WorksheetsUlang Kaji Sejarah T5 Bab 2
Total questions: 25
Worksheet time: 50mins
SPMU 2018
Maklumat berikut berkaitan dengan perjuangan pertubuhan Melayu pada tahun 1930-an. T5 B2 ms 56 [ P3 B2-B3 ]
Kesatuan Melayu Muda (KMM) - Bekerjasama dengan Jepun
Mengapakah KMM melaksanakan strategi tersebut?
Menghalau penjajah asing
Menyekat pengaruh komunis
Mendapatkan petempatan khas
Menghalang kemasukan imigran
SPMU 2018
Rentap adalah wira masyarakat Iban yang menentang pentadbiran Brooke di Sarawak. T5 B2 ms 34 [ P1 B2-B6 ]
Apakah tindakan beliau untuk menentang pentadbiran Brooke?
Menyerang kubu pertahanan
Enggan membayar cukai tanah
Mengutip hasil hutan tanpa lesen
Meminta bantuan tentera asing
SPM 2017
Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah telah mendorong British menguasai ekonomi Tanah Melayu.
T5 B2 ms 30 [ P3 B3-B4 ]
Bagaimanakah British bertindak untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu ?
Meningkatkan cukai eksport
Menyediakan peluang pekerjaan
Menyalurkan bantuan kewangan
Memeterai pelbagai perjanjian
SPM 2017
Tokoh berikut menentang pentadbiran Brooke di Sarawak.
T5 B2 ms 34 [ P2 B5 ]
Syarif Masahor
Datu Patinggi Abdul Gapur
Mengapakah mereka menentang pentadbiran Brooke ?
Menyekat kedatangan imigran
Mempertahan hak mengutip cukai
Mengawal kegiatan mencari hasil hutan
Mengekalkan sistem pemerintahan beraja
SPM 2017
Bagaimanakah Tok Janggut menentang British di Kelantan?
T5 B2 ms 41 [ P2 B9-B12 ]
Menyerang Pasir Puteh
Meminta bantuan Siam
Menyekat bekalan makanan
Menghalang laluan kapal dagang
SPM 2017
Gambar 1 adalah pemimpin Kesatuan Melayu Singapura pada awal abad ke-20. T5 B2 ms 54 [ P3 B11-B13 ]
Apakah sumbangan beliau kepada orang Melayu Singapura ?
Membina pusat pendidikan
Membuka kawasan pertanian
Menubuhkan pusat kebudayaan
Memperoleh petempatan khas
SPM 2016
Maklumat berikut berkaitan dengan gerakan anti British di Tanah Melayu pada tahun 1940an. T5 B2 ms 56 [ P3 B2-B3 ]
- Kesatuan Melayu Muda - Menghalau British dari Tanah Melayu
Apakah tindakan yang diambil oleh pertubuhan tersebut untuk mencapai matlamat perjuangan?
Membantu perjuangan golongan kiri
Bergabung dengan kuasa Barat lain
Mendapatkan sokongan pembesar
Bekerjasama dengan pihak Jepun
SPM 2016
Penghulu Dol Said telah melakukan penentangan terhadap British di Naning antara tahun 1831 hingga tahun 1833.
T5 B2 ms 32 [ P1 B4 & B5 ]
Mengapakah beliau menentang British?
Pembinaan balai polis
Pencabulan adat tradisi
Pembayaran ufti tahunan
Pengenalan peraturan tanah
SPMU 2016
Kaum Muda gagal meluaskan pengaruhnya ke Negeri –Negeri Melayu berbanding Negeri-Negeri Selat.
Mengapakah keadaan tersebut berlaku?
T5 B2 ms 50 [ P1 B13 ]
Bilangan ahli sedikit
Sumber kewangan kurang
Penyebaran risalah disekat
Kemudahan perhubungan terhad
SPMU 2016
Jawatan berikut diwujudkan oleh British di Negeri–Negeri Melayu pada abad ke- 19 dan awal abad ke-20 T5 B2 ms 30 [ P3 B2 ]
Residen Penasihat British
Apakah muslihat British mewujudkan jawatan tersebut?
Menguasai sumber alam
Memajukan kemudahan asas
Mengekalkan sistem monarki
Mempertahan kuasa pembesar
SPM 2015
Senarai berikut adalah tokoh luar negara yang mempengaruhi Gerakan Islah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
Syeikh Muhammad Abduh Sayyid Jamaluddin al-Afghani
Apakah bukti yang menunjukkan mereka berpengaruh?
T5 B2 ms 48 [ P4 B2 ]
Kekukuhan perpaduan pelbagai kaum
Kemunculan semangat kebangsaan
Peluasan penggunaan tulisan jawi
Perkembangan kegiatan kesenian
SPM 2015
Apakah tindakan J.W.W Birch yang menyebabkan orang Melayu bangkit menentang British di Pasir Salak, Perak?
T5 B2 ms 37 [ P2 POINT 4 ]
Larangan mengutip hasil hutan
Menghalang kemasukan imigran
Campur tangan dalam pentadbiran
Mengambil alih aktiviti perlombongan
SPMU 2015
Dialog berikut mungkin berlaku di Durian Sebatang, Perak pada tahun 1875.
Pembesar Y : Saya mencadangkan J.W.W. Birch dibunuh.
Ahli Mesyuarat : Kami semua sangat setuju
Mengapakah pembesar tersebut mencadangkan supaya J.W.W. Birch dibunuh? T5 B2 ms 37 [ JADUAL ]
Kedaulatan negeri terancam
Jawatan Residen dimansuhkan
Pelaksanaan pendidikan sekular
Kos sara hidup rakyat meningkat
SPM 2014
Mengapakah British menggunakan nama sultan Kelantan untuk mematahkan penentangan penduduk tempatan pada tahun 1915? T5 B2 ms 42 [ P1 B1 ] ms 44 [ P1 B2-B3]
Menghormati sultan
Mengekalkan kuasa sultan
Kesetiaan rakyat kepada sultan
Kuasa mutlak berada di tangan sultan
SPM 2014
Maklumat berkaitan dengan pembesar-pembesar di Pahang yang menentang British. T5 B2 ms 40 [ P2 B9 ]
- Dato’ Bahaman
- Tok Gajah
- Imam Rasul
Mengapakah mereka menentang British?
Pembinaan balai polis
Pencabulan perjanjian
Pengenalan perdagangan bebas
Pelaksanaan pendidikan sekular
SPMU 2014
Mengapakah Gerakan Islah sukar bergerak di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu berbanding dengan Negeri-Negeri Selat? T5 B2 ms 50 [ P1 B9 ]
Kekurangan sumber modal
Penolakan ideologi Kaum Muda
Penguatkuasaan undang-undang
Ketiadaan pemimpin berkebolehan
SPMU 2014
Haji Abdul Rahman Limbong telah memimpin penduduk tempatan Kuala Telemong, Terengganu menentang British.
Mengapakah penentangan tersebut dilakukan? T5 B2 ms 42 [ P2 B3-B4 ]
Pengenalan pendidikan sekular
Pengenalan peraturan tanah
Perlucutan jawatan pembesar
Pembunuhan penduduk tempatan
SPM 2013
Tokoh berikut telah berjuang menentang penjajah.
T5 B2 ms 44 [ P3 B10 ]
Mat Salleh Dato’ Bahaman
Mengapakah perjuangan mereka gagal ?
Senjata tidak lengkap
Tenaga tentera kurang
Kemudahan asas kurang
Sokongan pembesar tidak cukup
SPM2012
Jadual 7 menerangkan novel yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu.
T5 B2 ms 53 [ JADUAL ]
- Novel Melor Kuala Lumpur - Harun Aminurrashid
Apakah mesej yang disampaikan oleh pengarang dalam novel tersebut?
Mencintai tanah air
Menghargai warisan bangsa
Kebebasan kaum wanita
Perpaduan antara kaum
SPM 2012
Gerakan Islah bertujuan membetulkan pandangan orang Melayu terhadap Islam. Apakah saranan gerakan tersebut kepada orang Melayu? T5 B2 ms 49 [ P3 B5 ]
Mengutamakan pemimpin
Memelihara warisan tradisi
Berani mengkritik penjajah
Bekerjasama dengan kaum imigran
SPM 2011
Rajah berikut menerangkan perubahan jawatan Tok Janggut di Kelantan. T5 B2 ms 41 [ P2 B11-B12 ]
1910 (pemimpin tempatan) ------ 1915 (Perdana Menteri)
Apakah peristiwa yang menyebabkan perubahan tersebut?
Pembunuhan penasihat British
Peluasan kuasa British
Penawanan Pasir Puteh
Pengunduran tentera Siam
SPM 2011
Novel berikut adalah karya Ishak Haji Muhammad (Pak Sako).
A. Anak Mat Lela Gila B. Putera Gunung Tahan
Apakah persamaan tema dalam novel tersebut?
T5 B2 ms 53 [ JADUAL ]
Menghargai warisan bangsa
Menghargai sumbangan tokoh
Kepentingan pendidikan moden
Cinta akan tanah air
SPM 2010
Apakah kesan kesengsaraan berikut terhadap penduduk Tanah Melayu? T5 B2 ms 48 [ P1 B1 ]
Kesengsaraan Hidup Semasa Jepun
- Kekurangan makanan
- Kekurangan ubat-ubatan
- Kekejaman pentadbiran
Mendapatkan bantuan luar
Menolak penguasaan kuasa asing
Menyerah nasib kepada penjajah
Membentuk sistem politik sendiri
SPM 2010
Pantun berikut menggambarkan kedudukan pembesar di Perak semasa penjajahan British. T5 B2 ms 38 [ JADUAL ] POINT 2
Buah pala dari Makasar , Jatuh sebiji ke dalam dulang
Diberi pencen kepada pembesar ,Jawatan diwarisi turut hilang
Bagaimanakah para pembesar tersebut berusaha untuk mengembalikan hak mereka?
Mengadakan kerjasama dengan orang Bugis
Menghapuskan sistem pemilikan hamba
Memperkukuh sistem pentadbiran tradisional
Berjuang untuk menolak campur tangan Barat
SPM 2010
Akhbar berikut digunakan oleh kaum Muda sebagai wadah perjuangan mereka di Tanah Melayu pada tahun 1930-an. T5 B2 ms 49 [ P3 B6 ]
Al-Imam Neracha Saudara
Apakah isu yang dimuatkan oleh akhbar tersebut?
Peranan golongan pembesar
Mengkritik kelemahan raja
Penghapusan amalan perhambaan
Menggalakkan pendidikan Inggeris
