NEW
Font size
WorksheetsTATABAHASA#2
Total questions: 29
Worksheet time: 15mins
"Saya mahu ............ melakukan persembahan ini dengan baik," kata Cikgu Hashim kepada Kamal sambil menunjukkan ke arah sekumpulan pelakon
A kamu
B kita
C mereka
D anda
Wanita itu tidak ........ kotak yang baru dihantar oleh posmen ke rumahnya.
A terduduk
B terangkat
C terpegang
D terjunam
Kertas kerja yang telah kami ............. sudah mendapat persetujuan daripada pihak lembaga pengarah.
A bentangkan
B pembentangan
C membentangkan
D terbantang
Pemilihan tokoh murid adalah .......... kalangan murid yang mendapat keputusan yang cemerlang.
A dalam
B di
C dari
D daripada
Emak membeli beberapa ........... petai untuk dimasak dan dijadikan hidangan tengah hari.
A batang
B papan
C biji
D ketul
Swee Lin mengulang kaji pelajaran bersama-sama kawannya ............. menanti ibunya datang menjemputnya dari sekolah.
A dan
B walaupun
C sementara
D jika
Kawasan perumahan tersebut ......... dengan suara kanak-kanak yang bermain pada waktu petang
A keluh-kesah
B hiruk-pikuk
C kacau-bilau
D riuh-rendah
Rakyat di negara Malaysia berasa terbeban dengan ........... harga barangan yang tidak munasabah.
A kemerosotan
B kenaikan
C kekurangan
D kebanyakan
Sultan Perak .......... semua rakyat agar sentiasa bersatu padu tanpa mengira kaum
A mengatakan
B mengarahkan
C menitahkan
D memastikan
"................. terimalah pemberian daripada saya atas kecemerlangan kamu dalam peperiksaan!" kata Murni kepada Letchumi sambil menyerahkan bungkusan.
A Nah
B Cis
C Hai
D Amboi
Berdasarkan gambar di atas, nyatakan bandingan semacam yang sesuai.
A bebas seperti burung
B tinggi seperti burung
C laju macam burung
D terbang seperti burung
Encik Hashim bekerja sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik. ........... selalu ke luar negara untuk menghadiri mesyuarat.
A Baginda
B Beliau
C Dia
D Saya
Pak Rahman ..................... apabila tanamannya dirosakkan oleh beberapa ekor lembu peliharaan jirannya.
A memekik
B memandang
C menjerit
D mengamuk
Kanak-kanak itu menangis kerana rindu ......... ibunya yang telah meninggal dunia.
A akan
B pada
C kepada
D ke
.................. ingin mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran, kita mestilah belajar bersungguh-sungguh.
A Walaupun
B Bahkan
C Sementara
D Jika
............. berangkatlah para pembesar ke puncak Gunung Ledang dengan membawa titah daripada sultan.
A Arakian
B Tatkala
C Maka
D Syahadan
"Maya ................. sampai lewat ke pejabat kerana perlu menghantar adiknya ke hospital terlebih dahulu," beritahu Anis kepada Sangeeta.
A patut
B belum
C akan
D boleh
Negeri yang paling terkecil terletak di ............ Semenanjung Malaysia.
A timur
B utara
C selatan
D barat
Encik Chong ............... isterinya sebentuk cincin bertatahkan berlian sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
A hadiahkan
B menghadiahkan
C menghadiahi
D hadiah
Pengurus projek perumahan itu membentangkan ............... dalam seminar yang dihadirinya.
A gambar rajah
B nilai tambah
C susut nilai
D kertas kerja
............... pada basikal yang ditunggangi oleh adik telah patah kerana terlanggar bahu jalan.
A Bebola
B Jejari
C Kekisi
D Kekuda
"Benda ............... yang berada di dalam kotak ini?, tanya Puan Selvi kepada anaknya
A apakah
B manakah
C siapakah
D bagaimanakah
Sikapnya yang ........... telah membuatkan kerjanya dilakukan dengan cepat dan sempurna.
A rajin macam semut
B cerah macam siang
C halus macam baldu
D tajam macam pedang
"Mengapakah ............ bersedih?' tanya Chong kepada Raj.
A kamu
B hamba
C tuanku
D kami
Penduduk Kampung Setiawangsa bekerjasama membaiki rumah Tok Mat yang ................. itu
A daif
B uzur
C kusam
D tenat
Semua murid diminta menyerahkan surat berkaitan Hari Anugerah Kecemerlangan ................ ibu bapa masing-masing.
A terhadap
B untuk
C pada
D kepada
Seluruh dunia ............... akan kerajian serta ketekunan penduduk negara Jepun membangunkan negara mereka
A terpegun
B terpukau
C tergamam
D tercengang
Ramai calon ................. bagi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik gagal pada peringkat pada peringkat akhir
A soal siasat
B temu ramah
C temu duga
D maklum balas.
Para pelancong ...................... gambar di kawasan tanah tinggi itu untuk dijadikan kenangan.
A menjelaskan
B merakamkan
C melakarkan
D menyampaikan
