WorksheetsRBT TAHUN 4 : Keselamatan Bengkel
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
1. Berikut ialah peraturan keselamatan diri yang perlu dipatuhi di dalam bengkel RBT. Yang manakah tidak benar?
Pakai pakaian dan kasut yang sesuai
Masukkan tudung ke dalam apron
Pastikan rambut diikat sebelum masuk ke dalam bengkel
Tidak memakai kasut semasa di dalam bengkel
2. Pilih peraturan yang perlu dipatuhi semasa di dalam bengkel RBT.
Patuhi semua tanda keselamatan di dalam bengkel
Buka semua tingkap dan pintu bengkel sebelum memulakan aktiviti
Letakkan beg di tempat yang disediakan
Biarkan sampah bersepah selepas melakukan aktiviti
3. Pilih peraturan yang perlu dipatuhi semasa di dalam bengkel RBT.
Gunakan alatan dan bahan setelah mendapat kebenaran guru
Biarkan kipas dan lampu terbuka selepas selesai proses pembelajaran di dalam bengkel
Patuhi arahan dan makluman daripada guru sebelum masuk ke dalam bengkel
Bersihkan meja kerja dan bengkel setelah melakukan aktiviti
4. Semasa mengendalikan alatan, beberapa peraturan perlu dipatuhi. Tandakan peraturan peraturan yang perlu dipatuhi semasa mengendalikan alatan:
Gunakan alatan yang telah rosak dan yang tidak diselenggara.
Gunakan alatan dengan cara yang betul
Laporkan alatan yang rosak atau hilang kepada guru
Berhati hati semasa menggunakan alatan
5. Tandakan peraturan keselamatan bahan yang betul:
Bertanyakan cara penggunaan bahan yang betul kepada guru
Gunakan bahan dengan berhemah dan cermat
Simpan bahan yang mudah rosak di tempat yang sesuai
Menggunakan bahan secara berlebihan dan tidak terkawal
6. Jika berlaku kemalangan atau kecederaan, apa yang perlu murid lakukan?
Biarkan sahaja kemalangan dan kecederaan itu berlaku
Cuba untuk bantu rakan yang tercedera.
Beritahu kepada guru dengan segera
Menyorokkan kemalangan dan kecederaan daripada guru
7. Pilih langkah langkah merawat luka melecur yang betul:
Jangan sentuh mangsa
Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air
Alihkan mangsa daripada punca renjatan menggunakan bahan penebat seperti kayu atau tali pinggang
Sapukan krim atau losen yang sesuai untuk merawat kelecuran
Berjumpa dengan pegawai peubatan dengan segera
8. Pilih langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berdepan dengan situasi terkena renjatan elektrik.
Jangan sentuh mangsa
Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air
Alihkan mangsa daripada punca renjatan menggunakan bahan penebat seperti kayu atau tali pinggang
Sapukan krim atau losen yang sesuai untuk merawat kelecuran
Rehatkan mangsa di tempat yang selesa dan dapatkan bantuan
9. Nyatakan langkah-langkah penyelenggaraan alatan berikut: GUNTING
Bersihkan kotoran dengan reja kain atau berus yang sesuai
Bersihkan habuk dan kotoran dengan berus atau penyedut habuk kecil
Titiskan minyak
Lap papan kekunci menggunakan kain lembut yang lembap.
10. Nyatakan langkah-langkah penyelenggaraan alatan berikut: PAPAN KEKUNCI
Bersihkan kotoran dengan reja kain atau berus yang sesuai
Bersihkan habuk dan kotoran dengan berus atau penyedut habuk kecil
Titiskan minyak
Lap papan kekunci menggunakan kain lembut yang lembap.
