Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Tingkatan 4 Bab Genetik (Meiosis)

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Genetik adalah...

a)

Kajian tentang kebolehan organisma untuk menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran

b)

Kajian tentang gen, perwarisan dan variasi organisma

c)

Maklumat tentang keturunan organisma dan variasinya

d)

Sejenis penyakit keturunan

2.

Rajah menunjukkan satu struktur kromosom semasa pembahagian sel. Bahagian yang berlabel P ialah

a)

sentriol

b)

kromatid

c)

sentrosom

d)

kiasma

3.

Antara berikut yang manakah ciri Kromosom iaitu satu struktur bebenang halus yang terletak di dalam Nukleus...

(boleh tanda lebih dari satu jawapan)

a)

Terdiri daripada asid nukleik dan protein

b)

Mempunyai struktur yang panjang dan berlingkar

c)

Mengandungi satu molekul panjang DNA

d)

Mempunyai dinding sel

4.

Nyatakan 3 komponen utama DNA (Asid Deosiribonukleik)

(Boleh jawab lebih dari satu)

a)

protein

b)

fosfat

c)

gula deosiribosa

d)

bes bernitrogen

5.

Apakah maksud duplikasi replikasi ?

a)

Salinan yang sama

b)

Salinan yang tidak sama

c)

Salinan kurang sama

d)

Salinan tidak terjadi

6.
  1. Rajah menunjukkan satu proses yang berlaku dalam meiosis. Apakah proses yang ditunjukkan di atas?
a)

Perpisahan

b)

Pindah silang

c)

Replikasi

d)

Variasi

7.

Apakah persamaan antara mitosis dengan meiosis?

a)

Kedua-dua proses menghasilkan dua sel anak

b)

Kedua-dua proses menghasilkan empat sel anak

c)

Pindah silang berlaku dalam kedua-dua proses

d)

Kedua-dua proses melibatkan penggandaan kromosom

8.

Pembahagian sel manusia terdiri daripada Mitosis dan Meiosis. Ciri-ciri Meiosis adalah...

(boleh tanda lebih dari satu jawapan)

a)

Berlaku di organ pembiakan sahaja

b)

Sel membahagi kepada 4 bilangan sel anak

c)

Sel anak seiras seperti sel induk

d)

Sel anak memiliki separuh daripada bilangan kromosom asal induk

9.

Satu organisma P mempunyai 44 kromosom dalam sel kulit. Berapakah bilangan kromosom dalam sel sperma untuk organisma itu?

a)

22

b)

44

c)

66

d)

88

10.

Apakah perbezaan antara mitosis dan meiosis?

a)

Mitosis pada sel kulit, meiosis berlaku pada sel saraf

b)

Mitosis menghasilkan dua sel anak, meiosis menghasilkan empat sel anak

c)

Mitosis menghasilkan variasi pada sel anak, meiosis menghasilkan sel anak yang tiada variasi

d)

Mitosis berlaku untuk menghasilkan sel pembiakan, meiosis berlaku pada sel soma sahaja

11.

Berapa kalikah pembahagian sel dalam meiosis?

a)

3

b)

1

c)

2

d)

5

12.

Ciri-ciri sepunya Mitosis dan Meiosis adalah...

(boleh tanda lebih dari satu jawapan)

a)

Mereplikasi DNA

b)

Pembahagian sel

c)

Tiada variasi

d)

Tiada pindah silang