NEW
Font size
Worksheets7.2 TAMADUN CHINA
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Tamadun China pada era peningkatan ini masih lagi muncul di sekitar Lembah Sungai Huang He. Kawasan yang subur serta kedudukannya yang strategik menjadikan Lembah Sungai Huang He sebagai kawasan yang sesuai untuk dijadikan pusat kerajaan seperti pada zaman Dinasti Qin dan Dinasti Han.
Betul
Salah
Dinasti Han muncul sebagai kerajaan paling utama di China semasa pemerintahan Raja Zheng yang kemudiannya memakai gelaran Maharaja Shi Huangdi.
Betul
Salah
Maharaja Shi Huangdi merupakan pemimpin Dinasti Qin yang bertanggungjawab menyatukan China.
Betul
Salah
Dinasti Han digantikan oleh Dinasti Qin antara tahun 206 SM hingga tahun 220 M.
Betul
Salah
Dinasti Han telah menunjukkan peningkatan dalam bidang perdagangan melalui pembukaan Laluan Sutera, bidang pentadbiran dan bidang sosial ketika zaman pemerintahan Maharaja Han Wu Di yang memerintah antara tahun 140 SM – 87 SM.
Betul
Salah
Pendidikan di China telah bermula sejak zaman Dinasti Shang dan berkembang ketika zaman Dinasti Zhou.
Betul
Salah
Konfusius hidup dari tahun 551 SM hingga tahun 479 SM. Karya beliau yang paling terkenal ialah Lun Yu atau Analects. Ajaran Konfusianisme terus kekal sehingga hari ini.
Betul
Salah
Pada zaman Dinasti Han, pendidikan menekankan aspek pemahaman perundangan yang diasaskan oleh Han Fei Zi yang mengutamakan ketegasan undang-undang bagi mengawal tingkah laku manusia
Betul
Salah
Pada zaman Dinasti Qin, sistem pendidikan diperkukuh melalui penubuhan sekolah tinggi di Chang’an. Penekanan diberikan kepada pembelajaran ajaran Konfusianisme yang diikuti dengan penubuhan sekolah yang sama pada peringkat daerah dan wilayah.
Betul
Salah
Kepentingan pendidikan dalam Tamadun China menyebabkan perkembangan yang pesat dalam sistem pendidikan negara. Melalui pendidikan, negara boleh ditadbir dengan cekap dan berkesan. Dari segi kedudukan sosial, seseorang yang terpelajar akan berada pada hierarki teratas dalam masyarakat di China, diikuti oleh golongan petani, artisan dan pedagang.
Betul
Salah
Peperiksaan perkhidmatan awam tidak begitu penting dalam sistem pendidikan dan kehidupan masyarakat China.
Betul
Salah
Sistem peperiksaan di negara China dikawal dengan ketat. Sistem yang sama dilaksanakan di seluruh empayar dan mereka yang didapati meniru akan dikenakan hukuman.
Betul
Salah
Calon yang lulus peperiksaan tahap pertama akan memperoleh butang keemasan yang akan dilekatkan pada baju mereka, diterima sebagai kakitangan kerajaan peringkat rendah dan menyertai Majlis Santapan Diraja.
Betul
Salah
Bagi calon yang lulus peringkat ketiga akan mendapat kedudukan dan pangkat tinggi dalam kerajaan dan memperoleh pelbagai keistimewaan yang lain, bukan sahaja untuk dirinya tetapi keluarga dan kampungnya.
Betul
Salah
Sistem pendidikan merupakan asas penting yang membolehkan Tamadun China mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Melalui sistem pendidikan yang teratur serta penilaian yang kompleks membolehkan China melahirkan kalangan pelajar dan sarjana yang bertanggungjawab dan menjadi pentadbir dalam kerajaan.
Betul
Salah
