NEW
Font size
WorksheetsAyat Sama Maksud
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Adib meminta Amir menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur sebelum keadaan menjadi lebih serius.
Amir diminta oleh Adib agar menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur sebelum keadaan menjadi lebih serius.
Amir akan menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur sekiranya Adib menyuruhnya berbuat demikian.
Adib menggalakkan Amir menjalani pemeriksaan yang lebih serius di Hospital Kuala Lumpur.
Jika keadaan menjadi lebih serius, Adib meminta Amir menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Shila gembira mengikut Puteri pulang ke kampungnya kerana dia berpeluang merasai cara hidup kaum nelayan.
Cara hidup kaum nelayan membuatkan Shila dan Puteri gembira berada di kampungnya.
Shila gembira kerana berpeluang merasai cara hidup nelayan apabila mengikuti Puteri pulang ke kampungnya.
Puteri berasa gembira pulang ke kampung Shila dan berpeluang merasai cara hidup kaum nelayan.
Kaum nelayan berasa gembira mengikuti Shila dan Puteri pulang ke kampungnya.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
"Bersiap sedialah kamu menghadapi ujian hujung tahun nanti," kata Cikgu Ikhwan kepada murid-muridnya.
Cikgu Ikhwan berpesan agar murid-muridnya mengambil ujian hujung tahun.
Murid-murid meminta Cikgu Ikhwan mengadakan ujian pada hujung tahun.
Murid-murd diminta bersedia menghadapi ujian Cikgu Ikhwan pada hujung tahun ini.
Cikgu Ikhwan meminta murid-muridnya bersedia untuk menghadapi ujian hujung tahun yang akan datang.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Guru disiplin telah menangkap lima orang murid yang ponteng sekolah di pusat permainan video.
Lima orang murid yang ponteng sekolah telah ditangkap di pusat permainan video oleh guru disiplin.
Guru menangkap lima orang murid yang tidak berdisiplin di pusat permainan video.
Lima orang guru disiplin telah menangkap murid yang ponteng sekolah
di pusat permainan video.
Lima orang murid yang ponteng sekolah telah ditangkap di pusat permainan video kerana tidak berdisiplin.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Kami tidak kering gusi mendengar ceritanya yang lucu itu.
Gusi kami senantiasa basah kerana geli hati mendengar ceritanya.
Ceritanya yang lucu itu mencuit hati kami.
Ceritanya yang lucu itu membuatkan kami ketawa sepanjang masa.
Kami tidak henti-henti ketawa mendengar ceritanya yang lucu itu.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Adik tidak gemar akan sayur kerana rasanya pahit.
A. Menurut adik, dia tidak gemar akan rasa pahit pada sayur.
B. Rasa pahit yang menyebabkan adik tidak suka akan sayur.
C. Adik tidak gemar akan makanan yang pahit seperti sayur.
D. Adik tidak suka sayur yang pahit.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
"Sila beratur dalam dua barisan, murid-murid," kata Cikgu Azizah.
Murid-murid yang beratur dalam dua barisan mempersilakan Cikgu Azizah.
Murid-murid Cikgu Azizah diminta beratur dalam dua barisan.
Cikgu Azizah meminta murid-murid supaya beratur dalam dua barisan.
Cikgu Azizah mempersilakan murid-murid beratur dalam dua barisan.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Kami membawa mangsa rompakan itu membuat laporan di balai polis.
Mangsa rompakan balai polis yang membuat laporan itu kami bantu.
Kami dibantu oleh mangsa rompakan itu membuat laporan di balai polis.
Mangsa rompakan itu kami bawa ke balai polis untuk membuat laporan.
Mangsa yang membuat laporan di balai polis itu kami bantu.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
"Saya memilih majalah Pelita Bahasa kerana isi kandungannya menarik," kata Rizal.
Rizal mencadangkan agar majalah Pelita Bahasa dipilih kerana isi kandungannya menarik.
Kerana tertarik oleh isi kandungannya, maka Rizal membeli majalah Pelita Bahasa.
Rizal menjelaskan bahawa majalah Pelita Bahasa menjadi pilihannya kerana isi kandungannya menarik.
Isi kandungan Pelita Bahasa telah menarik perhatian Rizal untuk membelinya.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
"Jangan sekali-kali membantah arahan guru," pesan ayah kepada adik.
Ayah mengingatkan adik agar jangan sekali-kali membantah arahan guru.
Adik dilarang membantah arahan guru lebih daripada sekali.
Adik dinasihati oleh ayah agar tidak menurut pesanan guru.
Ayah memarahi adik kerana membantah arahan guru.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Buah mempelam yang dihadiahkan oleh pengurus syarikat diagihkan kepada kakitangannya.
Kakitangan syarikat mengagihkan buah mempelam kepada pengurus syarikat.
Kakitangan syarikat mendapat buah mempelam yang dihadiahkan oleh pengurus syarikat.
Pengurus syarikat menghadiahkan buah mempelam lalu diagihkan kepada kakitangannya.
Pengurus syarikat buah mempelam memberikan hadiah kepada kakitangannya.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
"Mi rebus ini sedap tetapi agak pedas," kata Rita kepada Melati.
Melati memberitahu Rita bahawa mi rebus itu sedap tetapi agak pedas.
Rita dan Melati diberitahu bahawa mi rebus itu sedap tetapi agak pedas.
Rita dan Melati memaklumkan bahawa mi rebus itu sedap tetapi agak pedas.
Rita memberitahu Melati bahawa mi rebus itu sedap tetapi agak pedas.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Lantai itu bersih kerana baru disapu oleh ibu.
Lantai yang baru disapu oleh ibu itu bersih.
Ibu baru saja menyapu lantai yang bersih itu.
Ibu menyapu lantai baru itu sehingga bersih.
Lantai baru yang bersih itu telah disapu oleh ibu.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Potret yang cantik itu dilukis oleh seorang pelukis yang terkenal.
Pelukis yang termasyhur telah mengeluarkan kecantikan potret itu.
Potret yang terkenal itu telah dihasilkan oleh pelukis yang cantik itu.
Pelukis yang terkenal telah menghasilkan potret yang cantik itu.
Kecantikan potret yang termasyhur itu dikeluarkan oleh seorang pelukis yang terkenal.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Maria mengucapkan tahniah kepada Syazana kerana dia telah berjaya dalam pertandingan bercerita itu.
Kata Maria, "Tahniah, Syazana kerana kamu telah berjaya dalam pertandingan bercerita itu."
Kata Maria, "Ucapkan tahniah kepada Syazana kerana dia telah berjaya dalam pertandingan bercerita itu."
Kata Maria, "Syazana telah berjaya dalam pertandingan bercerita itu, beri tahniah."
Kata Maria, "Dia memberikan tahniah kepada Syazana yang berjaya dalam pertandingan bercerita itu."
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Cikgu Normah menasihati murid-muridnya supaya melihat ke kiri dan ke kanan terlebih dahulu sebelum melintas jalan.
Terlebih dahulu Cikgu Normah menasihati murid-muridnya supaya melihat ke kiri dan ke kanan sebelum melintas jalan.
Sebelum melintas jalan, Cikgu Normah menasihati murid-muridnya supaya melihat ke kiri dan ke kanan terlebih dahulu.
Murid-murid yang hendak melintas jalan Cikgu Normah dinasihati supaya melihat ke kiri dan ke kanan terlebih dahulu.
Murid-murid dinasihati oleh Cikgu Normah supaya melihat ke kiri dan ke kanan terlebih dahulu sebelum melintas jalan.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
"Datuk perlu kita bawa ke hospital untuk diubati penyakitnya," kata Latif kepada adik-adiknya.
Latif dan adik-adiknya disuruh membawa datuk mereka ke hospital untuk diubati penyakitnya.
Latif mencadangkan supaya datuk mereka dibawa ke hospital untuk dirawat.
Latif mencadangkan supaya datuk mereka dibawa ke hospital sebelum penyakitnya melarat.
Latif menyuruh adik-adiknya membawa datuknya yang sakit itu ke hospital untuk diubati.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Karim menasihati Siva supaya mematuhi peraturan jalan raya.
Siva mematuhi peraturan jalan raya setelah dinasihati oleh Karim.
Siva dinasihati oleh Karim supaya mematuhi peraturan jalan raya.
Sivalah yang menasihati Karim supaya mematuhi peraturan jalan raya.
Karim mematuhi peraturan jalan raya setelah menasihati Siva.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
"Ceritakanlah masalah kamu itu. Mungkin saya dapat menolong kamu, Liana," kata Sarina.
Sarina meminta Liana menolongnya menyelesaikan masalah yang dihadapinya..
Sarina memaksa Liana menceritakan masalah yang dihadapinya kerana dia hendak menolong Liana.
Sarina menasihati Liana agar menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Sarina meminta Liana menceritakan masalah yang dialaminya mudah-mudahan dia dapat membantu Liana.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan di bawah.
Dr. Noor Hisham menasihati rakyat Malaysia supaya sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan.
Rakyat Malaysia dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan cara hidup sihat semasa Perintah Kawalan Pergerakan.
Rakyat Malaysia dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan cara hidup sihat selepas Perintah Kawalan Pergerakan berakhir.
Rakyat Malaysia dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan cara hidup sihat sebelum Perintah Kawalan Pergerakan berakhir.
Dr. Noor Hisham dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan cara hidup sihat selepas Perintah Kawalan Pergerakan berakhir.
