NEW
Font size
WorksheetsKata Kerja-1 SRSDSF Thn4-6
Total questions: 30
Worksheet time: 23mins
Ali dan Kamal sedang ..................... bola di padang.
A. Bersukan
B. Melukis
C. Bermain
D. Menumbuk
Pekerja kedai itu sedang _____ buku dan majalah di rak untuk dijual.
A. Melihat
B. Memerhati
C. Menyusun
D. Membersih
Adam ______ bola sekuat hati sehingga berjaya menembusi gol pihak lawan.
A. Menendang
B. Membaling
C. Menangkap
D. Menyambut
Irene hanya ______ beberapa jenis alat tulis mengikut keperluannya.
A. Membelek
B. Mencari
C. Membeli
D. Melihat
Terdapat sebuah pasu bunga yang cantik _____ ruang tamu Ernie.
A. Memenuhi
B. Menghiasi
C. Menyinari
D. Melengkapi
Amir ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
A merintih
B mengeluh
C mengenang
D mengerang
Badan Natasha__________kerana ketakutan.
A menggeliat
B menggeletar
C menggelupur
D menggelepar
Pengemis itu ___________oleh pekerja restoran tersebut.
A dihalang
B dibuang
C dihalau
D ditindas
Mak Cik Hasnah sedang ___________bawang di dapur.
A menumbuk
B mengetuk
C memukul
D memalu
Ibu ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.
A memicit
B melenyek
C memerah
D menindih
Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ____________.
A merenggut
B menyambar
C merampas
D mengambil
Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Langkap akan ______pameran lukisan.
A melaksanakan
B menjalankan
C mengadakan
D melahirkan
Kampung Berlian dan Kampung Permata _________oleh sebatang sungai.
A terbelah
B terpisah
C terpecah
D terbahagi
Ular sawa itu __________ seekor kambing.
A melulur
B meneguk
C mengunyah
D menghisap
Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah _________nya terlebih dahulu.
A merancang
B menimbang
C melaksana
D melihat
Lilia ....buku cerita yang dipinjamnya kepada Haarriz.
A memberikan
B menyerahkan
C memulangkan
D menghulurkan
Peniaga itu ......keuntungan dengan mengenakan harga jualan yang tinggi kepada pelanggan-pelanggannya.
A meraih
B mencapai
C mengumpul
D mengais
Mulut adik .....semasa mendengar cerita yang disampaikan oleh nenek.
A tertutup
B tersengih
C terlopong
D terkatup
Raeef .....kedatangan Encik Peter ke rumahnya dengan ramah.
A menunggu
B menyambut
C mengajak
D menanti
Banduan itu terpaksa .....di penjara selama lima tahun akibat kesalahan mencuri.
A menetap
B menginap
C meringkuk
D menumpang
