NEW
Font size
WorksheetsSains - Kemahiran Saintifik
Total questions: 10
Worksheet time: 2mins
Rajah 1 menunjukkan pemerhatian bagi suatu penyiasatan.
Pokok menjadi layu selepas seminggu. Apakah inferens yang boleh dibuat?
Pokok tidak mendapat air.
Pokok tidak mendapat udara.
Pokok tidak mendapat pasangan.
Pokok tidak mendapat cahaya matahari.
Antara berikut, yang manakah tidak digunakan untuk melakar spesimen?
Rajah 2 menunjukkan seekor arnab yang diberikan daging dan lobak merah. Antara ramalan berikut, yang manakah benar?
Arnab akan mati.
Arnab akan makan daging.
Arnab akan makan lobak merah.
Arnab akan makan kedua-dua daging dan lobak merah.
Hafiz dan rakan-rakannya sedang memerhatikan cara siput babi bergerak di dalam bilik sains. Apakah yang harus dilakukan pada siput babi itu setelah pemerhatian dibuat?
Bunuh siput babi itu.
Buang siput babi itu ke dalam tong sampah.
Buang siput babi itu ke dalam longkang.
Lepaskan siput babi itu ke taman.
Rajah 3 menunjukkan satu peralatan Sains. Antara berikut yang manakah merupakan lakaran yang tepat bagi peralatan Sains tersebut?
Berikut merupakan langkah-langkah semasa membersihkan tabung uji.
P : Keringkan tabung uji dengan kain bersih.
Q : Berus tabung uji menggunakan berus.
R : Simpan tabung uji pada rak tabung uji.
S : Bilas tabung uji dengan air paip.
Antara berikut, yang manakah merupakan urutan langkah yang betul?
Q, P, S, R
S, Q, P, R
Q, S, P, R
P, S, Q, R
Rajah 4 menunjukkan satu aktiviti.
Apakah kemahiran manipulatif yang berkaitan dengan aktiviti ini?
Menyimpan peralatan dan bahan Sains dengan betul dan selamat.
Melakar spesimen, peralatan dan bahan Sains dengan betul.
Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat.
Membersihkan peralatan Sains dengan cara yang betul.
Antara berikut, yang manakah bukan kemahiran proses sains?
Mengelas.
Meramal.
Membuat inferens.
Mengawal tempoh eksperimen.
Antara deria berikut, yang manakah digunakan untuk mengenal pasti warna dan bentuk sesuatu objek?
Bau
Rasa
Penglihatan
Pendengaran
Pernyataan berikut adalah betul, kecuali
Gunakan penyepit kayu untuk memegang tabung uji yang panas.
Buang sisa pepejal ke dalam singki.
Labelkan setiap lakaran spesimen, peralatan dan bahan sains.
Gunakan kuantiti spesimen yang sedikit.
