkhidmatan awam di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu?

a)

Orang Melayu

b)

Pegawai Barat

c)

Kerabat Diraja

d)

Pembesar Melayu

19.

Beliau merupakan Menteri Besar Kedah yang pertama. Siapakah beliau?

a)

Raja Ahmad bin Raja Endut

b)

Haji Nik Mahmud bin Haji Ismail

c)

Wan Muhammad Saman

d)

Dato' Jaafar bin Muhammad

20.

Apakah matlamat kewujudan Askar Timbalan Setia Negeri Johor ditubuhkan?

a)

Melindungi institusi diraja dan negeri Johor

b)

Mengawasi pergerakan Sultan Johor

c)

Membantu kerajaan dalam mempertahankan negara

d)

Menunjukkan kekuatan negeri