Font size
WorksheetsKUIZ SINERGI DAKWAH TAJUK GENG PENGANUT SESAT (GPS)
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Ajaran sesat bermaksud
Ajaran yang lebih secara terangan menentang agama Islam
Ajaran yang menjalankan kegiatan secara sembunyi
Ajaran yang didakwa sebagai ajaran Islam tetapi hakikatnya bertentangan dengan Islam
Pilih tiga daripada empat ciri ajaran sesat daripada aspek al-Quran dan Hadith
Memahami dan mentafsir al-Quran dengan logik akal sahaja tanpa mengikut disiplin ilmu yang betul.
Meyakini bahawa terdapat al-Quran lain yang tersembunyi
Meyakini hadith-hadith sahih sebagai sumber hukum
Hanya berpegang dengan al-Quran dan menolak Hadith sebagai sumber hukum Islam
Pilih tiga daripada empat ciri ajaran sesat daripada aspek aqidah.
Mengaku Nabi Muhammad utusan Allah
Mengaku menjadi nabi atau rasul
Mendakwa diri atau gurunya sebagai Imam Mahadi
Mendakwa gurunya dapat menebus dosa
Pilih dua daripada empat ciri ajaran sesat daripada aspek ibadah.
Menunaikan ibadah Haji di tempat yang dianggap suci selain Mekah al-Mukarramah
Melakukan solat sunat gerhana
Melakukan tawaf wada' semasa melakukan umrah
Menghalalkan perzinaan atas nama nikah
Pilih tiga daripada empat ciri ajaran sesat daripada aspek akhlak.
Mengejek, merendah-rendahkan dan menghina sahabat Nabi
Memuji-muji isteri Rasulullah melalui lagu
Bersikap taa'sub dengan ajaran guru sehingga menganggap hanya kumpulan dia yang benar
Memperkecil amalan masyarakat berdasarkan sunnah Rasulullah sebaliknya berbangga dengan amalan yang bertentangan dengan syariat
Pilih dua pernyataan yang benar kesan melakukan ajaran sesat daripada aspek kemasyarakatan.
Mewujudkan suasana politik yang tidak harmoni akibat taksub kepada pemimpin kumpulan.
Membentuk masyarakat yang bersifat agresif dan kasar.
Membelanjakan wang pada perkara yang tidak berfaedah.
Memutuskan hubungan silaturrahim dalam masyarakat.
Cara menjauhi ajaran sesat dari sudut ilmu adalah dengan mempelajari aqidah yang sebenar berdasarkan manhaj ahli sunnah wal jamaah.
Benar
Salah
Memastikan amalan yang dilakukan benar-benar mengikut panduan al-Quran dan as-Sunnah merupakan cara menghindari ajaran sesat.
Benar
Salah
Sentiasa mencari maklumat daripada sumber yang sahih supaya tidak terpengaruh dengan ajaran sesat adalah cara menghindari ajaran sesat.
Benar
Salah
Berdoa memohon petunjuk agar sentiasa berada di jalan yang benar dan terhindar daripada ajaran sesat adalah cara menghindari ajaran sesat.
Benar
Salah
