wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains T3 Bab 3 Pengangkutan dalam Organisma

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Yg manakah antara berikut BUKAN fungsi sistem pengangkutan dalam organisma.

a)

Mengangkut oksigen dari paru-paru ke jantung dan seterusnya ke seluruh badan untuk digunakan.

b)

Mengangkut karbon dioksida dari sel-sel seluruh badan ke jantung dan seterusnya ke paru-paru untuk dibuang.

c)

Mengangkut bahan-bahan terlarut dalam bendalir badan dari satu tempat ke tempat lain.

d)

Mempertahankan badan daripada bakteria, kuman, virus serta bahan merbahaya yg masuki badan.

e)

Menghasilkan tenaga untuk sel menjalankan aktiviti badan.

2.

Apakah 3 organ badan yg terlibat dalam sistem peredaran darah manusia?

a)

Jantung

b)

Limfa

c)

Darah

d)

Salur darah

e)

Otak

3.

Kenalpasti X dan Y.


X merupakan darah yg berwarna merah cerah yg mengandungi kepekatan oksigen yg tinggi selepas menyerap oksigen dari alveolus di paru-paru.


Y adalah darah berwarna merah gelap yg mengandungi kandungan oksigen yg rendah.

a)

X - darah beroksigen

b)

X - darah terdeoksigen

c)

Y - darah beroksigen

d)

Y - darah terdeoksigen

4.

Bagaimanakah kandungan oksigen dalam darah boleh berkurangan?

a)

Ditukarkan menjadi lemak (glikoprotein) oleh hati

b)

Keluar bersama wap air semasa menghembus nafas

c)

Digunakan oleh sel-sel badan semasa proses respirasi

d)

Digunakan sebagai bahan untuk membina sel baru.

5.

Apakah bahan yg membentuk oksihemoglobin

a)

Oksigen

b)

Protein

c)

Karbon dioksida

d)

Hemoglobin

e)

Plasma darah

6.

Jatung mempunyai 2 bahagian,iaitu jantung kiri dan kanan. Bhgn yg manakah mengepam darah teroksigen?

a)

Jantung kiri

b)

Jantung kanan

7.

Kenalpasti M dan N.


M membawa darah terdeoksigen dari seluruh badan memasuki ruang N dalam jantung.

a)

M - vena kava

b)

M - vena pulmonari

c)

N - atrium kanan

d)

N - atrium kiri

8.

Apakah maksud peredaran darah sistemik?

a)

Sistem yg mengangkut darah beroksigen dari jantung keluar melalui aorta ke sel-sel seluruh badan dan kembali semula ke jantung melalui vena kava.

b)

Sistem yg mengangkut darah beroksigen dari jantung keluar melalui arteri pulmonari ke paru-paru dan kembali semula ke jantung melalui vena pulmonari.

c)

Sistem yg mengangkut darah terdeoksigen dari jantung keluar melalui ke sel-sel seluruh badan dan kembali semula ke jantung melalui vena kava.

d)

Sistem yg mengangkut darah terdeoksigen dari jantung keluar melalui arteri pulmonari ke paru-paru dan kembali semula ke jantung melalui vena pulmonari.

9.

Apakah fungsi ventrikel dalam jantung?

a)

Mengepam darah ke atrium

b)

Mengepam darah masuk ke salur darah vena

c)

Mengepam darah masuk ke jantung

d)

Mengepam darah keluar dari jantung

10.

Apakah fungsi injap?

a)

Mengelak darah daripada mengalir ke belakang semula (songsang).

b)

Memastikan makanan yg ditelan tidak keluar semula.

c)

Mengurangkan tekanan dalam salur darah

d)

Memastikan darah dari atrium tidak boleh keluar

11.

Apakah nama injap yg terdapat di antara atrium dan ventrikel dalam jantung kiri dan kanan?

a)

Kiri - injap trikuspid,

Kanan - injap bikuspid

b)

Kiri - injap pulmonari,

Kanan - injap trikuspid

c)

Kiri - injap bikuspid,

Kanan - injap trikuspid

d)

Kiri - injap bikuspid,

Kanan - injap pulmonari

e)

Kiri - injap pulmonari

Kanan - injap pulmonari

12.

Apakah nama dinding tebal yg berada di antara jantung kiri dan kanan?

a)

Atrium

b)

Ventrikel

c)

Pulmonari

d)

Septum

13.

Salur darah yg manakah yg bersambung dengan ventrikel kiri dan ke manakah darah itu dihantar?

a)

Arteri pulmonari, ke paru-paru

b)

Aorta, ke seluruh badan

c)

Vena pulmonari, ke paru-paru

d)

Vena kava, ke seluruh badan

14.

Kenapakah salur arteri pulmonari bercabang dua?

a)

Menerima darah dari bhgn kiri dan kanan badan ke jantung

b)

Menerima darah dari dua bahagian paru-paru ke jantung

c)

Menghantar darah dari jantung ke bhgn kiri dan kanan badan

d)

Menghantar darah dari jantung ke dua bahagian paru-paru

15.

Bunyi 'dup' semasa jantung berdegup adalah disebabkan oleh _________.

a)

pengaliran darah dari atrium ke ventrikel

b)

pengaliran darah keluar dari jantung

c)

penutupan injap

d)

pengecutan septum

16.

Salur darah yg manakah mempunyai injap?

a)

Vena

b)

Arteri

c)

Kapilari

17.

Pilih penyataan yg BETUL mengenai kapilari darah.

a)

Berada di antara sel-sel badan

b)

Mempunyai injap

c)

Tempat pertukaran gas berlaku

d)

Dinding setebal 1 sel sahaja

e)

Tiada dalam paru-paru

18.

Semua penyataan di bawah adalah BENAR mengenai arteri kecuali.......

a)

dinding tebal dan berotot

b)

mempunyai injap

c)

lumen yg kecil

d)

tekanan darah tinggi

e)

membawa darah keluar dari jantung

19.

Yg manakah antara berikut BUKAN salah satu daripada komponen darah?

a)

Sel darah merah

b)

Sel darah putih (leukosit)

c)

Platlet (trombosit)

d)

Plasma

e)

Enzim

20.

Pilih penyataan yg BETUL mengenai sel darah putih

a)

Juga dipanggil trombosit

b)

Berfungsi untuk menghapuskan mikroorganisma dan bahan yg membahayakan badan

c)

Jumlah lebih banyak daripada sel darah merah

d)

Saiz lebih besar daripada sel darah merah

e)

Mempunyai nukleus

21.

Mengapakah dinding ventrikel sebelah kiri lebih tebal daripada dinding ventrikel kanan?

a)

Perlu menerima darah yg banyak dari seluruh badan

b)

Perlu menerima darah yg banyak daripada arteri pulmonari

c)

Perlu mengepam darah bertekanan tinggi ke paru-paru

d)

Perlu mengepam darah bertekanan tinggi ke seluruh badan

22.

Apakah nama injap yg mengawal aliran darah yg keluar dari jantung?

a)

Injap buka-tutup

b)

Injap bikuspid

c)

Injap trikuspid

d)

Injap sabit

23.

Mengapa dinding arteri lebih tebal daripada vena dan kapilari?

a)

Dinding berotot perlu mengecut secara beritma untuk mengepam darah kembali ke jantung

b)

Mengelakkan darah mengalir songsang

c)

Mengelakkan dinding salur darah pecah akibat tekanan yg tinggi

d)

Memudahkan pertukaran gas

24.

Berikut adalah bahan-bahan terlarut yg terdapat di dalam plasma darah kecuali........

a)

garam mineral

b)

hormon

c)

selulosa

d)

urea

e)

kerbon dioksida

25.

Apakah fungsi platlet (trombosit)?

a)

Mengangkut karbon dioksida ke paru-paru untuk di buang dari badan

b)

Menutup bukaan luka untuk membantu pembekuan darah

c)

Mempunyai hemoglobin untuk mengangkut oksigen

d)

Membunuh bakteria dan kuman dalam darah