wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ciri-ciri Kehidupan Manusia Zaman Prasejarah

Total questions: 17

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

Kehidupan manusia Zaman Prasejarah mempunyai ciri-ciri berikut, KECUALI?

a)

Kepercayaan

b)

Tulisan

c)

Peralatan

d)

Kesenian

2.

Manusia Zaman Paleolitik kebanyakannya tinggal di?

a)

Lubang tanah dan Sungai

b)

Persisiran pantai dan gua

c)

Tasik dan bawah pokok

d)

Gua dan lubang Tanah

3.

Apakah sebab manusia tempat kediaman manusia Zaman Mesolitik tertumpu dia kawasan pinggir sungai dan laut?

a)

Memudahkan mereka mendapatkan bekalan air dan makanan

b)

Kawasan lain seperti hutan tidak selamat didiami

c)

Mudah berhubung dengan masyarakat luar

d)

Mengelakkan bencana alam

4.

Apakah kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat zaman paleolitik ialah

a)

Memungut hasil hutan

b)

Membina petempatan

c)

Menternak haiwan

d)

Mengusahakan pertanian

5.

"Sistem Barter" yang dijalankan oleh masyarakat Zaman Logam juga dikenali sebagai?

a)

Sistem penghantaran barang

b)

Sistem penggantian barang

c)

Sistem pertukaran barang

d)

Sistem pembahagian barang

6.

Istilah animisme membawa maksud?

a)

Agama menyembah patung berhala

b)

Tatacara dalam upacara keagamaan.

c)

Kehidupan selepas mati

d)

Kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai kuasa

dan semangat

7.

Keseniaan manusia Zaman Neolitik kebanyakannya menggunakan corak pola geometri. Apakah yang dimaksudkan dengan geometri?

a)

Kecantikan atau keindahan yang dikaitkan dengan bidang seni.

b)

Aliran sastera dan seni yang menggambarkan kisah hidup sebenar (bukan khayalan).

c)

Corak yang berasaskan garis-garis yang menghiasi objek tertentu.

d)

Lambang yang menggambarkan sesuatu perkara atau erti tertentu.

8.

Salah satu ciri organisasi sosial manusia Zaman Neolitik ialah

a)

Hidup dalam kelompok kecil

b)

Terbahagi kepada kelas atasan dan bawahan

c)

Hidup secara berpindah randah

d)

Pemimpin bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang timbul

9.

Kegiatan ekonomi manusia Zaman Mesolitik seperti berikut KECUALI?

a)

Menangkap ikan

b)

Menternak haiwan

c)

Mengutip hasil hutan

d)

Memburu binatang

10.

"Mayat dikebumikan bersama-sama pelbagai peralatan".


Mengapakah manusia prasejarah bertindak sedemikian?

a)

Amalan tradisi

b)

Tuntutan keagamaan

c)

Memberikan penghormatan terakhir

d)

Percaya kehidupan selepas mati

11.

Manusia pada zaman paleolitik

mengamalkan animisme dengan menyembah

a)

Kilat

b)

Angin

c)

Petir

d)

Matahari

12.

Manusia Zaman Mesolitik menggunakan peralatan mikrolit. Apakah yang dimaksudkan dengan 'mikrolit'?

a)

Artifak batu kecil yang nipis yang sisinya tajam bergerigi

b)

Tembikar tanah untuk menimpan makanan

c)

Gendang gangsa bercorak geometri

d)

Peralatan upacara pengebumian

13.

Peralatan manusia Zaman Logam terdiri daripada

a)

Tembaga, gangsa, kayu

b)

Besi, gangsa, tulang haiwan

c)

Gangsa, besi, tembaga

d)

Batu, besi, gangsa

14.

Pada zaman apakah roda mula dicipta?

a)

Zaman Paleolitik

b)

Zaman Mesolitik

c)

Zaman Neolitik

d)

Zaman Logam

15.

Manusia pada Zaman Paleolitik membuat peralatan

daripada

a)

Tulang haiwan

b)

Kulit siput

c)

Kayu

d)

Batu

16.

"Mereka telah membina rumah yang

diperbuat daripada batu, tanah liat dan kayu".


Penyataan di atas merujuk kepada manusia zaman?

a)

Zaman Logam

b)

Zaman Neolitik

c)

Zaman Paleolitik

d)

Zaman Mesolitik

17.

Manusia pada zaman ini masih menjalankan aktiviti mengumpulkan makanan. Mereka juga mengumpulkan kerang dan siput yang ditemui di pinggir sungai dan laut.


Penyataan di atas merujuk kepada manusia zaman?

a)

Zaman Logam

b)

Zaman Neolitik

c)

Zaman Paleolitik

d)

Zaman Mesolitik