wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH KSSM T4B2 : KEBANGKITAN NASIONALISME

Total questions: 49

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan pendapat tokoh berkaitan dengan maksud nasionalisme. (BT hal. 23)


“nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri”


Siapakah yang mengemukakan pendapat di atas?

a)

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim

b)

Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid

c)

Doktor Burhanuddin al-Helmi

d)

Doktor R. Suntharalingam

2.

Berikut merupakan maksud nasionalisme menurut beberapa pandangan tokoh.(BT hal. 23)

I perasaan cinta akan negara

II Kerjasama semua rakyat yang memberi taat setia

III Hasil tolak ansur semua kaum yang ada dalam negara

IV bertujuan membebaskan bangsa dan negara daripada dijajah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Perjuangan rakyat England berlaku pada tahun 1688 yang dikenali sebagai Revolusi Keagungan (Glorious Revolution).(BT hal. 24)

Mengapakah rakyat England bertindak demikian?

a)

Menggubal undang-undang yang baharu

b)

Menentang Sistem Raja berperlembagaan

c)

Membuat pembaharuan dalam pentadbiran kerajaan

d)

Menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat

4.

Jadual 1 tentang nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir yang lahir daripada kesedaran untuk mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan agama Islam.

Apakah tujuan penubuhan al-Urwah al- Wuthqa? (BT hal. 27)

I Meningkatkan ekonomi orang Islam

II Memperkuatkan rasa persaudaraan

III Membawa umat Islam kepada kemajuan

IV Mengubah tradisi kepercayaan masyarakat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

Apakah faktor yang membolehkan Thailand mengekalkan kemerdekaannya? (BT hal. 31)

a)

Kekuatan tentera

b)

Perkongsian kuasa

c)

Kedudukan strategik

d)

Pemodenan pentadbiran

6.

Pada tahun 1932, Parti Rakyat melancarkan revolusi di Thailand. (BT hal. 31)

Apakah kesan revolusi tersebut?

a)

Dasar tutup pintu dikuatkan

b)

Pemerintahan republik dilaksanakan

c)

Kuasa pembesar tempatan diperkukuh

d)

Sistem raja berkuasa mutlak tamat

7.

Jadual 2 berkaitan dengan tindakan pemerintah Thailand.

Mengapakah pemerintah Thailand mengambil tindakan tersebut? (BT hal. 31)


a)

Persaingan kuasa besar

b)

Pemantapan kuasa pemerintah

c)

Pengekalan kemerdekaan negara

d)

Penguasaan ekonomi oleh pembesar

8.

Tokoh berikut adalah nasionalis di Asia Tenggara yang telah menghasilkan karya sastera sebelum Perang Dunia Kedua.

JOSE RIZAL : FILIPINA

RADEN ADJENG KARTINI : INDONESIA

Apakah isu yang dimuatkan dalam karya mereka? (BT hal. 28 & 30)

I Pembentukan kerajaan sendiri

II Penggunaan bahasa peribumi

III Penindasan terhadap rakyat

IV Pembelaan pendidikan wanita

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Sistem pendidikan pada zaman penjajah telah membangkitkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara. (BT hal. 35)

Mengapakah keadaan tersebut berlaku ?

a)

Kemasukan kaum imigran tidak terkawal

b)

Kemunculan ramai golongan intelek

c)

Kewujudan golongan bangsawan

d)

Kepelbagaian sukatan mata pelajaran

10.

Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) ditubuhkan pada tahun 1922 berjaya melahirkan semangat kesedaran bangsa melalui beberapa usaha seperti berikut: (BT hal. 37)

Antara usaha berikut ialah


I Penubuhan Pejabat Karang Mengarang

II Kurikulum SITC menitikberatkan mata pelajaran Sejarah

III Mendapat sokongan daripada Raja-Raja Melayu

IV Menubuhkan persatuan penulis dalam kalangan pendidik

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Berikut merupakan karya kreatif yang dihasilkan oleh pejuang nasionalis negara.(BT hal. 39)

Karya kreatif yang dihasilkan adalah berkaitan dengan tema ________

a)

Novel : mengajak masyarakat memerdekakan diri dari aspek ekonomi

b)

Cerpen: semangat pejuang, nasib bangsa dan cinta akan tanah air

c)

Sajak : keadilan ekonomi bagi masyarakat kelas bawahan

d)

Puisi : Cinta akan negara

12.

Ibu Zain menganjurkan Tabung Derma Pelajaran Tinggi untuk anak perempuan Melayu Semenanjung. Apakah sumbangan lain yang telah diusahakan oleh Ibu Zain? (BT hal. 43)

a)

Menubuhkan persatuan kebajikan al- Jamiah al- Khairiah

b)

Menggesa kaum muda memajukan diri dalam pendidikan

c)

Menggalakkan penglibatan wanita dalam penulisan

d)

Menerbitkan majalah Bulan Melayu

13.

Jadual yang berikut berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah pada abad ke-17 dan abad ke-18

1688 Revolusi Keagungan di England

1789 Revolusi Perancis

Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah?

a)

Kuasa rakyat terjejas

b)

Ideologi komunis terhalang

c)

Kuasa raja mutlak diperkukuh

d)

Kerajaan Berpelembagaan ditegakkan

14.

Apakah kesan penubuhan Jelutong Press?

a)

Memakmurkan ekonomi

b)

Menggalakkan persaudaraan Islam

c)

Mengembangkan fahaman demokrasi

d)

Menyemarakkan kegiatan nasionalisme

15.

Senarai berikut merupakan cerpen yang dihasilkan sebelum Perang Dunia Kedua

  • Rumah Besar Tiang Sebatang
  • Cerita Awang Putat
  • Di sini Kita Bukannya Orang Dagang

Apakah Tema cerpen tersebut?

a)

Menyekat pengaruh komunis

b)

Mewujudkan perpaduan kaum

c)

Memperjuangkan nasib bangsa

d)

Mengurangkan pengaruh golongan radikal

16.

1Bill of Rights telah digubal semasa Revolusi Keagungan (1688) di Egland.


Apakah kuasa parlimen melalui perundangan tersebut?

a)

Mengutip Cukai

b)

Melantik Penasihat

c)

Mengawal kerajaan

d)

Menolak penjajahan

17.

Maklumat berikut berkaitan dengan semangat yang diperkenalkan semasa era Pemulihan Meiji di Jepun

Semangat Bushido

a)

Menjadi negara perindustrian

b)

Mencapai kemajuan Pendidikan

c)

Menghalang gerakkan anti-Barat

d)

Mengatasi kelemahan pemerintahan

18.

Maklumat berikut berkaitan dengan nasionalisme di Asia

· Nasionalisme di India

· Nasionalisme di China

· Nasionalisme di Jepun

Apakah persamaan yang terdapat pada nasionalisme tersebut?

a)

Membentuk negara bangsa

b)

Menjadi kuasa imperialisme

c)

Menamatkan penjajahan kuasa asing

d)

A. Memulihkan kuasa golongan bangsawan

19.

Perkembangan nasionalisme di Asia berbeza daripada perkembangan nasionalisme di Barat.

Bagaimanakah perkembangan nasionalisme di Barat?

a)

Penentangan terhadap pemerintahan beraja

b)

Penghapuskan golongan hamba

c)

Pembentukan negara bangsa

d)

Pembentukan parlimen

20.

Apakah ciri-ciri persamaan bagi parti politik berikut

Katipunan di Filipina

Parti Komunis di Indonesia

Viet Nam Quoc Dang Dang

I. Bertindak secara revolusi

II. Pertubuhan bersifat radikal

III. Bekerjasama dengan penjajah

IV. Pemimpinnya berhaluan sederhana

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Tokoh berikut memainkan peranan yang penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme di tanah melayu pada abad ke-20

· Zainal Abidin Ahmad (Za’ba)

· Abdul Rahim Kajai

· Hajah Zainon

Bagaimanakah mereka berjaya menaikkan semangat nasionalisme di negara kita?

a)

Menghasilkan penulisan kreatif

b)

Menentang golongan penjajah

c)

Mengadakan ceramah umum

d)

Menubuhkan parti politik

22.

Tokoh Pendidikan agama telah berjaya membangkitkan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu. Bagaimanakah kesedaran tersebut dibangkitkan?

a)

Melalui penulisan buku agama

b)

Menggunakan semangat jihad

c)

Penentangan secara gerila

d)

Penubuhan madrasah

23.

1PASPAM telah ditubuhkan pada tahun 1934 di Pulau Pinang.

Apakah matlmat penubuhan persatuan tersebut?

a)

Menghasilkan penulisan kesedaran nasionalisme

b)

Menggalakkan ahlinya bersatu padu

c)

Mengumpulkan golongan pemuda


d)

Menuntut kemerdekaan

24.

Mengapakah persatuan berikut ditubuhkan oleh masyarakat India di Tanah Melayu pada tahun 1936?

Central India Association Of Malaya ( CIAM)

a)

Meningkatkan pertukaran idea

b)

Meningkatkan perpaduan kaum

c)

Menjaga kebajikan masyarakat

d)

Menggalakkan Pendidikan tinggi

25.

Slogan “Tiada cukai tanpa perwakilan” dilaungkan oleh penduduk Amerika. Mengapakah slogan tersebut dilaungkan?

a)

British menyekat penguasaan Amerika

b)

British tidak melindungi hak penduduk

c)

British monopoli ekonomi Amerika

d)

British mencampuri pentadbiran

26.

Apakah mesej yang disampaikan oleh pengarang dalam novel Anak Mat Lela Gila yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu?

a)

Mencintai tanah air

b)

Perpaduan antara kaum

c)

Kebebasan kaum wanita

d)

Memelihara warisan tradisi

27.

Apakah tujuan penubuhan Liga Filipina oleh Jose Rizal dalam perkembangan nasionalisme di Filipina?

a)

Tuntut kemerdekaan Filipina

b)

Singkir pemerintahan Sepanyol

c)

Tuntut Filipina sebahagian Sepanyol

d)

Desak perubahan di Filipina

28.

Maklumat berikut merujuk gerakan kesedaran semasa imperialisme Barat

Memperbaik kehidupan masyarakat

Menyeru umat Islam berpegang pada al-Quran dan Hadis

Apakah gerakan yang dapat dikaitkan dengan maklumat diatas?

a)

Gerakan Islah

b)

Gerakan Propaganda

c)

Gerakan Pan-Islamisme

d)

Gerakan Revolusi China

29.

Siapakah tokoh yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat di China?

a)

Tan Jiak Kim

b)

San Min Chu-i

c)

Dr. Sun Yat Sen

d)

Tan Cheng Lock

30.

Idea nasionalisme tidak sama antara negara dengan zaman jerana idea tersebut berkait rapat dengan [ms 22]

a)

A tokoh nasionalis

b)

B pengalaman sejarah

c)

C latar belakang masyarakat

d)

D negara yang menjajah

31.

Maklumat berikut merujuk tafsiran seorang sejarawan tentang maksud nasionalisme.


'Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya......'


Tokoh tersebut ialah [ms 22]

a)

A Hans Kohn

b)

B Prof. William R. Roff

c)

C Dr. Burhanuddin al-Helmi

d)

D Tan Sri Dr.Khoo Kay Kim

32.

Berikut ada hasil karya John Locke selepas penggubahan Bill of Right.


“Two Treatises of Government”


Apakah yang dipopularkan dalam karya tersebut ? [ms 24]

a)

A Sistem Republik

b)

B Raja berkuasa mutlak

c)

C Demokrasi berparlimen

d)

D Prinsip raja berperlembagaan

33.

Kemuncak revolusi Amerika pada 1776 ialah menentang [ms 25]

a)

A Golongan raja

b)

B Raja Louis XVI

c)

C Penjajahan British

d)

D Golongan bangsawan

34.

Gerakan Islah merujuk gerakan pemulih Islam. Apakah saranan gerakan tersebut ? [ms 27]

a)

A Memelihara warisan tradisi

b)

B Mentaati pemimpin

c)

C Berpegang kepada ajaran Islam

d)

D Bekerjasama dengan penjajah

35.

India telah mengisytiharkan kemerdekaan negaranya pada 15 Ogos 1947, sebagai Perdana Menteri pertama India [ ms 26]

a)

A Mahatma Gandhi

b)

B Gangadhar Tilak

c)

C Jawaharlal Nehru

d)

D Muhammad Ali Jinnah

36.

Maharaja Mikado Meiji melancarkan gerakan pemulihan Jepun. Beliau menekankan pemodenan mengikut [ms 27]

a)

A Model Barat

b)

B Budaya Timur

c)

C Semangat Bushido

d)

D Model Amerika Syarikat

37.

Apakah tindakan Andres Bonifacio setelah Gerakan Propaganda gagal mencapai matlamatnya ? [ms 28]


I. Membentuk Liga Filipina

II. Bekerjasama dengan Amerika

III. Melancarkan revolusi bersenjata

IV. Menyebarkan fahaman melalui akhbar

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

38.

1. Karya berikut dihasilkan oleh Raden Adjeng Kartini.


'Hilang Gelap Terbitlah Terang'


Karya tersebut mendedahkan tentang [ms 30]

a)

A Kemunduran rakyat

b)

B Kemerosotan ekonomi

c)

C Ketidakadilan undang-undang

d)

D Kelemahan sistem pemerintahan

39.

Apakah implikasi pelaksanaan birokrasi Barat kepada negara Thai ? [ms 31]

a)

A Persaingan kuasa barat

b)

B Pemantapan kuasa raja

c)

C Pengekalan kemerdekaan

d)

D Kelemahan sistem pemerintahan

40.

Kesedaran nasionalisme diperjuangkan oleh tokoh agama sejak awal abad ke-20 dibawah oleh gerakan Islah. Antara tokoh tersebut ialah [ms 33]


I. Abdul Rahim Kajai

II. Zainal Abidin Ahmad

III. Haji Abbas Mohd Taha

IV. Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

41.

Karya berikut adalah hasil keusasteraan yang mengungkap keperitan hidup bangsa yang dijajah serta penderitaan rakyat.


'Novel Melor Kuala Lumpur'


Karya tersebut dihasilkan oleh [ms 34]

a)

A Abdul Rahim Kajai

b)

B Harun Aminurrashid

c)

C Ishak Haji Muhammad

d)

D Muhammad Rakawi Yusof

42.

Idea Kaum Muda disalurkan melalui akhbar dan majalah yang membangkitkan kesedaran nasionalisme. Antaranya akhbar dan majalah tersebut ialah [ms 36]


I. Tunas Melayu

II. Neracha

III. Guru

IV. Purnama

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

43.

Akhbar China di Pulau Pinang yang mula memperjuangkan soal kesatuan sekerja dan keadilan sosioekonomi bagi masyarakat kelas bawahan ialah [ms 38]

a)

A Chong Shin Yit Pao

b)

B Modem Daily News

c)

C Nan Yang Sian Pao

d)

D Nang Yang Tsung Hui Pao

44.

Cerpen bertemakan semangat pejuang, nasib bangsa dan cinta akan tanah air dapat dilihat melalui karya Ishak Haji Muha mmad. Karya tersebut ialah [ms 39]

a)

A Cerita Awang Putat

b)

B Angan-angan dengan Gurindam

c)

C Rumah Besar Tiang Sebatang

d)

D Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang

45.

Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang ditubuhkan pada tahun 1926, bertujuan menggalakkan ahlinya [ms 40]

a)

A Bergerak aktif dalam pentadbiran

b)

B Menentang pentadbiran British

c)

C Bekerjasam adengan British

d)

D Menuntut kemerdekaan

46.

Mengapakah British menganggap Kesatuan Melayu Muda sebagai radikal ? [ms 40]

a)

A Menyekat pengaruh Komunis

b)

B Menentang pendudukan Jepun

c)

C Menghalang kemasukan imigran

d)

D Menyuarakan tentangan terhadap British

47.

Akhbar berbahasa Inggeris mengasaskan dana abgi membantu orang Melayu melanjutkan pelajaran di luar negara ialah [ms 42]


I. The Malaya Tribune

II. The Modern Daily

III. The Strait Time

IV. The Malay Mail

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

48.

1. Apakah majalah yang digunakan oleh Ibu Zain untuk mengingatkan wanita Melayu berkaitan dengan kepentingan ilmu pengetahuan untuk mengangkat martabat wanita ? [ms 43]

a)

A Bulan Melayu

b)

B Ia kah Salmah

c)

C Buru

d)

D Ibu

49.

Gerakan nasionalisme di Thailand juga dapat dibahagikan kepada dua tahap.

Apakah tahap kedua nasionalisme di Thailand? [ms 31]

a)

A. Menentang pemerintahan raja berkuasa mutlak

b)

B. Membantah pengambilan penasihat Barat dalam pentadbiran

c)

C. Cengkaman ekonomi oleh kapitalis dan orang Cina

d)

D. Ingin memulihkan kembali sistem beraja di Thailand