wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan Tatabahasa Bahasa Melayu - Tahun 4

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

"Wahai, Tuah! Pada pendapat ____________ eloklah kita berangkat sekarang," kata Hang Jebat.

a)

beta

b)

patik

c)

hamba

d)

tuan hamba

2.

Ibu memasukkan ___________ garam ke dalam gulai ikan tongkol itu.

a)

sekepal

b)

secebis

c)

secubit

d)

sebutir

3.

Zamarul terpaksa berkerja __________ pagi hingga ke malam kerana syarikatnya tidak mempunyai tenaga pekerja yang mencukupi.

a)

di

b)

pada

c)

antara

d)

dari

4.

Tangan ibu berbau __________ setelah menyiang beberapa ekor ikan.

a)

hanyir

b)

hamis

c)

hapak

d)

hancing

5.

Murid-murid _____________ tangan semasa membentuk bulatan di padang.

a)

pemegang

b)

memegang

c)

berpegangan

d)

terpegang

6.

Bulu tangkis Awin jatuh ke ______________ longkang itu.

a)

bawah

b)

tengah

c)

dalam

d)

belakang

7.

Kepala paip hendaklah ditutup ___________ supaya tidak berlaku pembaziran.

a)

ketat-ketat

b)

erat-erat

c)

rapat-rapat

d)

cukup-cukup

8.

Dia memang ___________ kerana segala nasihat dari orang tua dan kawan-kawannya tidak dihiraukannya.

a)

naik kepala

b)

keras kepala

c)

sakit kepala

d)

kepala dalam

9.

Anda perlu membawa sekeping gambar berukuran passport ___________ kad pengenalan.

a)

sambil

b)

lalu

c)

tetapi

d)

dan

10.

Salim sedang menyembur _____________ pada badan selepas mandi.

a)

minyak hitam

b)

minyak masak

c)

minyak rambut

d)

minyak wangi

11.

Pergerakan pemain bola keranjang yang __________ itu sukar dikawal oleh pihak lawan.

a)

tangkas

b)

pandai

c)

cermat

d)

laju

12.

________________ yang ditanam di tepi jalan itu sudah berusia puluhan tahun.

a)

Pepohon

b)

Dedaun

c)

Lelabu

d)

Bebawang

13.

Pendatang asing itu __________ menjawab soalan yang diajukan oleh polis.

a)

tergagap-gagap

b)

terkial-kial

c)

terkedu-kedu

d)

terkelip-kelip

14.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di bawah.


Ramli berjanji kepada Ramu bahawa dia akan berada di dewan badminton pada pukul 4 petang.

a)

Ramli berjanji kepada Ramu, "Saya berjanji akan pergi pada pukul 4 petang ke dewan badminton.

b)

Kata Ramli kepada Ramu, "Saya berjanji akan berada di dewan badminton pada pukul 4 petang.

c)

Kata Ramli kepada Ramu, "Kita berjanji akan berada di dewan badminton pada pukul 4 petang.

d)

Kata Ramli kepada Ramu, "Kamu berjanji akan berada di dewan badminton pada pukul 4 petang.

15.

Jamal mendapat gred 3A 3B dalam Ujian Percubaan UPSR. _____________ semangatnya masih kental untuk berusaha.

a)

Oleh itu,

b)

Oleh sebab itu,

c)

Kalau begitu,

d)

Biarpun demikian,