wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Jasmani & Kesihatan Ting 2 Set 1

Total questions: 10

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Gimnastik asas merupakan pergerakan fizikal dan senaman yang boleh meningkatkan


I : Daya tahan otot

II : Kekuatan otot

III : Daya tahan kardiovaskular

IV : Kawalan badan

a)

I,II, III

b)

I, II, IV

c)

II, III, IV

d)

Semua di atas

2.

Berikut merupakan urutan ansur maju lakuan hambur ke udara sambil membuat putaran 90°. Isi ruangan kosong dengan urutan yang betul.


1 : Berdiri dalam keadaan sedia

2 : Berlari dengan kelajuan terkawal

3 :___________________________

4 : Mendarat dengan kedua-dua kaki ke atas peti lombol

5 : Hambur ke udara sambil membuat putaran 90°

6 :___________________________

7 : Luruskan tangan ke hadapan untuk imbangan

8 : Luruskan kaki, tegakkan badan dan luruskan kedua-dua tangan ke atas

a)

3: Fleksi lutut semasa mendarat untuk menyerap daya

6: Melonjak dengan kedua-dua kaki

b)

3: Ektensi lutut semasa mendarat untuk menyerap daya

6: Meloncat dengan kedua-dua kaki

c)

3: Melonjak dengan kedua-dua kaki

6: Fleksi lutut semasa mendarat untuk menyerap daya

d)

3: Meloncat dengan kedua-dua kaki

6: Ektensi lutut semasa mendarat untuk menyerap daya

3.

3) Kenyataan berikut mengenai definisi hantaran dalam permainan bola baling. Berdasarkan pilihan jawapan di bawah, kenyataan yang mana merupakan kenyataan yang benar?

a)

A) Hantaran atas bahu : Dilakukan secara menyisi ke sasaran

b)

B) Hantaran aras dada: Menggunakan kedua-dua belah tangan untuk hantaran jarak dekat.

c)

C) Hantaran sisi : Menggunakan sebelah tangan dominan untuk membuat balingan

d)

D) Hantaran lantun : Hantaran menggunakan sebelah tangan dominan untuk membuat hantaran jarak jauh

4.

Penjaga gol pasukan bola baling B memiliki ketinggian 1.40 meter. Pemain pasukan A sedang membawa bola dan ingin menjaringkan bola ke dalam gol. Apakah teknik jaringan yang sesuai untuk mendapatkan gol?

a)

Jaringan lantun

b)

Jaringan junam

c)

Jaringan atas kepala

d)

Jaringan aras dada

5.

Kemahiran menanduk merupakan salah satu kemahiran dalam permainan sepak takraw. Kemahiran menanduk digunakan sebagai

a)

Strategi menyerang ketika berlawan

b)

Strategi untuk bertahan

c)

Strategi untuk memulakan permainan

d)

Strategi untuk mematikan servis pihak lawan

6.

Dalam perlawanan sepak takraw. Pemain akan melakukan serangan untuk mematikan perlawanan dan mendapatkan mata. Di antara senarai anggota badan berikut, bahagian manakah yang tidak dibenarkan ketika melakukan serangan?

a)

Kepala

b)

Kaki Kanan

c)

Kaki kiri

d)

Tangan

7.

Berdasarkan senarai bahan di bawah, yang manakah merupakan bukan bahan terlarang yang boleh memudaratkan kesihatan?

a)

Dadah

b)

Arak

c)

Minyak Zaitun

d)

Gam

8.

Stres merupakan keadaan wujudnya ketidaksesuaian antara situasi yang diinginkan dengan keadaan dan keseimbangan psikologi, biologi atau sistem sosial individu yang terlibat. Yang mana diantara kenyataan berikut merupakan kenyataan yang paling tepat mengenai langkah-langkah menangani stress dengan lebih berkesan?

a)

Menulis masalah yang dihadapi di media sosial

b)

Memakan makanan ringan dengan jumlah yang besar

c)

Merujuk masalah kepada, guru atau ibu bapa

d)

Mengurung diri di dalam bilik

9.

- Perhatikan dan periksa tempat kecederaan mangsa

- Pastikan tahap kecederaan mangsa

- Jika kecederaan yang berlaku agak serius, prosedur seterusnya tidak perlu dilakukan. Mangsa perlu dirujuk ke hospital atau pakar perubatan


Kenyataan di atas merupakan salah satu tindakan yang perlu dilakukan dalam salah satu prosedur T.O.T.A.P.S. Apakah prosedur tersebut?

a)

Observe

b)

Talk

c)

Skill Test

d)

Passive movement

10.

10 ) Apakah nombor talian kecemasan sekiranya berlaku kemalangan di kawasan sekeliling anda?

a)

A) 919

b)

B) 929

c)

C) 999

d)

D) 911