Font size
WorksheetsKuiz SPM 22 : Kesan Islam Terhadap Sosiobudaya
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
Pemerintahan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka memberi perhatian terhadap perkembangan ilmu pengetahuan. Apakah faktor yang membantu perkembangan ilmu pengetahuan dalam kerajaan tersebut?
Perubahan pucuk pimpinan
Peningkatan taraf hidup rakyat
Kemunculan kelas pertengahan
Kedatangan ulama dari luar negara
Pendidikan dalam kalangan masyarakat Melayu mengalami perubahan selepas kedatangan Islam. Apakah perubahan tersebut?
Pembesar membiayai penubuhan sekolah
Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar
Melibatkan semua lapisan masyarakat
Terhad dalam golongan bangsawan
Pendidikan tidak formal - pantun dan cerita lisan
Apakah matlamat pendidikan tidak formal melalui kaedah tersebut?
Meningkatkan kreativiti dalam bidang persuratan
Membentuk masyarakat berakhlak mulia
Melahirkan generasi celik huruf
Membina insan yang berkemahiran
Pendidikan tidak formal :
Penceritaan lisan
Pembelajaran pantang-larang
X
Maklumat di atas berkaitan kaedah pendidikan dalam kalangan masyarakat Melayu. Apakah X?
Menerusi pantun
Mengadap guru
Pembacaan kitab
Pengajian sekolah pondok
- Tuk Pulai Condong
- Tok Ku Paloh
Apakah sumbangan tokoh berikut terhadap pendidikan formal di Tanah Melayu?
Melancarkan sistem madrasah
Menyeragamkan sukatan pelajaran
Memperkukuhkan sistem pendidikan pondok
Mengasaskan pendidikan untuk wanita
Sekolah pondok merupakan institusi pendidikan penting di Tanah Melayu pada abad ke-17. Penyataan manakah yang berkaitan dengan institusi tetsebut?
Peperiksaan secara berpusat
Waktu pembelajaran tidak terbatas
Mufti mengawal sukatan pelajaran
Bangunan dibina oleh pemerintah
- Berdasarkan sukatan pelajaran
- Dijalankan secara kelas
- Diawasi oleh mudir
Maklumat di atas adalah berkaitan institusi pendidikan di Tanah Melayu selepas kedatangan Islam. Apakah institusi pendidikan tersebut?
Istana
Pondok
Madrasah
Surau
Selepas kedatangan Islam, sistem pendidikan madrasah dilaksanakah di Tanah Melayu. Apakah 2 ciri pendidikan tersebut?
Dilaksanakan secara kelas
Waktu pembelajaran terhad
Keperluan asas disediakan pelajar
Pelajaran diawasi oleh mudir
Antara berikut, yang manakah motif ukiran orang Melayu selepas kedatangan Islam?
Tumbuh-tumbuhan
Haiwan
Cakerawala
Geometri
Burung dan ayam --------> Tumbuhan dan bungaan
Mengapakah berlaku perubahan dalam motif seni ukir orang Melayu?
Pengaruh ajaran Islam
Pengaruh Hindu Buddha
Pengaruh animisme
Pengaruh adat tradisional
Pengaruh Bani Umaiyah dalam Kesultanan Melayu dapat dilihat melalui .....
bahasa istana.
amalan protokol.
adat kebesaran diraja.
adat perkahwinan diraja.
Sebelum penggunaan tulisan jawi, beberapa jenis tulisan telah digunakan di Alam Melayu seperti ...
Pallava
Kawi
Khmer
Batak Kuno
Binaan utama dalam kalangan orang Melayu adalah masjid. Antara ciri-ciri khas yang ada di binaan tersebut ialah ...
mimbar
pancur air
balairung
pagoda
- terkenal di Perak
- mempunyai unsur keagamaan yang dikaitkan dengan kepahlawanan Saidina Ali
Apakah nama kesenian ini?
Tarian Dabus
Tarian Mak Inang
Nazam
Ghazal
Seikat seperti sirih,
Serumpun seperti serai,
Sedencing seperti besi.
Apakah semangat yang berkaitan dengan perumpamaan di atas?
perpaduan
bergotong-royong
kesetiaan
hormat menghormati
