NEW
Font size
WorksheetsKata Ganda
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Petani memasang __________di tengah sawah untuk menakutkan burung
kisi-kisi
orang-orang
tupai-tupai
layang-layang
Pawagam menjadi _____________setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan
riuh-rendah
gelap-gelita
porak-peranda
terang-benderang
Baju Kamal _______________kerana terkena warna air ketika menyertai pertandingan mewarna.
comot-momot
koyak-rabak
serba-serbih
compang-camping
Ideanya telah ditolak________________oleh majikannya.
hidup-hidup
bulat-bulat
betul-betul
terang-benderang
Pak Ngah suka makan sup __________ikan.
bebola
jejari
dedaun
kekabu
Mereka ketawa_______________apabila menonton filem komedi lakonanTan Sri P. Ramlee
teresak-esak
terkebil-kebil
terbahak-bahak
tergelak-gelak
Kemalangan serini berlaku di jalan yang ______________itu.
berkelip-kelip
berpinar-pinar
berderet-deret
berliku-liku
Ayah menyapu __________yang gugur dari pohon manggis itu.
dedaun
kekabu
bebola
bebiri
Muka Aliyah menjadi_____________apabila diusik bleh rakan-rakannya.
kebiru-biruan
kemalu-maluan
keanak-anakan
kemerah-merahan
Rambut budak lelaki itu kelihatan _______________kerana tidak disisir.
kusut-masai
serbah-serbih
comot-momot
compang-camping
Polis telah ________________tembakan dengan perompak dalam insiden rompakan kedi emas kelmarin.
bertukar-tukar
berhujah-hujah
berbalas-balas
berganti-ganti
Aiman lari ______________apabila dikejar seekor anjing liar.
riuh-rendah
lintang-pukang
kumat-kamit
lalu-lalang
Dedaun kelapa _______________ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
berkibar-kibar
meliang-liuk
bersiar-siar
membeli-belah
Kilang simen itu mengeluarkan____________asap ke udara.
bergumpal-gumpal
bersimpul-simpul
berkepul-kepul
berketul-ketul
Pembalakan haruslah dijalankan secara terancang supaya________________tidak kelihatan gondol.
rumput-rampai
gunung-ganang
semak-samun
Tanah-tanih
Menjelang pilihan raya yang ke-12, orang ramai ______________keluar untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh calon-calon yang bertanding.
berhimpit-himpit
berpusu-pusu
berebut-rebut
berbaris-baris
Pakaian di dalam mesin basuh itu ______________ketika dicuci.
berketul-ketul
berbonggol-bonggol
bergumpal-gumpal
bersimpul-simpul
Tangan datuk ________________akibat daripada mengidap penyakit Parkinson
terketar-ketar
tergigil-gigil
termangu-mangu
terkial-kial
Muka petinju itu _______________akibat tumbukan pihak lawan.
calar-balar
bengkak-bengkil
comot-momot
bengkang-bengkok
Samira ________________dilanggar kereta ketika sedang melintas jalan raya yang sibuk itu.
dekat-dekat
kadang-kadang
nyaris-nyaris
hampir-hampir
