wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sistem Bahasa

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Beberapa orang ........ dari luar negara sedang menemu ramah Perdana Menteri dalam program tersebut.

a)

juruacara

b)

wartawan

c)

karyawan

d)

juruhebah

2.

Agensi kerajaan itu akan memantau rumah anak-anak yatim untuk memastikan .... penghuninya sentiasa dijaga.

a)

keadaan

b)

kebaikan

c)

kebajikan

d)

keseronokan

3.

".......... dikehendaki oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dalam kes samun," kata Rati kepada Amira.

a)

Kita

b)

Dia

c)

Anda

d)

Beliau

4.

....................... basikal itu mengalami kecederaan semasa menyertai Kejohanan Asia di Manila.

a)

Peserta

b)

Pelumba

c)

Pengayuh

d)

Penunggang

5.

Penternak itu melepaskan ....... kambingnya ke kawasan lapang untuk meragut rumput.

a)

sebaris

b)

sekawan

c)

sepasukan

d)

seangkatan

6.

Beberapa buah kapal dagangan kelihatan ...... di pelabuhan itu semalam.

a)

berehat

b)

berhenti

c)

berlabuh

d)

berapung

7.

Haiwan liar yang ..... di kawasan perumahan itu sering mengganggu penduduk di sekitarnya.

a)

bertebaran

b)

berkeliaran

c)

bertempiaran

d)

bergelandangan

8.

Rumah nelayan di tepi pantai itu musnah .... ombak besar pada pagi semalam.

a)

dibadai

b)

dibalun

c)

dibedal

d)

dibelasah

9.

Anak muda itu berjalan ..... selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di pinggir bandar.

a)

terhegeh-hegeh

b)

terbahak-bahak

c)

terlonjak-lonjak

d)

terhincut-hincut

10.

Semua rakyat Malaysia perlu mematuhi .... yang ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

a)

peraturan

b)

perjalanan

c)

pelaksanaan

d)

perkhidmatan

11.

Beliau telah ...... pingat kebesaran bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan Sultan Selangor baru-baru ini.

a)

dianugerahi

b)

dianugerahkan

c)

menganugerah

d)

menganugerahkan

12.

Tukang masak itu .... daging panggang itu nipis-nipis.

a)

menetak

b)

mengerat

c)

menghiris

d)

memotong

13.

Walaupun baru pukul 9.00 malam, jalan raya di kawasan itu sudah........... sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

a)

sunyi

b)

kosong

c)

senyap

d)

lengang

14.

....... hadirin memberikan tepukan yang gemuruh sebaik-baik sahaja persembahan drama itu selesai.

a)

Para

b)

Segala

c)

Sekalian

d)

Beberapa

15.

Dia tidak ...... tentang perkembangan di kampung halamannya sejak berpindah ke Putrajaya.

a)

tahu-menahu

b)

tanya-menanya

c)

kenal-mengenal

d)

tengok-menengok