wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TAHUN 6

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Apakah punca makanan menjadi rosak?

a)

Tindakan mikroorganisma

b)

Faktor bahan yang digunakan

c)

Faktor suhu

2.

Berikut adalah ciri-ciri makanan yang telah rosak KECUALI

a)

Berbau wangi

b)

Berbau busuk

c)

Berlendir

3.

Antara makanan berikut, yang manakah PALING cepat rosak?

a)

Ikan kering

b)

Buah mangga

c)

Nasi goreng

4.

Berikut adalah kepentingan pengawetan makanan KECUALI...

a)

Mengelakkan pembaziran

b)

Makanan boleh tahan lama

c)

Mudah dihantar ke tempat lain

d)

Makanan menjadi lebih berkhasiat

5.

Alviania telah membeli daging seperti di dalam gambar. Apakah jenis pengawetan makanan yang digunakan?

a)

Penyejukbekuan

b)

Pembungkusan vakum

c)

Pemasinan

6.

Sempena PKP, Solomon telah melakukan 'panicked buying' dengan membeli terlalu banyak sayuran. Apakah kaedah pengawetan yang paling sesuai agar sayuran berkenaan KEKAL SEGAR dan tidak hilang khasiatnya?

a)

Pemasinan

b)

Pempasteuran

c)

Pendinginan

d)

Pendidihan

7.

Gambar berikut merupakan antara minuman kegemaran Nur Emany. Antara berikut, yang manakah sesuai diawet dengan cara yang sama?

a)

Belacan

b)

Jus oren

c)

Telur ayam

d)

Ikan kembung

8.

Antara berikut, yang manakah bukan bahan buangan?

a)

Bekas pembungkus makanan

b)

Tin minuman kosong

c)

Rantai emas

d)

Daun-daun kering

9.

Antara bahan buangan berikut, yang manakah BUKAN sisa toksik?

a)

Sisa buangan perkilangan

b)

Bateri kereta terpakai

c)

Sisa makanan kenduri kahwin

10.

Apakah yang dimaksudkan dengan bahan buangan TERBIODEGRADASIKAN?

a)

Bahan yang boleh mereput

b)

Bahan yang tidak boleh mereput

c)

Bahan yang boleh rosak

11.

Antara berikut, yang manakah BUKAN amalan kehidupan lestari?

a)

Menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui

b)

Mengamalkan kitar semula

c)

Mengasingkan bahan buangan mengikut jenis

d)

Menggunakan botol air yang baru setiap hari

12.

Apakah yang dimaksudkan dengan kelajuan?

a)

Ukuran cepat atau lambat sesuatu objek bergerak

b)

Kelajuan objek bergerak

c)

Objek yang bergerak laju

13.

Untuk mengira kelajuan objek, kita memerlukan maklumat berikut KECUALI

a)

Jarak yang dilalui

b)

Tempoh masa yang diambil oleh objek untuk sampai

c)

Berat objek

14.

Antara berikut, yang manakah bukan unit piawai bagi kelajuan?

a)

Sentimeter per saat (cm/s)

b)

Meter per saat (m/s)

c)

Kilogram per saat (kg/s)

15.

Haziq Irfan merupakan pelumba basikal profesional. Beliau mengambil masa 1 jam untuk bergerak sejauh 50KM. Berapakah kelajuan Haziq?

a)

100 KM/J

b)

50KM/J

c)

500 KM/J

16.

Setiap hari Irfan Ishak berjalan kaki ke sekolah dari rumahnya sejauh 1km. Beliau mengambil masa selama 30 minit untuk sampai ke sekolah. Berapakah kelajuan beliau?

a)

1 KM/S

b)

1 KM/J

c)

2 KM/J

17.

Penyakit COVID-19 adalah disebabkan oleh...

a)

Fungi

b)

Alga

c)

Bakteria

d)

Virus

18.

Ardini baru balik dari membeli kuih di gerai berdekatan dengan rumahnya untuk berbuka puasa. Apakah perkara pertama yang perlu beliau lakukan sekembalinya beliau ke rumah?

a)

Menonton televisyen

b)

Membasuh tangan dengan sabun

c)

Membasahkan tangan

d)

Bermain dengan adiknya

19.

Gambar berikut merupakan sejenis haiwan yang telah pupus. Antara berikut, yang manakah mengalami nasib yang sama seperti haiwan di dalam gambar?

a)

Harimau Malaya

b)

Buaya tembaga

c)

Orang Utan

d)

Burung dodo

20.

Antara pasangan berikut, yang manakah interaksi jenis MUTUALISME?

a)

Kucing dengan kutu

b)

Kerbau dengan burung gembala kerbau

c)

Pokok orkid dengan pokok mangga

21.

Apakah yang dimaksudkan dengan daya?

a)

Tarikan atau tolakan yang bertindak ke atas objek

b)

Kuasa ghaib yang menggerakkan objek

c)

Perbuatan menggerakkan objek

22.

Naraveen, Haris dan Adib mendapati sukar untuk mereka mengalihkan almari di dalam kelas mereka ke kelas 4 Arif. Apakah yang perlu dilakukan untuk memudahkan kerja mereka?

a)

Menggunakan troli

b)

Menggunakan tali

c)

Menyapu minyak ke lantai

23.

Emy Nurnabila melontar bola ping pong ke arah Anis. Anis berjaya menangkap bola berkenaan.

a)

Emy mengenakan daya tolakan

b)

Anis mengenakan daya tarikan

c)

Emy mengenakan daya tarikan

d)

Anis mengenakan daya tolakan

24.

Antara berikut, yang manakah merupakan amalan hidup sihat untuk menghindari penyakit?

a)

Adam berkongsi tuala mandi dengan adiknya.

b)

Firash meminjamkan sikatnya kepada Deena.

c)

Aina menutup matanya ketika batuk.

d)

Nur Mazuin meminum air yang telah dimasak setiap hari.

25.

Antara haiwan berikut, yang manakah hidup berkumpulan?

a)
b)
c)