WorksheetsPRE/POST TEST UNIT 1: SEJARAH DAN POLITIK
Total questions: 20
Worksheet time: 19mins
Apakah fungsi Suruhanjaya Cobbold?
Menerangkan idea Malaysia kepada penduduk Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak.
Berbincang dengan Indonesia dalam merealisasikan idea pembentukan Indo-Raya.
Menyeragamkan pentadbiran Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak di bawah kerajaan British.
Melakukan tinjauan ke atas penduduk Sabah dan Sarawak berkaitan penerimaan mereka ke atas idea Malaysia.
Manakah antara berikut BUKAN faktor pembentukan Malaysia?
Memberi kemerdekaan cepat kepada Sabah dan Sarawak
Filipina ingin menakluki Tanah Melayu
Perkongsian faedah ekonomi
Membasmi Komunis bersama-sama
Penggubalan Perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka adalah berdasarkan pemuafakatan kerana mengambilkira:
Pendapat melalui memorandum pelbagai pihak berbilang kaum.
Pendapat orang Melayu dan kaum Bumiputera sahaja.
Idea British yang berteraskan kepentingan ekonominya.
Idea masyarakat Cina dan India sahaja yang banyak menguasai ekonomi.
Apakah tujuan penubuhan Suruhanjaya Reid?
Melaksanakan tinjauan ke atas penduduk Tanah Melayu tentang idea kemerdekaan
Menggubal perlembagaan Tanah Melayu yang Merdeka
Mengawal kuasa Raja dan Sultan dalam pentadbiran
Mengetuai pentadbiran British di Singapura
Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Umum pertama membuka jalan ke arah:
Peperangan
Konflik
Pertelagahan
Kemerdekaan
I. Brunei diberi sekurang-kurangnya sepuluh kerusi Parlimen
II. Dibenarkan terus menguasai hasil minyak
III. Memegang autonomi kewangan pada peringkat awal
IV. Kekananan baginda dalam Majlis Raja-Raja dikira daripada Baginda menjadi Sultan
Manakah antara berikut TIDAK berkaitan dengan konsep Federalisme (Kerajaan Persekutuan) di Malaysia?
Kerajaan persekutuan atau pusat mewakili kerajaan negeri
Setiap individu mesti mematuhi undang-undang persekutuan dan negeri
Terdapat pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dengan Persekutuan
Parti yang memenangi kerusi parlimen akan mengawal pentadbiran negeri.
- Pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan.
- Dibentuk hasil daripada proses pilihan raya.
- Rakyat diberi mandat untuk memilih pemimpin.
Kesemua pernyataan di atas merujuk kepada:
Sistem Presiden
Rejim Autokratik
Republik Bersatu
Demokrasi berparlimen
2 kerusi dewan yang perlu dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya ialah:
Dewan Negara dan Dewan Parlimen
Parlimen (Dewan Rakyat) dan Dewan Undangan Negeri
Perundangan dan mahkamah
Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah
Berikut merupakan fungsi pilihanraya, KECUALI:
Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi.
Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan.
Menguatkan kestabilan dalam sesebuah organisasi.
Mewajibkan manifesto parti dilaksanakan dalam masa setahun.
___________ merupakan agensi tertinggi dalam jentera pentadbiran Persekutuan.
Kabinet
Parlimen
Mahkamah
Kementerian
Kabinet dibentuk oleh parti politik yang memperolehi kerusi majoriti dalam:
Majlis Mesyuarat Negeri
Dewan Negara
Dewan Undangan Negeri
Parlimen
Perlembagaan memperuntukkan bahawa kuasa eksekutif peringkat negeri dijalankan oleh:
Yang Di Pertuan Agong
Yang Berhormat Dewan Negara
Raja atau Sultan atau Yang Dipertua Negeri.
Perdana Menteri
Badan _____________ menjalankan hal ehwal pentadbiran dan melaksana undang-undang yang dibuat oleh Perundangan.
Senat
Judisiari
Legislatif
Eksekutif
Apakah X?
Badan Pentadbiran
Parlimen
Badan Judisiari
Badan Berkanun
Apakah fungsi kementerian?
Mengawal urus tadbir kewangan negara
Menyampaikan kepada Yang Dipertuan Agong perjalanan pentadbiran negara
Merancang program perlaksanaan mengikut portfolio yang telah ditetapkan
Merancang dan menggubal dasar-dasar, mengawal serta menyelaraskan program-program yang terletak di bawah portfolio Menteri
