wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN BAB 4 PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Cara untuk memastikan keselamatan anggota keluarga ialah

a)

Menutup suis peralatan elektrik jika tidak menggunakannya.

b)

Melibatkan diri dalam aktiviti keluarga

2.

Cara menghormati anggota keluarga ialah

a)

Saling bertegur sapa

b)

Tidak terlibat dengan masalah sekolah

3.

Tidak terlibat dengan masalah sekolah

a)

Betul

b)

Salah

4.

"Keharmonian keluarga akan melahirkan generasi yang kuat dan berjaya."

Kata-kata diatas diucapkan oleh

a)

Tun Dr Mahathir

b)

Mahatma Gandhi

c)

Rajmohan Gandhi

d)

Mother Teresa

5.

Cara menjaga kebajikan anggota keluarga ialah

a)

Membantu ibu bapa di rumah

b)

Mendengar nasihat anggota keluarga

6.

Kepentingan melaksanakan tanggungjawab diri ialah

i) maruah keluarga terpelihara.

ii) anggota keluarga saling mempercayai.

iii) keluarga bahagia dapat diwujudkan.

iv) keluarga dihormati oleh masyarakat sekeliling.

a)

i dan ii

b)

i, ii dan iii

c)

ii, iii dan iv

d)

i, ii, iii dan iv

7.

Cara untuk menyayangi anggota keluarga termasuk yang kurang upaya ialah

a)

Mengurus keperluan harian anggota keluarga termasuk yang kurang upaya.

b)

Sentiasa mengunci pintu rumah

8.

Cara untuk menjaga nama baik keluarga ialah

a)

Berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran

b)

Membantu anggota keluarga termasuk yang kurang upaya

9.

Berikut merupakan tanggungjawab sebagai anggota keluarga KECUALI

a)

Memastikan keselamatan anggota keluarga

b)

Menjaga nama baik keluarga

c)

Menyayangi setiap anggota keluarga

d)

Melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum

10.

Semasa sibuk membuat kerja sekolah, ibu memanggil anda untuk membantunya di dapur. Apakah tindakan anda sebagai anak yang bertanggungjawab?

a)

Terus melakukan kerja rumah kerana kerja rumah tersebut perlu dihantar pada esok hari.

b)

Segera ke dapur untuk membantu ibu.

11.

Nenek anda sudah tua dan uzur. Berdasarkan situasi berikut, nyatakan dua cara yang boleh dilakukan untuk membantu nenek anda supaya dia berasa gembira.

a)

Membantu nenek ketika nenek perlukan bantuan.

b)

Meluangkan lebih masa bersama nenek.

c)

Menonton rancangan kegemaran bersama adik beradik.

d)

Menyelesaikan kerja rumah secara berkumpulan di rumah rakan.

12.

Adik anda sakit dan telah beberapa hari tidak hadir di sekolah. Dia ketinggalan dalam pelajaran. Berdasarkan situasi berikut, berikan dua cara bagaimanakah anda membantunya?

a)

Membantu dan mengajar adik membuat latihan bagi subjek yang adik tidak faham.

b)

Membuat kerja rumah untuk adik kerana adik tidak sihat.

c)

Memantau adik supaya melakukan tugasan yang diberi oleh guru.

13.

Ayah terlalu sibuk bekerja hingga tidak dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga. Dia tidak mempedulikan kerja di rumah. Berdasarkan situasi berikut, ramalkan kesan tindakan ayah kepada keluarga.

a)

Ahli keluarga bebas melakukan perkara yang mereka suka tanpa pantauan.

b)

Hubungan ayah dan ahli keluarga menjadi renggang.

c)

Ayah akan berjaya dalam pekerjaan dan menjadi kaya.

14.

Sebagai anggota keluarga, anda dan adik-beradik bertanggungjawab menjaga perlakuan ketika berada di luar rumah. Berdasarkan situasi berikut, nyatakan tindakan yang boleh dilakukan sekiranya adik-beradik anda berkelakuan buruk.

a)

Memukul adik yang sedang melepak di hadapan kawan-kawannya.

b)

Merakam video perlakuan buruk adik-beradik dan menyebarkan video tersebut dalam media sosial.

c)

Mendekati adik-beradik dan menasihatkannya supaya tidak melakukan perkara yang tidak baik.

15.

Pilih jawapan yang betul bagi setiap pernyataan di bawah.

a)

Saya selalu akur akan nasihat dan teguran anggota keluarga yang lebih tua kerana mereka lebih berpengalaman.

b)

Saya sentiasa meminta kebenaran ibu bapa apabila terlibat dengan aktiviti luar bersama-sama rakan.

c)

Saya membantu dan bekerjasama dengan anggota keluarga ketika meraikan hari istimewa.

d)

Saya tidak membantu adik pada waktu lapang untuk mendisiplinkan mereka.