wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN TATABAHASA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pilih perkataan seerti atau sama maksud bagi perkataan bergaris di bawah.


Cikgu Munah mendidik saya sejak saya di dalam darjah satu.

a)

memerintah

b)

memaksa

c)

mendenda

d)

mengajar

2.

Pilih perkataan seerti atau sama maksud bagi perkataan bergaris di bawah.


Bapa Murni ialah seorang doktor.

a)

askar

b)

guru

c)

tabib

d)

pensyarah

3.

Pilih perkataan seerti atau sama maksud bagi perkataan bergaris di bawah.


Adik hitung wang simpanannya di dalam tabung.

a)

kira

b)

buang

c)

kumpul

d)

ambil

4.

Pilih perkataan seerti atau sama maksud bagi perkataan bergaris di bawah.


Budak lelaki itu gali lubang dengan tangannya.

a)

tanam

b)

sumbat

c)

korek

d)

tebuk

5.

Pilih perkataan seerti atau sama maksud bagi perkataan bergaris di bawah.


Sepatu Aina kotor setelah terkena lumpur di padang.

a)

Selipar

b)

Seluar

c)

Stokin

d)

Kasut

6.

Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan bergaris di bawah.


Kawan pena saya tinggal di sebelah barat.

a)

utara

b)

selatan

c)

timur

d)

tenggara

7.

Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan bergaris di bawah.


Hidung Hashimah sangat mancung.

a)

kemek

b)

bulat

c)

lonjong

d)

tirus

8.

Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan bergaris di bawah.


Raja di negeri itu sangat adil.

a)

Cikgu

b)

Pemerintah

c)

Doktor

d)

Jurutera

9.

Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan bergaris di bawah.


Anak bongsu Mak Limah sangat manja.

a)

tiri

b)

susuan

c)

sulung

d)

angkat

10.

Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan bergaris di bawah.


Kapal itu tenggelam di tengah laut.

a)

tersadai

b)

timbul

c)

terdampar

d)

termasuk

11.

Pilih perkataan berimbuhan yang sesuai bagi ayat di bawah.


Rozita sedang________ suratkhabar.

a)

terbaca

b)

membaca

c)

dibaca

d)

bacaan

12.

Pilih perkataan berimbuhan yang sesuai bagi ayat di bawah.


Emak sedang________ lantai.

a)

tersapu

b)

mensapu

c)

menyapu

d)

penyapu

13.

Pilih perkataan berimbuhan yang sesuai bagi ayat di bawah.


Abang gemar ___________ radio.

a)

dengarkan

b)

terdengar

c)

didengar

d)

mendengar

14.

Pilih perkataan berimbuhan yang sesuai bagi ayat di bawah.


Abu bercita-cita untuk menjadi seorang ____________ yang terkenal.

a)

menyanyi

b)

nyanyian

c)

ternyanyi

d)

penyanyi

15.

Pilih perkataan berimbuhan yang sesuai bagi ayat di bawah.


Kaki Aqlan luka kerana ___________ kaca.

a)

memijak

b)

pijakkan

c)

dipijak

d)

terpijak

16.

Pilih kata ganda yang sesuai ke dalam ayat di bawah.


Adik suka melihat lampu ____________

a)

kelap-kelip

b)

calar-balar

c)

samar-samar

d)

gelap-gelita

17.

Pilih kata ganda yang sesuai ke dalam ayat di bawah.


Normah belajar dengan ______________ untuk lulus periksa.

a)

mata-mata

b)

bersungguh-sungguh

c)

lauk-pauk

d)

tenang-tenang

18.

Pilih kata ganda yang sesuai ke dalam ayat di bawah.


Jangan berjalan di tempat yang _____________ pada waktu malam.

a)

terang-benderang

b)

sempit-sempit

c)

gelap-gelita

d)

langit-langit

19.

Pilih kata ganda yang sesuai ke dalam ayat di bawah.


Bapa Hassan ialah seorang ______________.

a)

mata-mata

b)

kisi-kisi

c)

sidam-sidam

d)

koleh-koleh

20.

Pilih kata ganda yang sesuai ke dalam ayat di bawah.


Ibu pandai masak berbagai-bagai jenis ____________.

a)

ulam-ulaman

b)

simpang-siur

c)

lauk-pauk

d)

kura-kura