wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa - Kata Kerja & Kata Adjektif

Total questions: 20

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Ketua pasukan Rumah Kenari ____________ piala kejuaraan yang dimenangi pada hari Kejohanan Sukan tahun 2020.

a)

memikul

b)

mengelek

c)

menjulang

d)

mengheret

2.

Abang _____________ motorsikal kesayangannya ke tempat kerja setiap pagi.

a)

membonceng

b)

mengayuh

c)

memandu

d)

membawa

3.

Aminah _____________ halaman buku cerita yang dipinjam daripada rakannya dengan cermat supaya tidak rosak.

a)

mengoyak

b)

menampal

c)

membalut

d)

menyelak

4.

Adik Amira _____________ lilin yang berada di atas kek hari jadinya selepas selesai nyanyian beramai-ramai.

a)

menyalakan

b)

menghembuskan

c)

mematikan

d)

memotong

5.

Emak sibuk _____________ pakaian yang telah kering dari jemuran untuk di susun semula ke dalam almari anak-anaknya.

a)

menjahit

b)

menyidai

c)

melipat

d)

mengukur

6.

Kakak sedang _____________ nasi manakala ibu pula sedang menggoreng sayur untuk hidangan makan malam.

a)

menjerang

b)

menyalai

c)

memanggang

d)

menanak

7.

Bawang merah itu perlu _______________ nipis sebelum dimasukkan ke dalam kuali.

a)

disiang

b)

dibedah

c)

ditumis

d)

dihiris

8.

Aliran air longkang di tepi jalan utama itu _____________ akibat pembuangan sampah sarap yang terlalu banyak.

a)

terbantut

b)

tersumbat

c)

terdesak

d)

terhimpit

9.

Encik Ali sedang _____________ rumput dan lalang yang tumbuh panjang meliar di sekitar rumahnya.

a)

menyabit

b)

mengguting

c)

menoreh

d)

mengasah

10.

Pelayan restoran mewah itu _____________ dulang yang berisi pelbagai minuman yang mahal dengan berhati-hati dan cermat.

a)

menjinjing

b)

memegang

c)

menggalas

d)

menatang

11.

_______________ sungguh pemandangan di kawasan air terjun Pandan Kuantan Pahang itu.

a)

Muram

b)

Kelam

c)

Sayup

d)

Indah

12.

Pemenang Anugerah Tokoh Murid tahun 6 itu sangat ______________ dan hormat kepada guru-gurunya.

a)

malu

b)

takut

c)

baik

d)

tenang

13.

Mail mengait buah rambutan di rumah Tok Dalang itu dengan menggunakan sebatang galah yang _____________.

a)

tinggi

b)

panjang

c)

besar

d)

lebar

14.

Asam jawa sering digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau ____________ ikan air tawar seperti ikan haruan atau ikan patin.

a)

hapak

b)

harum

c)

hanyir

d)

hancing

15.

Penyanyi yang mempunyai suara yang ______________ itu mendapat tepukan gemuruh daripada seluruh penonton.

a)

manis

b)

merdu

c)

garau

d)

seram

16.

Semua seluarnya sudah menjadi _____________ kerana badannya sudah berisi berbanding dahulu.

a)

longgar

b)

singkat

c)

ketat

d)

besar

17.

Cik Mira yang ringan mulut itu disenangi ramai kerana dia sungguh _______________ dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.

a)

sombong

b)

ramah

c)

kasar

d)

angkuh

18.

Jalan raya di sekitar Kuala Lumpur menjadi ________________ sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berlansung.

a)

lengang

b)

sibuk

c)

bising

d)

suram

19.

Kak Ros berasa _____________ apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga yang dikupasnya itu.

a)

rimas

b)

hairan

c)

geli

d)

seronok

20.

Budak itu hampir lemas kerana dihanyutkan oleh air sungai yang sangat _____________.

a)

pantas

b)

cepat

c)

kencang

d)

deras