Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM Tahun 5 (Kata Ganti Nama Diri)

Total questions: 11

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Datuk dan nenek gemar berkebun. _________ membuat batas sayur di belakang rumah.

a)

Saya

b)

Kami

c)

Kalian

d)

Mereka

2.

"Maafkan _________ kerana terlambat. Awak sudah lama sampai? soal Mazlin kepada Rasidah.

a)

aku

b)

saya

c)

kita

d)

kamu

3.

"Halif, _________ sungguh bangga akan kejayaan kamu ini," kata Lutfi dan Saiful.

a)

kita

b)

saya

c)

kami

d)

mereka

4.

"______ sudah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru semalam?" soal Harina kepada rakan-rakannya.

a)

Kalian

b)

Kamu

c)

Awak

d)

Anda

5.

Azmi rajin turun ke laut bagi membantu ayahnya mencari rezeki. _________ tidak pernah merungut.

a)

Dia

b)

Kamu

c)

Beliau

d)

Mereka

6.

" _________ mahu santap dahulu sebelum berangkat ke negara Siam," titah Sultan Azlan kepada Datuk Bendahara.

a)

Beta

b)

Patik

c)

Hamba

d)

Baginda

7.

"__________ tidak memerlukan pertolongan engkau," laung Hakim dengan marah kepada Hanif

a)

Dia

b)

Aku

c)

Saya

d)

Kami

8.

"________ ingin menghadap ________ untuk menyampaikan beberapa perkhabaran," kata Hang Nadim kepada pengawal istana.

a)

Patik...baginda

b)

Hamba...tuanku

c)

Patik...tuanku

d)

Hamba...baginda

9.

_________ hendaklah memupuk sikap suka membaca sejak kecil lagi.

a)

Kita

b)

Kami

c)

Kalian

d)

Mereka

10.

"Mengapakah __________ bermuram durja?" soal Tun Fatimah kepada Tun Teja.

a)

patik

b)

hamba

c)

engkau

d)

tuan hamba

11.

Sultan Mansur sedang bersiap-siap untuk keluar berburu. ________ ditemani oleh Hang Tuah.

a)

Dia

b)

Tuanku

c)

Beta

d)

Baginda