wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN ISLAM TING. 3 (ULANGKAJI)

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Istilah yang paling tepat bagi Mad Badal ialah

a)

Huruf Mad bertemu dengan huruf hamzah dalam satu kalimah

b)

Mad yang berlaku ketika waqaf pada huruf berbaris dua di atas

c)

Mad pada huruf (ya) yang berbaris di bawah serta bertasydid diikuti oleh ( يْ )

d)

Terhimpun dua huruf hamzah dalam satu kalimah kemudian ditukarkan hamzah yang kedua kepada huruf mad

2.

Qadar harakat bagi bacaan Mad Iwadh ialah

a)

2 harakat

b)

2 dan 4 harakat

c)

4 dan 5 harakat

d)

6 harakat

3.

Berapa jeniskah huruf mad?

a)

2

b)

4

c)

6

d)

3

4.

Allah SWT mengumpamakan mereka yang menyalahgunakan pancaindera dalam ayat sebagai....

a)

Syaitan.

b)

Munafikin.

c)

Kaum Bani Israel.

d)

Binatang ternakan.

5.

Antara yang berikut, yang manakah sifat wajib bagi rasul

a)

Kazib

b)

kitman

c)

baladah

d)

fathonah

6.

Makan, minum dan berkahwin ialah contoh sifat _____________bagi rasul

a)

wajib

b)

harus

c)

haram

d)

sunat

7.

Berikut adalah amalan sedekah ialah kecuali

a)

Melihat orang menaiki kenderaan

b)

Mengucapkan perkataan yang baik

c)

Mendamaikan orang yang bertelagah

d)

Mengalihkan sesuatu yang berbahaya di jalan

8.

Nyatakan dua kelebihan beramal dengan dua amalan sedekah yang dinyatakan dalam hadis.

a)

Mententeramkan hati kedua-dua belah pihak

b)

Membebankan orang lain

c)

Berlaku pertelingkahan

d)

Mengurangkan risiko kemalangan

9.

Berikut adalah sifat – sifat negatif yang wajib dihindari berdasarkan hadis kecuali

a)

Malas

b)

Lemah

c)

Bakhil

d)

Nyanyuk

10.

Antara cara menghindari masalah lupa ialah:

i. Buat catatan atau notis

ii. Melakukan kerja di saat akhir

iii. Berikan komitmen pada kerja

iv. Letakkan barang di tempat yang tersembunyi

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iii

d)

ii dan iv

11.

Berikut adalah pengajaran daripada Hadis “ Hindari Sifat Negatif ” kecuali

a)

Kita hendaklah berusaha untuk menjadi orang yang kuat agar dikasihi Allah.

b)

Kita hendaklah berani dalam segala perkara kebaikan kerana ini sifat para wali Allah.

c)

Kita hendaklah menanamkan sifat malu dalam diri untuk melakukan kemungkaran agar maruah diri terpelihara.

d)

Kita hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat agar dapat menghindari gejala nyanyuk.

12.

Berdasarkan potongan hadis di atas, apakah perlakuan yang disebut sebagai salah satu bentuk sedekah?

a)

A. Berkata dengan perkataan yang baik

b)

B. Memberi duit kepada peminta sedekah

c)

C. Berlaku adil pada dua orang yang bertelingkah

d)

D. Menghilangkan sesuatu yang berbahaya di jalan

13.

Pilih 2 contoh ayat bagi Mad Aridh Lissukun

a)
b)
c)
d)
14.

Pancaindera berikut dinyatakan dalam ayat KECUALI...

a)

Mata

b)

Hati

c)

Mulut

d)

Telinga

15.

Keadaan penghuni neraka seperti berikut KECUALI...

a)

Ingin hidup semula kerana tidak tertanggung dengan azab Neraka dan ingin melakukan amal soleh.

b)

Segala permintaan di tunaikan oleh Allah.

c)

Diseret beramai-ramai dalam keadaan tertiarap ke atas mukanya

d)

Muka menjadi hitam legam

16.

Mukjizat terbahagi kepada ________________ jenis

a)

dua

b)

tiga

c)

empat

d)

lima

17.

Mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW ialah __________ .

a)

Al-Quran

b)

peristiwa Isra' dan Mikraj

c)

air keluar dari celah jari baginda

d)

awan sentiasa melindungi perjalanan baginda

18.

Berikut merupakan hukum mad far'ie...KECUALI...

a)

Mad Asli

b)

Mad Silah Tawilah

c)

Mad Aridh Lissukun

d)

Mad Iwadh

19.

Apakah maksud sedekah dari sudut bahasa.

a)

Derma

b)

Hadiah

c)

Pemberian

d)

Sumbangan

20.

Pengajaran yang dapat diperoleh daripada Hadis Sedekah adalah

a)

Kita hendaklah menuntut ilmu fardhu ‘Ain dan Fardhu Kifayah

b)

Kita hendaklah sentiasa mengamalkan amar makruf dan nahi mungkar

c)

Kita hendaklah mentaati segala perintah Allah dan menjauhi LaranganNya

d)

Kita hendaklah sentiasa menunaikan solat berjemaah di masjid kerana amalan ini besar fadhilatnya

21.

Antara berikut manakah yang paling tepat merujuk kepada pengertian Rasul Ulul Azmi

a)

Rasul yang gigih dan tekun dalam menyampaikan dakwah

b)

Rasul yang tidak kenal erti penat lelah dalam menyampaikan dakwah

c)

Rasul yang mempunyai kecekalan hati dan ketabahan hati dalam berdakwah

d)

Rasul yang menerima kitab

22.

Apakah maksud Al-Ghaniyyu pada bahasa?

a)

Tidak memerlukan kepada yang lain

b)

Tidak berhajat kepada ketaatan makhluk

c)

Tidak mempunyai rupa atau bentuk

d)

Tidak memilih dalam pemberian rezeki

23.

Berikut adalah bukti Allah SWT bersifat Al-Razzaq KECUALI...

a)

Allah SWT memberi rezeki kepada seluruh makhluk-Nya

b)

Allah SWT berkuasa melapangkan dan menyempitkan rezeki

c)

Allah SWT mencukupkan keperluan makhluk dengan kurniaan-Nya

d)

Allah SWT berjanji menambahkan rezeki kepada hamba yang bersyukur

24.

Berikut adalah ciri nabi KECUALI

a)

Lelaki yang dipilih oleh Allah SWT

b)

dikurniakan wahyu kepadanya

c)

tidak diperintahkan untuk menyampaikan wahyu kepada umat

d)

diperintahkan untuk menyampaikan wahyu kepada umat

25.

Antara rasul 'Ulul Azmi' ialah ____________

a)

Nabi Adam as

b)

Nabi Nuh as

c)

Nabi Lut as

d)

Nabi Ismail as