WorksheetsSimpulan Bahasa
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Orang yang tidak berapa siuman itu jangan diganggu. Dia _____ .
ada hati
ambil angin
otak cair
ada angin
Encik Azhar tidak bersemangat untuk bekerja di syarikat itu lagi kerana dia sudah _____ .
kecil hati
tawar hati
tarik diri
ambil hati
Abang saya suka berenang manakala kakak hanya suka bermain di _____ kerana dia takutkan ombak.
gigi air
luar pagar
atas pagar
bawah angin
Sabariah menarik diri daripada acara pertunjukan fesyen di sekolahnya kerana dirinya yang _____ .
bidan terjun
bongkok udang
pening lalat
puteri lilin
Farid perlu menguatkan suara apabila bercakap kerana neneknya _____ .
telinga kuali
telinga lintah
pekak badak
pasang telinga
_____ Puan Aina apabila mendapat berita bahawa suaminya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Besar hati
Makan hati
Jatuh hati
Hancur hati
Penduduk Kampung Sentosa _____ sejak pukul lapan pagi untuk mambaiki jambatan yang rosak.
berat hati
berat tulang
mandi kerbau
mandi keringat
Semua mangsa banjir _____ untuk menyelamatkan harta benda mereka daripada dihanyutkan air.
mencari jalan
mencari untung
membuka jalan
membuka langkah
Semua guru tidak sepatutnya _____ terhadap anak didiknya semasa berada di dalam bilik darjah.
patah hati
panas hati
pilih kasih
perang mulut
_____ budak itu pucat lesi ketika dijumpai terikat di sebuah rumah kosong.
Ada hati
Air tangan
Ada harapan
Air muka
