NEW
Font size
WorksheetsPENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN TING. 1 SET 1
Total questions: 10
Worksheet time: 20mins
1) Kemampuan otot atau sekumpulan otot menghasilkan daya dengan kuasa maksimum bagi mengatasi rintangan adalah definisi bagi ………………..
A) Kekuatan otot
B) Daya tahan otot
C) Kelenturan
D) Daya tahan kardiovaskular
2) Formula Kadar Nadi Maksimum
220 – umur = ___ dsm (denyutan seminit).
Aiden merupakan atlit lompat jauh sekolah. Beliau merupakan calon peperiksaan PT3 pada tahun ini. Kadar Nadi Maksimum Aiden : _________ dsm.
A) 215
B) 210
C) 205
D) 202
Kenyataan di bawah merupakan kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam permainan bola sepak. Manakah kenyataan yang benar?
I. Hantaran leret
II. Hantaran Lambung
III. Menanduk
IV. Menghadang
A) I, II, III
B) I,II,IV
C) I,III,IV
D) II,III,IV
4) Kemahiran menyerkap bola leret merupakan salah satu kemahiran dalam permainan bola sepak. Berdasarkan kenyataan di bawah susun mekanik lakuan bagi kemahiran menyerkap bola.
I. Kaki menyentuh bahagian bola
II. Kedudukan bersedia. Berdiri menghala ke arah bola datang. Mata memandang bola
III. Apabila bola hampir, gerakkan kaki yang hendak menyerkap bola ke hadapan
IV. Sebaik sahaja bola menyentuh kaki, bawa kaki ke belakang dengan perlahan-lahan
I, II, III, IV
I, II, IV, III
I, III, IV, II
II, III, IV, I
5) Kemahiran menghantar bola secara lambung merupakan salah satu kemahiran dalam permainan bola sepak. Ia sering digunakan untuk menghantar bola kepada rakan yang........
A) Sedang berlari
B) Berada pada jarak yang jauh
C) Berada pada jarak yang dekat
D) Sedang menjaga gawang gol
6) Dalam permainan bola jaring, pemain yang dibenarkan untuk menjaringkan gol adalah......
A) C & WA
B) C & GS
C) WA & GA
D) GA & GS
7) Mendarat menggunakan kedua-dua belah kaki, sebelah kaki dan satu setengah langkah adalah kemahiran .....
A) Menghantar bola
B) Menerima bola
C) Gerak kaki
D) Menjaringkan gol
8) Apakah nama gaya lontaran dalam acara lontar peluru yang juga dikenali sebagai gaya gelongsoran?
A) Pattrick O'Brien
B) Parry O'Brien
C) Patrrik O'lsen
D) Parry O'sem
9) Antara berikut, yang manakah bukan tips penjagaan muka berjerawat?
A ) Guna pencuci muka yang sesuai
B) Makan makanan seimbang
C) Memicit jerawat kecil
D) Mendapatkan rawatan doktor
10) Antara berikut, yang manakah bukan merupakan kesan ketagihan dadah kepada jantung ?
A) Jantung berdegup perlahan
B) Jantung berdegup kencang
C) Serangan jantung
D) Sakit dada
